Almari baju

Assalamualaikum wbt & hai semua,

Amacam dah masuk hari ke 24 puasa? steady lagi ke? hehe. Berbalik pada tajuk entry aku kali ni, aku nak bercerita pasal almari baju yang aku sedang let-go-kan. Kalau ikutkan hati memang sayang gila nak jual kat orang. Banyak kenangan dan jasa almari tu kat aku. Time simpan-simpan baju banyak, time mekap lagi, semua kami buat bersama. Tapi memandangkan keadaan rumah sewa baru yang tak mengizinkan, so aku kena buat keputusan drastik dan berhemah.

Sebenarnya bukan tak mengizinkan apa pun. Ayat nak bombastik je! haha. Almari tu tak boleh nak naik sebab tangga rumah sewa tu sempit & kecik sangat. Haih. Mula-mula tu tak puas hati jugak la bila Cik Pu & Anak Pakcik Ismail si tukang angkat barang tu cakap tak muat. Aku pun ajak (*paksa..hehe) Cik Pu & Si Budak kecik angkat sekali lagi & acu samada lepas ke tak nak bawak almari tu naik atas. See..degilkan? Orang dah cakap x muat, ko nak try jugak. (-_-') Last-last memang tak muat pun. (-_-') Yang aku dapat hanyalah kesan calar kat almari baju tu. haih!

Pastu Cik Pu bagi choice samada aku still nak simpan almari tu atau let go kat orang. Kalau still nak simpan jugak, kena letak bawah which is bawah tu area dapur + ruang tamu aku..haissh! takmau! takmau! semak! Then, aku fikir, better jual sajalah Labu...Datang Lab, aku tanya Labmate aku. Then Si Khairul cakap maybe Ah Foo nak beli untuk Bilik Ke 2 dia..Ko baca betul-betul ye, bilik ke-2! (Fuhh..Aku bilik utama pun tak lengkap, ni kan pulak Bilik ke-2).

Lepas discuss dengan Ah Foo, dia setuju. Aku letak harga RM150, boleh nego punya. Dia nego RM125. Ok, aku bagi RM120 saja. Nak bayar bila-bila pun boleh. Siap dengan free gift lagi : bihun sepeket (idea Cik Pu). Lepas ni almari baju tu dah tak kelihatan dah la kat rumah aku. haih. Sayang memang sayang, tapi aku terpaksa lepaskan. (macam berpisah dengan kekasih dah ayat aku..hahaha!)





Ok, selamat jalan Almari baju..papai!

Ada masa nanti kita jumpa lagi ye.



95 hari lagi

Assalamualaikum wbt & hai semua,

Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu. Tup tup tak sampai 100 hari je lagi menjelangnya tarikh nikah & akan sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Sekejap je kan? Rasanya hari tu baru je habis belajar form 5, rupa-rupanya dah bertahun. Haih. Macam tak percaya pun ye. Macam tak layak pun ada (perasan muda lagi..hehe)

Ok. masuk hari ni, 95 hari lagi have to go. Sekejap je kan? takut kan? Excited kan? Macam-macam ada. Perasaan tak percaya pun still ada..hehe! So, setakat ni Alhamdulillah dah beberapa benda & items yang aku, Cik Pu & kedua belah family settlekan. Tapi of course still ada beberapa lagi yang masih belum.

1) Pindah rumah.

Ye, alhamdulillah sabtu & ahad yg lepas kami dah berjaya pindah rumah dengan jayanya. Semua barang telah diposkan ke rumah baru. Kami gunakan perkhidmatan Pakcik Ismail. Nasib baik aku ada seorang hero gagah perkasa lagi handsome. (ok, sila muntah sekarang..hehe). Dalam kes ni, Cik Pu lah yang banyak membantu. Dari kemas rumah, mop lantai, basuh toilet, cuci cermin kat dalam toilet, angkat barang, beli tong gas, beli solek punyalah banyak dan lain-lain lagi.

Harapnya lepas sah jadi suami nanti lagilah rajin ye Cik abang!

2) Barang-barang hantaran

Minggu lepas jugak adalah minggu dimana kami amatlah sangat yang amat sibuk. Kenapa ye? Kami pulun beli mana-mana barang hantaran yang tak cukup lagi. Cik Pu beli kasut, perfume, tie dalam kadar diskaun dan voucher yang melampau-lampau murahnya. Manakala aku pun tak boleh nak kalah dengan Cik Pu, beli jugak. hehe. Aku beli perfume dan jam tangan couple, tapi guna duit Cik Pu. Dan tak lupa juga kena bayar dengan bunga :( Langsam semua duit kami ye kawan-kawan. Lauk berbuka & sahur haruslah kais pagi makan pagi kais malam makan malam..hehe.

