Akibat tengok bola

As salam & hai,

Semalam mungkin hari bersejarah bagi semua rakyat Malaysia sebab semalam ada perlawanan bola sepak antara Malaysia lawan Singapura kat Stadium Bukit Jalil. Bagi aku, teah & Si budak kecik Nadiah tu biasa-biasa saja kerana kami tengok tv versi hitam putih. Clear kalau dia zoom, pemandangan menarik lain ialah kepala-kepala pemain tanpa tak tahu bola di mana, yang kedengaran hanya suara Hasbullah memanggil-manggil masuk ke dalam tv tersebut.

Di sudut yang lain, Cik Pu dan kawan-kawannya berkobar-kobar dan berapi-api pergi menonton secara 'hidup' di Stadium Bukit Jalil. Sehingga ke satu sudut, kadang-kadang aku rasa macam nak marah pun ada. Apa sebab? Perempuan punya masalah..haha! terasa diabaikan. Mongok.

Lebih kurang 6 pagi, time aku sedap-sedap berdengkur dengan Budak Kecik, tiba-tiba bunyi telefon memanggil. Tanpa prajudis, aku angkat panggilan tersebut dalam keadaan mamai-mamai.

Hello?

Ha yang, kami accident.

Hah? Ok ok. (dan letak telefon)


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Bangun pagi tadi, aku check semula received call.
Eh, betullah Cik Pu telefon pagi tadi.
Ceh, ingatkan mimpi.



Rumah sewa baru

As salam & hai semua,

Baru-baru ni aku dan Si Budak kecik tu ada pergi carik-carik rumah sewa baru, yang kunun-kununnya nak duduk lepas aku dan Cik Pu kahwin nanti. Budget aku untuk sewa rumah kali ni sangatlah ciput..hehe..kenapa? Sebab aku ada benda lain yang nak buat dalam masa aku dok menyewa tu. Aku budget RM300+ ke bawah saja.

Carik punya carik, round punya round, jumpa lebih kurang 3 buah rumah untuk disewakan area Bertam Putra ni. Ada rumah Fasa 2 area umah aku tu, tanya-tanya dia nak sewakan RM480+. Haish, mahal giler..aku sewa sekarang ni pun baru RM350 je..over budget! Ada 2 choices lagi tinggal. Dua-dua choices rumah kluster. Secara dasarnya, memang aku nak cari rumah area kluster. Biarpun kecik, tapi selesa untuk duduk 2-3 orang sudahlah kan. Yang paling penting, rumah tu mestilah dalam keadaan kemas.

Telefon punya telefon, ok deal! Ahad semalam tengok rumah. Keadaan dalam rumah tu kemas, sebab tak pernah orang duduk lagi sebelum ni. Ada 3 bilik kat tingkat atas. Tapi yang aku runsing sekarang ni ruang dapur dia sekali dengan ruang tamu. Makanya, takde chances langsung nak bagi alasan untuk taknak kemas dapur..huk huk! (-_-'). Takpelah, akan ku hias rumah itu menjadi cantik. (chewah!)

Tuan rumah sebenar kat KL Sentral - Pakcik Hashim, then dia amanahkan kunci rumah kat anak buah dia - En. Asri, which is duduk kat area Fasa 1 area sini jugak. So, kitorang deal dengan anak buah dia je lah. Mintak punya mintak, tawar punya tawar, dia kasi RM280+. Kitorang mintak postponed masuk bulan 9, atas alasan kesian kat Cik Pu bulan puasa takde perkakas segala nak masak sahur..haha..Alasan terbaik! Pakcik Hashim layan kan aje.

Balik rumah, aku dan Cik Pu fikir balik. Kalau Cik Pu yang masuk rumah tu dulu, dia kata dia akan boring. Dengan takde tv, lebih-lebih lagi Astro, dia tak boleh. Korang kena consider yang dia tu kaki bola, tapi kaki bangku..kih kih kih. Kes aku pulak, barang banyak gila. Memang kena pindah awal untuk memenuhi ruang rumah baru tersebut, sebelum Cik Pu letak barang-barang dia..hahaha!

