Anak Mak Salleh

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semalam aku ke A tu Z Wedding House lagi. Beli beberapa barang yang asik tak cukup-cukup, yakni alat-alat DIY. Sejak nak bertunang hari tu sampai sekarang nilah hobi baru aku, bersiar-siar sorang diri sambil menghirup udara kat dalam A tu Z.

Seperti biasa, kalau nak beli barang haruslah amik trolley kan. Bakul-bakul tak main. hehe. Ok, bila dah settle amik & bayar semua barang, aku terus tolak trolley ke luar, nak angkut semua barang dalam kereta. Dalam fikiran aku, lebih senang kalau letak trolley kat tempat loading park & amik kereta bawak datang situ daripada nak mengusung trolley ke kereta. Tapi persoalannya, siapa yang nak jaga barang-barang aku kat loading park tu? Aku kan datang sorang tadi.

Tiba-tiba aku terpandang kat sorang foreigner guard yang duduk kat depan gate A tu Z. Terfikir kat benak aku, heh boleh mintak tolong guard! "Sir, could u please watch out all my things here, then I want to pick up my car there". Kata aku dengan yakinnya sambil menunjuk-nunjukkan barang-barang tadi & kereta aku.

Foreigner guard tu dengan relaxnya anggukkan kepala. Dan dengan selambanya dia menjawab "Dik, kalau cakap melayu pun boleh". Dia datang dekat aku dan menyambung ayat "Ayah kami Mat Salleh, mak kami orang melayu".

Cis!

Lalu aku berlalu dengan tersipu-sipu membelah laju keretaku.


Cis! Cis! Cis! Ingatkan Bangladesh.


Heroin Malaya

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera semua,

Hari ni aku nak cerita pasal benda yang terjadi semalam. Korang pernah baca kan dilema yang selalu terjadi kat kawasan rumah kitorang ni. Lebih-lebih lagi warga yang pelupa macam aku..hahaha! (Read : http://coklethitam.blogspot.com/2011/05/kali-kedua.html)

Ok, semalam jiran baru sebelah rumah aku pun tertinggal kunci kat dalam rumah jugak. Buat yang tak tahu, jiran baru aku ni merupakan staf kat tempat kerja kami jugak. Tapi pangkat dia lebih besar sikit daripada kami - Pangkal nama ada Dr. Ok, ni bukan point penting.

Dr. tu memang bernasib baik semalam. Dalam banyak-banyak hari, ntah macam mana aku tetiba nak beli nasik & makan kat rumah. Then bila nak keluar rumah pergi kerja balik, aku ternampak dia nak keluar rumah. Dengan peramah & berbudi bahasanya aku pun pelawa Dr. tu naik kereta aku, kita pergi kerja sama-sama.

Tiba-tiba dia buat muka panik. Then dia cakap "Saya tak boleh masuk". (slang). Pastu aku tanya kenapa? Yang bestnya dari tadi aku speaking Malay secara laju dan dia tercengang-cengang kebluran (kelajuan biasa, kadang-kadang pure Melayu pun tak faham apa aku cakap). Rupanya-rupanya tak faham. cait!

Ok, sekarang ada dua masalah. Masalah 1 - Sorang tak faham apa yang didengar dan sorang lagi tak tahu yang pendengar tu tak faham apa yang dia cakap (aku). Bila aku dengar dia cakap macam slang-slang lepas tu, terus aku suspect Dr. ni mesti kes Dr. dari overseas. Ok settle. "Dr,why?

Dia pun tunjukkan yang dia terkunci kat tengah-tengah tempat kasut tu. Gotcha! Sama kan macam kes aku. Tapi yang lainnya sikit, Dr. tu ada simpan kunci kat ofis dia. Nasib baik. Then, dia bagi kunci bilik ofis dia, dia mintak aku bukak bilik ofis dia & ambil kunci dalam drawer & ambil gugusan kunci kat almari lain pakai kunci tadi. Yang pastinya memerlukan banyak procedure la. hahaha!