Cuma sekarang ni yang tinggal hanyalah :

Cik Pu : Sireh, Lens Kamera, Kek/coklet/buah
Aku : Sireh, Dress + tudung, Kek/coklet/buah

Dan dalam beberapa hari atau jam daripada sekarang, mungkin list bagi dress + tudung tu akan hilang dari pandangan ye kawan-kawan. hehe. Aku nak kena carik jugak dalam minggu ni, mungkin boleh dapat diskaun raya kan. Cuma list nanti akan tinggal barang-barang yang takkan dapat offer masa raya jelah, cth : lens kamera. Bernas tak idea kami? Membeli banyak barang time sale (-_-')

3) Gubahan hantaran

Ni pun part paling kritikal jugak ni. Pening kepala memikirkannya. Macam mana nak buat? Buat sendiri ke? Nak upah orang buat ke? Atau nak sewa je? Last-last aku decide untuk beli barang-barang kat A tu Z sendiri. Then mintak tolong dia ubah & buat 1 contoh mengikut citarasa aku. Then...tara....siap! Macam gubahan sireh masa tunang hari tu pun macam tu jugak aku buat. Idea Niena & aku then mintak dia gubahkan sikit. Puas hati pun puas!

4) Pre wedding Photo

Ni lagi pening..haha! Walaupun Cik Pu seorang photografer, tapi bila part2 tangkap gambar nilah yang paling bermasalah. Diakan pengantin..takkanlah dia nak tangkap sendiri? Nak mintak kawan-kawan..hmm..hubungan kami kan special sikit. Kebanyakan kawan-kawan pun tak tahu yang kami ni dah nak kawen. Haih. Kalau yang tahu pun, buat-buat tak tahu. Macam mana?

(-_-')

Alhamdulillah. Part pre wedding ni kami berjaya dapat seorang photografer dari Kedah. Abang Nazri Ahmad. (http://www.nazriahmad.net/). Ni Cik Pu yang carik. Aku tak pandai sangat nak nilai bab-bab ni. Kita serahkan saja pada yang pakar..Kurang sikit kerja..kih kih kih.

Lepas raya dah book appointment dengan Abang Nazri. Kitorang akan jumpa kat area Kulim - 10 September 2011. Nak bincang apa yang patut dulu sebelum pergi shoot. Ok, setakat ni settle. Kita tunggu lepas raya pulak.

5) Bekas Mas Kahwin

Kami nak buat kelainan sikit dalam bab ni. Kalau selalu kita tengok orang dok bagi mas kahwin dalam album / frame kan. Sekarang ni kami tak nak buat macam tu..no! no! no! Kami nak letak dalam 1 bekas yang comel-comel then ada memorable values skit kat situ.. Buat masa sekarang ni biarkanlah idea ni tergantung kat sini. Lain kali aku post siap gambar sekali ye?

6) Kelengkapan rumah
Setakat ni Alhamdulillah. Barang-barang dalam rumah semakin hari semakin lengkap. Kalau ada yang tak lengkap pun InsyaAllah akan diusahakan sedikit demi sedikit. Tengahari tadi tv dah selamat sampai dan menjadi sebahagian dari isi rumah kami. Tapi masih belum guna sebab Cik Pu kata kena guna 'ariel'. Ceh, aku ingatkan bila dah beli tv yang "agak mahal" ni tak payah dah pakai antena-antena ni..rupa-rupanya nan-hado. Kena tunggu kahwin dulu la baru merasa Astro. (Aku kan kedekut dalam bab2 ni, so tunggu Cik Pu pasang..hehe)

Dan ye..sebelum kahwin lagi kami dah masukkan agenda "selepas kahwin" dalam budget & list kami. Kami taknak kahwin sehari dua then hidup selepas kahwin takde. So, kami prepare siap-siap daripada sekarang. Nanti takdelah kelam-kabut sangat. Dan yang paling penting, taklah sesak sangat...kan? hehe


Ok, buat masa ni tu je. Lain kali aku update lagi ye!