Tapi masalahnya, aku fikir budget. Kalau aku masuk rumah baru, maknanya aku kena bayar sewa lebih RM100 daripada sewa rumah lama. Ini tidak adil. Makanya, aku perlu mintak penaja untuk menaja sejumlah wang RM100 tambahan pada setiap bulan. Anda fikir-fikir, siapakah penaja tersebut? hehe. Ye, penaja RM100 tambahan tersebut adalah Cik Pu. Binggo! Dia pun dah setuju dan kitorang dah mendapat kata sepakat yang aku akan masuk dulu. (Tak lupa jugak, Si Budak Kecik tu). So, lepas cuti raya ni aku akan pindah rumah baru. Bulan puasa ni lepas balik Tarawih dah boleh sibuk-sibuk mengemas barang..yahoo!

Ok, rumah sewa done!



Idea Wedding Dress

As salam & hai semua,

Hari ini aku nak borak-borak kosong tentang idea wedding dress. Idea-idea ni mostly aku ambik dari http://www.faisalrahim.com/blog/ (Acai Jawa). Mula-mula kami memang bercadang nak ambik Acai Jawa sebagai OP, tapi dia kata full booked tarikh kami. huhu. Sekarang ni kami still tengah mencari-cari lagi OP yang sesuai untuk majlis di Rawang. Siapa yang ada contact photografer area Selangor, bagitahu aku ye? Kalau boleh, bukan yang ada company. Kami nak yang freelance ke.

Ok, let's check out the idea :

Idea Wedding Dress #1




Idea Wedding Dress #2





Idea Wedding Dress #3





Antara ketiga-tiga idea ni, mana yang kamu suka?

(kredit to : Acai Jawa, 2011)


Paperbag

As salam & hai semua,



Bercerita pasal goodie bag, dengan lapang dadanya aku dah boleh tutup kitab pasal goodie bag ni. Tapi goodie bag je lah kan. Benda menatang dalam tu tak fikir lagi. hehe. Ni pun atas bantuan Puan Emak. Alhamdulillah. Minggu lepas parents aku kan datang Penang nak hantar aku & Si budak kecik tu, then dah alang-alang diorang ada kat sini aku terus bawak semua pergi A tu Z Wedding House. (Read : Aku tukang tunjuk arah jalan je, selebihnya kerja Encik Ayah yang memandu :p)



Mula-mula dulu aku present kat Puan Emak & Encik Ayah idea DIY sebenarnya. Then idea DIY paperbag / boxes tu direject mentah-mentah oleh Puan Emak. Dia tak setuju langsung. The main reason dia reject sebab huduh katanya :( then reason baik sikit dia bagi : dia taknak aku penat-penat deko sume paperbag / boxes which is berjumlah 1500 pcs. Dia kata senang beli je yang dah siap, tak payah penat-penat badan. Aku pun terpaksa redha jelah kan. Dah itu kata penaja. uhuk uhuk uhuk!




Idea DIY boxes : Tapi Puan Emak kata box aku tu besar sangat :(





Idea DIY paperbag : Puan Emak tak setuju :(


Ok, kalau dah itu kata penaja, kita ikutkan ajelah. Janji duit poket kahwin dapat tajaan..hehe! Pergi punya pergi A tu Z, Puan Emak & Encik Ayah kagum gila dengan bangunan A tu Z. kalau nak bezakan dengan Semua House, A tu Z ada dalam satu bangunan & hanya perlu jalan satu kedai je. Puan Emak & Encik Ayah memang tak suka sangat berjalan survey-survey macam aku. Kalau dapat kat aku, sampai malam pun aku tak balik-balik sebab tak habis survey lagi..hehe!

Sesampainya kat A tu Z tu tadi, terus pilih papebag yang ada tangkai macam biasa dan yang paling penting yang paling murah sekali. Treadmark : Biar murah asalkan nampak exclusive..boleh plak kan macam tu? Mula-mula tu, ada 1 design tu cantik gila. Kaler dah striking dah, tengok-tengok stok kaler pink habis la pulak. Yang tinggal hijau. Takkan aku nak kena tukar tema kaler pulak? Hijau-purple? Erk..perlukah? Dengan pantas jawab : Tak perlu!

Terus ambik design bunga-bunga. Bunga pun bungalah. Nanti orang buang jugak kot?


Then Puan Emak terus bayar semua 1500 pcs paperbag tersebut. Terima kasih Puan Emak..I love u so much.