Dah selesai amik kunci kat bilik ofis dia bagai, masalah 2 timbul. Kunci yang ada kat bilik ofis dia tu hanyalah kunci sliding door. Lain-lain kunci tak nampak. Kunci pintu mangga pun takde. Nak tak nak terpaksa jugaklah aku memanjat pagar pakai baju kurung. Haish, hilang keayuannya. Bila dah panjat-panjat tu, tak boleh nak masuk jugak, sebab lepas sliding door tu ada grill. Then aku terfikir untuk bukak sliding door belah lagi satu & kuis kunci Dr. atas meja makan pakai kayu. Akhirnya berjaya total! Aku rasa macam masuk explorace pun ada.

Dr. tu punyalah bersyukur. Daripada moment aku dapat kunci tu, tak habis-habis dia cakap "God send you for me". hahaha. Bagi aku plak, ada hikmah disebalik kejadian. Dan tiada yang kebetulan, kesemuanya Allah rancang dengan sempurna. Lepas kejadian tu, baru aku tahu nama Dr. tu, no telefon dia & sebagainya. Kalau tak, mesti sampai bila-bila pun tak tahu kan?


Bos aku kata Dr. tu memang pure India yang datang dari India. Patutlah dia tak paham. Ingatkan orang India dari Malaysia, salah tekaan. cet!


Persiapan : Doorgift & Riben

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hai semua..lama tak jumpa. Rindu aku tak? hehe

Lama dah tak menaip apa-apa kat sini. Takde masa & kekurangan teknologi. Laptop aku dah menamatkan riwayat hidupnya. Dalam erti kata lain, dah tak boleh nak On langsung. Masa pulak penuh dengan nak fikir assignment yang melambak. (fikir je baru, buatnya tak pun). Kat tempat kerja asik fikir plan nak pergi cameroon. Sebab aku jadik Pengarah projek Lawatan Sambil Belajar pergi Cameron.. (-.-'). Fikir nak kahwin pun satu hal. Hari-hari dok mengentel reben kat tangan. Orang lain pun muak tengok agaknya..haissh!

Setakat ni persiapan kahwin yang aku dah buat hanya 2. (Ni yang dalam kepala hotak aku lah).

1) Doorgift - memorable thing
Aku dah berjaya siapkan 400 pcs memorable thing selama 5 hari sahaja. Ok, tak tipu. Sila baca lagi sekali, 5 hari ok. Fuh, terasa diri ini sangat produktif & pekerja kilang yang cemerlang.




2) Riben
Setakat ni hanya ada 599 pcs riben yang disiapkan. Ada lagi lebih kurang 700 pcs untuk dipintal. Kalau ikut Cik Pu, dia agak tak setuju dengan cadangan aku nak letak riben kat kad kahwin tu, sebab tak nak bagi aku tensen. Tapi, aku kan degil. huahuahua! (takpe, lepas kahwin nnti aku akan kurangkan degil ni sikit..hehe..peace!)

Ok, setakat ni tu je. Next month maybe nak balik Rawang beberapa hari. Aku dahtak cukup masa ni. Rasa macam esok je nak kawen. Ada beberapa bulan je lagi untuk buat preparation. Nanti dah dapat specific, aku bagitahu korang ye!


Ok, dah tiba masa nak pergi meeting..papai!

Persediaan Orientasi

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Wuwuwu. Walaupun esok dah nak pergi orientasi PJJ, hari ni still kerja ye. Huh! Dah lah banyak benda tak ready lagi. Takpelah. Malas nak pening-peningkan kepala. Mana yang ada aku bawak. Mana yang takde, aku wat dunno je lah.

1) Gambar passport - kejap lagi baru nak pergi buat. (walaupun sekarang dah pukul 7.23pm)

2) Sinopsis kursus - Buat-buat tak tahu...huhuhu~ (dah mintak kat En. Zed (bekas ketua Program), tapi dia buat-buat bizi..haissh!)

3) Sahkan sijil-sijil yang berkenaan - Jap lagi nak pergi umah kak Anis, nak mintak tolong husband dia copkan. (nasib baik husband kak Anis gred 44). Lega.

4) Barang-barang keperluan lain - malam kang baru nak pack..kuikuikui!


Buat pengetahuan semua, beberapa items milik aku telah musnah. Antaranya :

1) Laptop - tak boleh nak On..hampeh..baru format dah rosak.
2) Flush jamban dah patah..nak mintak siapa tolong baiki ni?
3) Jam tangan dah pecah (tak sampai 6 bulan..haissh)
4) Lain-lain yang aku dah tak ingat.

Ok, aku nak p buat gambar passport..papai!