Pre-Wedding session


Hai semua,

Hari ni tersangatlah penat. Ingatkan buat pre-wedding bodo-bodo je, rupanya penat gila! Rasa macam tak cukup je off half day hari ni. Tapi apakan daya, cuti & claim off aku dah tak berapa nak banyak sangat..so, redha sajalah.

Alhamdulillah hari ni semua bjalan lancar. Cuaca cantik, suasana nyaman, mood baik. Asik kena suruh gelak je dengan Abg Nazri..jenuh aku kena tunjuk gigi. Cik Pu takpelah, dia memang dah selalu gelak orangnya..hai tak tahu la macam mana rupanya gambar aku tu nanti..hehe

Pape pun, tengok la dulu gambar di sebalik tabir yang Budak Kecik dah amik.



Buat masa ni aku tempek sekeping je la dulu eh. Next entry maybe lebih sikit. Motif? Aku dah penat gila ni. Malas la pulak nak edit kasi kecik sikit saiz dia. Ni pun main bantai upload gambar saiz besar, berkurun lama aku tunggu dia loading..hohoho..

Ok. Callo bette. Aku nak tdoq!



Public Blog

Hai semua, selamat malam.

Sebenarnya mata dah kuyu gila ni. Tapi hati ada hajat yang besar nak bukak cerita kat blog. Almaklumlah, baru lepas start buat assignment la katakan. Tu pasallah mata automatically kecik. Lagi pulak siang tadi aku full house pergi Kelas Amali JIB 115. Agak penat sedikit di situ ye kawan-kawan. Tapi, cuba kau bagi aku chatting ke, borak-borak dengan Cik Pu ke, main games ke, cepat-cepat dia cerah punya. XP

Ok, berbalik pada tajuk kita tadi.

Semalam Cik Pu ada tanya aku. Bila nak bukak blog Coklet Hitam ni ke public? Takkan nak peram blog ber-privacy sampai bila-bila kot? Ok ok. Soklan ni sebenarnya lama dah bermain kat minda aku. Nak bukak ke tak? Ke biar hanya kawan-kawan yang kita suka je baca. Dalam erti kata lain, no public-public? Haih, aku pun tak tahu nak jawab macam mana.

Kalau ikut hati memang nak bukak. Sampai bila kan nak menyorokkan gossip2 diri sendiri macam ni. (haha..ayat nak mintak pelempang). Tapi tu lah. Aku rasa setakat ni mungkin belum tiba masanya lagi kot. Kang manalah tahu, tup tup open to public reader, dan dan ramai pulak stalker..akhirnya payah pulak nak menjawab dengan Cik Pu...muahaha!

Dan setelah aku berfikir-fikir dalam tak sampai beberapa hari pun, aku rasa aku dah pun ada jawapan yang tepat bagi soklan Cik Pu tu. Yes. Aku akan bukak blog ni bila tiba masanya. Bilakah akan tiba masanya? Bila satu hari nanti. Satu hari di mana kad kahwin yang telah dicetak dan dalam proses nak diedarkan kepada orang ramai. Yes, time tu aku akan open this blog to public reader.



Ya. Aku yakin!




Hantaran kahwin


Hai semua,

Kepada kawan-kawan yang selalu baca blog CH ni mesti dah tahu hantaran untuk pihak lelaki aku DIY sendiri kan. So, Alhamdulillah most of the deko untuk hantaran tu dah siap. Tinggal satu bakul je lagi berbaki - sirih junjung. Yang ni memang aku saja tinggalkan untuk siapkan hari kemudian.. (padahal sebenarnya aku takde idea lagi macam mana nak deko & padankan dengan hantaran yang lain..hehe).

Sebelum tu, jom kita bukak checklist untuk hantaran dulu.