Ok, Paperbag done!




Si budak kecik

As salam & hai semua,

Buat yang tak tahu, sekarang ni aku tengah membela seorang budak kecik. Kecik tak kecik sangatlah, dah form 4 dah pun. Ni effect atas segala masalah family yang aku hadapi sebelum ni. Korang jangan tanya masalah apa, memang aku tak akan bagitahu..heh! Budak kecik tu adalah adik perempuan aku, Nadiah.

Dia dah aku transfer-kan ke sekolah kat sini, iaitu Pulau Pinang. So, disebabkan akulah penjaganya, aku jugaklah mak & ayahnya kat sini. Tiba-tiba terasa diri ini begitu tua untuk menjaga seorang budak kecik..uhuk uhuk!

Selasa hari tu dia dah masuk sekolah. Aku pun hari-hari dah start ambik masa pergi & balik sekolah. Even kereta takde aku akan usahakan. Samada pinjam kereta Teah, mahupun tumpang kereta kawan-kawan lab. Semalam kesian kat dia, aku dah terhantar lambat. Rasa bersalah pulak kat dia. Terasa diri ini belum sempurna untuk menjadi seorang penjaga yang bertanggungjawab..huhu!

Bila time makan, even duit tinggal ciput pun mesti ada perasaan nak adakan jugak makanan untuk dia makan. Biar aku tak makan, asalkan dia kenyang & dapat belajar dengan selesa & perut tak kosong. Agaknya macam nilah perasaan mak & ayah kita kan. Cuma kadang-kadang kita tak faham & tak tahu. Sebab? mak ayah kita tak pernah nak cerita benda tu semua kat kita..kan?

Dalam perjalanan balik dari hantar budak kecik tu tadi, aku terfikir. Kenapalah selama ni aku boleh argue dengan mak ayah aku even dia dah bagi segala-galanya. Kenapa aku selalu memberontak even dorang dah buat yang terbaik untuk aku. Air mata pun mudah je jatuh. Ntah la, aku pun tak tahu kenapa. Mungkin masih belum matang lagi agaknya pada masa tu..kan?

Apa-apa pun lepas ni aku taknak dah bagi layanan buruk kat mak ayah aku. Dan aku akan buat the best untuk si budak kecik tu. Biarlah apa orang nak cakap, aku dah tak kisah. Biarlah kadang-kadang tu aku rasa susah sikit, biarlah aku berkorban. Aku tak kisah, asalkan budak kecik tu berjaya menjadi seorang yang berguna satu masa nanti. Aku nak buktikan pada semua orang. Aku nak mak ayah aku bangga dapat anak-anak yang berjaya & berguna pada agama, bangsa & negara, InsyaAllah.



Idea deko tempat Guest Book

As salam & hai semua,

Perkembangan kahwin setakat ni semuanya berjalan ok ok saja. Tarikh nikah & majlis pun dah ditetapkan. InsyaAllah dalam bulan November 2011 ni. Tapi aku takleh nak reveal lagi the actual date, nanti aku bagitahu ye? Walau kadang-kadang ada banyak benda tak ok, kita kena ok kan jugak. huhu! InsyaAllah aku akan anggap benda-benda tu semua sebagai cubaan nak kahwin.

Dengan Perns (kereta) yang accident & dah lama kat workshop, dan minggu ni masuk minggu ke-4 Perns kat sana. Dan dengan segala masalah kat rumah Rawang & menyebabkan aku kena ambil cuti 2 minggu berturut-turut. Takpelah. Segalanya aku korbankan.

Ok, sekarang aku nak share beberapa idea untuk nak men-deko tempat letak buku tetamu. Saja google kat beberapa laman web yang selalu-selalu aku lawat. Then terpandang beberapa idea yang agak menarik.







Picture #1 Mana nak carik kaki blackboard tu?

Picture #2 More less more exclusive



Picture #3 Pokok chemistry

Picture #4 Board welcome..please write something here..bla bla bla..
(hmm..macam menarik)


Picture #5 Sediakan 1 khemah terus..baru puas hati, ye dak?


Picture #6 Simple, short & sweet bebeh!


Picture #7 Sisipkan note kecik siap-siap..menarik! menarik!