Projek DIY baru

As salam & hai semua,

Setelah Projek DIY glasses doorgift aku tu dah berjaya disiapkan sebanyak 400pcs, aku dan Si Budak kecik dengan semangatnya nak mencipta lagi beberapa Projek DIY. Yeay! Setelah Si Budak Kecik tu tinggal dengan aku, aku sangat bahagia sebab dah ada asisstant sepenuh masa tak berbayar. heh! Alhamdulillah dalam minggu ni 2 lagi Projek DIY telah dilancarkan dan statusnya in progress.

Antara Projek DIY yang berstatus in progress :



Picture #1 Ribbon & string paper (sila abaikan pemandangan latar belakang)


Picture #2 Harcarved rubber stamp (handmade stamp)


Picture #1 : Kami akan siapkan dalam 500pcs kesemuanya. InsyaAllah, benda alah tu akan dijadikan untuk tambahan jumlah daripada bunga telur & bekas telur yang sudah dibeli sebelum ini. Nak tahu apa benda alah tu? nanti aku bagi tahu ye :)

Picture #2 : Aku dah berjaya tempah kat Puan Mangosteenskin & akan didatangkan daripada Sabah. Tak sabar nak tengok design yang akan ditunjukkan oleh beliau..yebba!


Selain daripada Projek-projek di atas, kami juga tengah berfikir-fikir nak buat beberapa projek lain, InsyaAllah. Antaranya :



Picture #3





Picture #4



Lain-lain idea nanti akan datang kemuadian. hehe. Ataupun kamu-kamu semua ada idea menarik? Jomlah kita kongsi kat sini :)


Akibat tengok bola (Part 2)


Salam Ramadhan semua,


Macam mana puasa? Setakat ni ok? hehe. Aku doakan semua dapat bertahan sampai pada masanya. (ceh,bajet macam kanak-kanak!). Ok ok. Berbalik pada tajuk entry kali ni. Sebelum ni kan aku ada cerita pasal Cik Pu telefon aku masa aku tengah tidur berkeruh-keruh dengan Si Budak kecik time 5-6 pagi tu kan. Ye, memang dia yang call dan dia memang accident. Bukan mimpi atau rekaan aku semata-mata. Tapi memandangkan aku tengah mamai-mamai dan mamun-maman, so aku macam buat tak heran je time tu. hehe. Sowi ye Cik Pu.

Ok, meh aku cerita kejadian sebenarnya. Ni berdasarkan pehaman aku dari penceritaan Cik Pu lah ye. Kalau salah, maafkan hamba. Al-maklumlah bulan-bulan puasa ni hamba selalu nyanyuk-nyanyuk sikit. (Even tak puasa pun, aku selalu nyanyuk jugak..keh keh keh).


Malam tu diorang kan balik dari tengok bola kat Stadium Bukit Jalil. Tak silap aku dorang balik lambat jugaklah, dalam pukul 2 pagi kot, kalau tak silap. Then dalam pukul 5 pagi tu yang accident tu. Masa tu diorang kat area Taiping. Sebelum tu ada keta accident kat lane kanan, then diorang cuba mengelak daripada keta accident tu. Maybe diorang masuk lane kiri kot. Tiba-tiba ada satu kereta BMW langgar diorang daripada belakang. Pemandu BMW tu lelaki India yang berstatus Datuk katanya, ntah aku pun tak tahu.



Mula-mula tu aku bayangkan sikit je. Bila aku mintak Cik Pu hantar gambar by email..fuhh! berdebar jantung aku. Nasib baiklah penumpang yang kat belakang tu takde pape. Alhamdulillah (-_-')


Picture #1 Kereta yang sedia ada accident (pandangan depan)

Picture #2 Kereta yang sedia ada accident (pandangan sisi)



Picture #3 Kereta Datuk India yang melanggar kereta diorang.


Picture #4 Kereta diorang



Picture #5 Kereta dihantar ke Workshop Juru


Aku cerita kat Puan Emak. Dia apalagi, mengucap panjang dan start membebellah. Siap cakap lagi, buat apa nak tengok jauh-jauh, tengok kat tv kan ada. Bla bla bla. Tapi last sekali diusuli dengan kata-kata "mungkin ni semua dugaan nak kahwin". (-_-'). ye, mungkin ini semua dugaan nak kawen. Dalam keadaan-keadaan macam ni, kita kena banyak bersabar.


Syukur Ya Allah mereka tak pape.