Pihak Perempuan :

1) Sireh
2) Buku Agama (-dan mungkin akan tambah Sejadah)
3) Jam tangan
4) Set perfume
5) Kasut
6) Kemeja + Slack + Tie
7) Belt + Wallet
8) Lens Kamera
9) Kek / Coklet / Buah / Manisan

Pihak Lelaki :

1) Sireh
2) Telekung
3) Jam tangan
4) Handbag + Kasut
5) Sepasang baju kurung + tudung
6) Set perfume
7) Kek / Coklet / Buah / Manisan

Untuk Nikah:

1) Mas Kahwin
2) Senaskah Al-Quran
3) Batal air sembahyang : Gelang Emas (....InsyaAllah...)


Untuk deko hantaran pihak aku, aku nak simple but nice. Dalam erti kata lain, sedap mata memandang. Simple sangat pun tak jugak. Kang simple sangat makcik-makcik Joyah semua tak puas hati pulak..hehe..Fikir punya fikir, dapatlah idea buat macam ni :


So, hantaran belah aku dah settle sikit-sikit. Manakala hantaran belah Cik Pu, macam biasa, relax2 dulu, nanti last minit baru dia siapkan..haih! Ni yang slalu jadi modal nak bergaduh siang malam ni. Dia macam biasalah, ikut style relax-relax dia. Last minit nanti baru kelam kabut. Aku pulak jenis semua nak settlekan cepat-cepat, tak suka kelam kabut. Bak kata Gendut, perkara macam ni semua biasa. Kebanyakkan lelaki memang ambil remeh bab-bab macam ni.. (-_-')

Ok, aku redha.



Kelas Amali


Hai semua,

Selamat Hari Malaysia. Hari ni semua orang pasti tengah merelax-relaxkan minda kan? Aku? Tengah serabut kepala dengan Kelas Amali Animal Diversity yang akan dijalankan esok. Boleh aku lupa Sabtu & Ahad ni ada Kelas Amali.. Kesian Cik Pu. Ye ye je aku janji dengan dia esok (sabtu) kami akan buat shoot pre-wedding, then lepas habis semua, aku & Budak Kecik ikut balik Alor Star tido sana. Last-last baru teringat.



Tu pun setelah bukak e-learning portal usm dalam gatal-gatal tangan tengahari tadi. haih! Nampaknya pre-wedding kena postpone la ye kawan-kawan. Nasib baik Abg Nazri OP Pre-wedding kami tu free time tu.. (-_-')

Ingatkan minggu ni kalau balik Alor Star, bolehlah settle-settlekan mana yang tak settle lagi. Aku ye ye je plan nak :

1) Pergi Butik Pengantin - pilih & fitting baju balik
2) Carik Al-Quran (masa nikah nanti)
3) Survey gelang Emas
4) Settlekan borang Nikah Cik Pu
5) Bergambar Raya & Beraya dengan Tok (hehehe..ni x termasuk list kahwen)

Rupa-rupanya hampeh. Satu hape pun tak boleh. Kelas Amali tu start pagi habis petang. Full house ok. Prof ni pun satu. Tak kesian ke kat orang yang nak pergi beraya. Tak pasal-pasal terbantut..heh! Agaknya nilah yang dikatakan dugaan PJJ kan. Masa yang ada tu sekejap je rasanya. Macam tak cukup tanah nak kejar. Assignment pun sepatah haram tak buat lagi. Hari tu macam dah siap introduction, tengok2 hilang ntah ke mana ntah file tu...haih!

Lagi satu hal, esok mana aku nak campakkan si Budak Kecik ni?



Boboiboy 27 tahun


Hai semua & selamat malam.

Malam ni aku ada banyak benda nak cerita. Al-maklumlah sekarang ni ada laptop & broadband di sisi. Lagi pulak Cik Pu tengah main badminton, makanya bolehlah kita berjimba-jimba kat blog. Kalau tak, jangan kata nak berjimba, nak klik bukak blog pun tak sempat. Tak sampai 5 minit buat pape, Cik Pu dah call tanya buat apa. Aku kenalah jadi tunang mithali lagi berdedikasi..hahaha ptuuuih!

Ok ok. Bukan ini yang aku nak ceritakan. Kita bukak muka surat baru.

Buat yang tak tahu, 6 Sept 2011 (selasa) yang lepas adalah Besday Cik Pu yang ke 30? selepas digenabkan (haha..matilah aku kalau dia baca ni) Tapi al-malangnya time-time besday dia tu jugak aku jatuh sakit dan menyebabkan aku tak berdaya saing langsung untuk nak buat pape surprise. Jangan kata surprise, sambut pun tidak. Wish pun lambat. Reason aku : sangat tak larat ok. Dengan hidung berhingus, kepala berdenyut2, panas 1 badan macam badak. (erk?) Rasa macam nak mengamuk je time tu. Tahu-tahu malam tu dah tertido.

Disebabkan tu, aku terpaksa postpone segala plan yang dah dirancang rapi. Lepas 2-3 hari dah sihat tu, terus aku laksanakan segala2nya dengan Si Budak Kecik. Dia dah aku arahkan awal-awal lg supaya berlakon macam takde pape yang bakal berlaku. Bukan apa, Budak Kecik ni kadang-kadang dia membelot jadik kroni Cik Pu. Kadang-kadang tu tak dapat langsung aku nak buat jahat, cepat je mulut dia bagitahu Cik Pu. Ntah berapa Cik Pu bayar dia ntah..haih!

Malam jumaat tu, aku dengan Budak Kecik dah siap pakai cantik-cantik dah. Dalam kepala hotak aku nak culik Cik Pu pergi mana-mana kawasan pantai. Samada Pantai Bersih / Batu Feringgi. Fikir-fikir balik, takkan tiap-tiap tahun nak celebrate kat Pantai Bersih. Tahun lepas dah sudah. Tahun ni aku fikir biarlah jauh sikit. Batu Feringgi? Aku cuak sikit, takut sesat. Nak pergi jugak punya pasal, aku suruh Khairul Si Labmate aku tutor aku macam mana nak pergi sa
na. Kau dah duduk 3 tahun kat Penang, nak pergi Batu Feringgi pun kau tak tahu? (Aku jenis tak hingat jalan ok)

Cik Pu tak tahu langsung pasal benda-benda ni. Malam tu macam biasa, dia nak pergi main badminton. Ok ok, kau nak pergi main badminton, dipersilakan. Sebelum aku nak pergi culik dia tu, aku call bagitahu aku nak hantar nasik + lauk sikit. (hahaha! padahal apa pun tarak!). Sampai rumah dia, terus suruh dia naik keta. Aku kata nasik ada kat belakang, masuklah keta jap aku nak cakap sesuatu kat dia. Lepas dia duduk, terus aku pecut laju. Tak dan mamat tu nak tutup pintu..hahaha! Dengan muka terpinga-pinga tanya nak pergi mana. kesian.

Lepas dah round2 nak keluar kawasan rumah dia, dia bagitahu tak bawak wallet sume, ic takde. Haih bahaya betul budak ni. Terpaksalah aku patah balik. Aku bagi masa 5-10 minit je. Lambat tinggal. Kejam ok aku rasa. Lepas siap semua, aku kata kita nak pergi Seberang Jaya/ BM. Dia kata ok dan tak kisah. Malam tu Cik Pu terpaksa cancel badminton dia..hahaha! yes! yes! yes! *dengki..hehehe*

Bila lepas simpang nak masuk BM, Cik Pu dah dok heran2 dah. Nak pergi mana ni? Kalut-kalut tanya nak pergi mana-nak pergi mana? Aku sengeh-sengeh terus pecut masuk simpang ada signboard ke jambatan Pulau Pinang. Cik Pu pandang aku. "Kenapa tak cakap awal-awal? Saya tak handsome ni. Nanti ramai orang nak tengok saya." (-_-') Haih, perlu ke?

Masa kat sana tu aku dah kena berterus terang dah dengan Cik Pu. Kalau tak, aku yang nazak. Surprise-surprise jugak, kang sesat kang, surprise-nyeperise la kau sorang-sorang kat situ. Nak tak nak aku suruh dia jadi tukang baca signboard ke Batu Feringgi. Dalam pada ada orang dok bacakan signboard tu pun, aku boleh sesat lg. (-_-') Masuk ntah mana-mana kawasan perindustrian cina ntah.

Last-last sampai jugak walaupun mengambil masa yang "agak" lama. Masing-masing perut dah lapar, mata terus nampak KFC je. KFC pun KFC la, janji ada makanan. Cik Pu sepanjang perjalanan dok tanya mana nasik + lauk yang aku nak kasi kat dia tadi..hehe..kesian kesian.

Masa lepas beli ayam kat KFC tu, aku dengan Budak Kecik buat-buat tertinggal barang kat keta.
Ambik kek yang aku dah beli siap-siap tengahari tu, ambil hadiah yang aku dah bungkus cantik-cantik sebelum jumaat tu, cepat-cepat pergi tepi KFC. Nyalakan lilin atas kek, then dari luar kami usung kek yang bernyala api tu masuk dalam. Makcik & Pakcik melayu yang ada kat situ tersengeh-sengeh tengok kitorang. Nasib baik yang lain-lain tu foreigner. So, diorang tak pandang-pandang sangat macam orang kita.


Kek yang aku dah siap-siap beli kat Kepala Batas

Cik Pu masa tu aku tak tahulah apa perasaan dia. Terkejut ke? Ke dah tahu dah ada orang nak sambut besday dia? hahaha. Dari start nampak kek, muka kontrol macho tak habis-habis. hahaha!

Boboiboy 27 tahun (pakai baju nak pergi main badminton..hehe)



Nak jugak bergambar dengan ayam kesayangannya..haih


Excited norhh tiup lilin..menyemboq!


Master Mind dan Kroni Cik Pu


#Di kesempatan ni saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir ke 27 kat abg. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Semoga perhubungan kita kekal hingga ke akhir hayat. Saya mintak maaf kalau selama kita kenal ni saya ada buat salah/silap/kenakalan yang disengajakan/tak disengajakan. Semoga abg jadik suami yang soleh. Love u!



Yang Ikhlas,


Status Maskot


Hai semua, Selamat malam!


Malam ni aku just nak bagitahu kat korang...



*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Maskot dah selamat sampai kat kepala aku, sekian.




tu je..haha!




CTC, Berat & Pre-Wedding

Hai semua,

Lama tak jumpa. Buat masa ni aku memang bizi gila. Bos besar pun tak bizi macam aku..hehe. Semenjak pindah masuk CTC ni rasanya aktiviti berblogging pun dah terencat sikit. Oh, bukan takat sikit-sikit tapi banyak. FB pun kadang-kadang tak sempat update status langsung. Walaupun kadang-kadang korang nampak status baru tapi sebenarnya tu bukan aku, tp Cik Pu yang pandai-pandai update-kan..haha!

Lepas Raya ni tak banyak persiapan yang dapat dihasilkan. Semua benda macam terbengkalai je.. (-_-') Kehidupan aku sekarang ni makin kucar-kacir. Macam tak teratur. Aku rasa faktor utama jadi macam ni adalah keadaan rumah sewa baru yang 2 tingkat ni..haru sungguh kejap-kejap kena naik, kejap-kejap kena turun. Rasa makin kurus. Yeah, memang sangat kurus pun. 41.4 kg.

Bercerita tentang pre-wedding shoot, InsyaAllah sabtu ni kami akan laksanakannya! Ye, semangat berkobar-kobar tapi takut..huhu! Mana taknya. Kami rancang nak buat theme sama macam kami kenal dulu. So, maskotlah benda paling utama kan? Agak-agaknya dapat ke tak ye kami pinjam maskot tu dari opis?


(Aku budak dalam maskot, 2010)





Apa-apa pun next entry aku cerita lagi. chow!

Brown Paperbag


Masa lunch tadi, aku & Puan Nurul pergi mengerjakan satu projek yang bernama "Mencari Brown Paperbag". Projeklah sangatkan..kekeke. Paperbag ni aku nak beli untuk belah Cik Pu. Dia memang bercadang nak bagi brown paperbag ni. Mula-mula Puan Nurul ajak aku pergi carik kat kilang PXX Printing. Kilang ni memang terkenal dikalangan B2B sekelian. Then aku tolak.

Why?

Kalau tanya kat aku & Cik Pu, kami memang akan tolak pergi sana kalau semata-mata hanya nak beli paperbag. Kenapa ye kawan-kawan? Ok, mari kita buat kira-kira dengan berkhemahnya bermula sekarang!


Kilang PXX Printing

1 kotak Paperbag = RM60 (kalau ambil sendiri)
1 kotak = 10 pkt
1 pkt = 100 pcs

Maknanya, 1 pkt
= RM60 / 10
= RM 6

Dan maknanya, 1 pcs
= RM 6 / 100
= RM 0.06


Berbaloi ke kalau setiap kali pergi dan balik, kena keluarkan tol & duit minyak lagi? Sedangkan Kepala Batas area tempat aku ni ada..hahaha..Jawapannya memang sangat tak berbaloilahkan. Kalau nak ikutkan, kat PXX Printing ni, paperbag dia takde tapak. Bukan takde tapak macam mana, kalau ko nak tapak, ko kena bukak paperbag tu dulu, then baru dapat tapak. Bukan build-in punya tapak yang macam selalu-selalu orang dok carik tu.

Ok, tu satu hal. Yang satu hal lagi. Lepas aku ronda-ronda, carik kat kilang lain area Lunas masa dulu-dulu, aku dapat harga dia lagi murah BANYAK dari yang kat Kilang PXX Printing. Murah BANYAK ok. 1/2 price. Kualiti tetap sama, malahan siap ada tapak build-in lagi. Yang tak bestnya cuma satu. Ko nak pergi punyalah jauh sampai Lunas, then nak beli 500pcs..takut diorang geleng kepala jelah dengan order yang sikit tu..hehe

Disebabkan banyak masalah, aku decide ajak Puan Nurul pergi yang kat Kepala Batas ni je. Dekat pun dekat. Murah pun murah. Tak payah keluarkan duit minyak & tol. Masa pun jimat nyah! kenapa? Tak percaya?


Kedai RMX Kepala Batas
1 pkt = RM 2.00
1 pkt = 40 pcs

Makanya, 1 pcs
= RM 2 / 40
= RM 0.05


Ni baru pergi kedai bodo-bodo jual barang RM2 kat Kepala Batas. Belum pergi kedai untie yang hari tu aku pergi lagi ni..haih..Kedai Untie tu tutup pulak hari ni. So, esok "mungkin" pengembaraan untuk mencari paperbag ni akan dijalankan lagi...Apa pun, motifnya, berkhemahlah ketika berbelanja. ye tak? Jangan sampai tertipu dengan harga yang ditawarkan.. :)


Smile, No war!



Mesej


Kak Nurul :

Salam. Nak wish awal2 slmt pengantin br. Jgn srnk2 sgt, sbb perkahwinan ni bkn sekadar keperluan hidup tp jgk pembangunan ummah. Sentiasa pertingkatkan diri, muhasabah sll supaya dpt menjd isteri bt suami di dunia, dan bidadari bt suami di akhirat

Akak mntk maaf x dpt gi kenduri kat rawang, tp yg kat a. setar, i'Allah akak akan usahakan.