Lembu


Hai semua,

Selamat tengahari. Aku baru je selesai menyapu ruang tamu & dapur. Penat jugak ye..patutlah Puan Emak berkeras tak kasi aku buat kerja tadi. Tapi, takpelah. Semua orang pun takde, keluar. Si Budak Kecik pergi jalan-jalan ke KL dengan kawan-kawannya. Nak carik apa ntah. Yang Encik Ayah, Puan Emak, Si Afiq, Si Adik pergi Pasaraya NSK. Beli semua barang keperluan (kering & basah) masa kenduri esok-esok. Oh ya, Si Afiq dah balik dari Kuching, legalah sikit hati aku. Kalau tak, tertanya-tanya siapalah nak dekokan Bilik Pengantin aku tu nanti...haih.

Berbalik pada tajuk kita tadi, semalam aku, Puan Emak & jiran aku (En. Wan) pergi tengok lembu untuk kenduri ni. Encik Ayah time ni tengah terperangkap dalam jammed kat area jalan Pasar Borong Selayang. nak ambik Si Afiq. Handsome jugak lembu tu. Lebih putih daripada aku...kehkehkeh. Alhamdulillah setelah dibincang tawar menawar harga, kami dapat harga yang setimpal dengan lembu yang handsome lagi putih lagi gebu tu..hehe. Dalam RM2700. Puan Emak kata lembu tu cantik, lembu jantan. Dah alang-alang lembu elok, baiklah kita buat akikah terus. Makanya kami pun buatlah anak beranak...

Aku punyalah berkobar-kobar nak ikut sebab nak tangkap gambar. Last2 terlupa bawak SD memory card. Macam mano nak amik gambar kalau kad memory takde? haila. Nyanyok sungguh ini olang. Last2 aku tangkap gambar dengan handset cabok aku je la... :( (padahal Cik Pu punya..kehkehkeh)

ok. hal lembu-lembu settle!





Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat kelak.
Kau kurniakanlah kami kebahagian dunia dan akhirat.
Amin.



Resepi Muffin & Coklet Homemade


Hai semua,

Alhamdulillah hari ni kerja buat coklet & baking muffin beransur surut. Coklet berjaya disiapkan dengan kuantiti yang dikehendaki, malah ada lebih lagi. Dalam 1500pcs. InsyaAllah kepada sesiapa yang datang kenduri di Rawang akan mendapat coklet sorang satu. Eh, sorang 2pcs coklet :) Majlis aku ni tak besar mana, tak mewah mana pun, tapi InsyaAllah majlis ni dapat mengeratkan siratulrahim antara kita.....eh, tetiba.






Sakit pinggang aku dok pulun buat 2 benda alah ni. Nasib baik ada Puan Emak, Encik Ayah, Si Budak Kecik dan Si Adik. Tak lupa jugak 2-3 orang kawan Si Budak Kecik yang banyak menolong. Kalau sorang-sorang, mahu bungkus jugaklah gayanya. Pengantin ke mana, coklet & muffin entah ke mana..hehe

Disebabkan dah berpuluh-puluh kali bancuhan muffin tu aku adunkan, makanya aku dah tak tengok langsung resepi muffin ni...huahuahua..sampai macam tu sekali perumpamaan. Ok, kali ni aku nak share resepi muffin yang aku dah pulun buat semenjak semalam & hari ni tu...

Here, we go :

225 gram Buttercup / Planta
225 gram Gula Icing / Gula Putih kasar dikisar halus
4 bijik Telur
Sedikit Serbuk Kulit Kayu Manis
1 sudu Asen Vanilla
225 gram Tepung Gandum (diayak)
1/2 sudu Soda Bicarbonat


cara -cara :
1. Pukul buttercup/planta, gula dan telur sampai kembang.
2. Masukkan serbuk kulit kayu manis, asen vanilla, tepung dan soda bicarbonat dan kacau rata kesemuanya biar sebati.
3. Masukkan 3/4 adunan ke dalam mangkuk kertas muffin.
4. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 175C



Ok, untuk part buat coklet pulak, sebenarnya bukan aku yang buat sangat. Yang PALING bekerja kuat adalah Puan Emak. Puan Emak yang bertungkus lumus menyiapkan dari awal sampai habis siap semua. Terharu ok, mak pengantin buat sendiri coklet tu..... (T_T). Ok, kat sini aku tepek sekali resepi coklet tu. Bukan resepi la..cara-cara nak buat :)


White Chocolate Compound (Beryl's Gourmet)
Milk Chocolate Compound (Beryl's Gourmet)
Pewarna Oil Base


cara-cara :

1. Cairkan White Chocolate (WC) pakai cara boiling.
2. Agak-agak WC dah mula nak mencair, angkat coklet tersebut.
3. Campur WC tu dengan Pewarna Oil Base warna yang korang nak.
4. Masukkan WC yang berwarna tadi ke dalam acuan. 1/2 daripada bekas acuan.
5. Repeat step 1 dan 2 untuk Milk Chocolate (MC) pulak.
6 Masukkan MC ke dalam acuan yang bawahnya diletakkan WC berwarna tadi.
7. Letak dalam cup & bungkus.

Senangkan? Ni resepi yang aku buatlah. Lain orang, lain caranya. Itu terpulang pada masing-masing punya cara...Yang penting, benda tu JADIK!

Ok, sekian saja rancangan masak-masak kita pada hari ini.

Selamat mencuba ye puan-puan.,




Kerja



Hai semua,

Hari ni aku agak letih sikit ye kawan-kawan. Banyak kerja yang ada dalam senarai perlu disiapkan. Oh, lupa aku. Bukan kawan-kawan je yang baca blog aku ni. Ada sorang lagi kipas-susah-mati Blog CH, Cik Pu. Hai Cik Pu, jangan PANIK ye bila baca blog ni..relax je, coooool man. hahaha.

Hari ni ada 2 menu yang patut disiapkan : coklet & muffin untuk doorgift. Tapi nampaknya muffin terpaksa ditangguhkan untuk seketika waktu yang tak dapat difikirkan. (mungkin esok esok baru buat..hehe). Kenapa? Adunannya tak menjadi :( Nasib baik ada kawan-kawan sekolah lama Si Budak Kecik, dapat jugaklah diorang tolong-tolong. Tu pun aku angin jugak, ada yang datang rumah kami, buat macam rumah tu takde tuan rumah.....haih. Last2 Puan Emak jugak yang siapkan semua benda kat dapur, kesian Puan Emak. (-_-')












Kerja Si Budak Kecik - meneliti kesalahan yg aku buat


Yang Encik Ayah pun bizi jugak. Baru sibuk nak mengecat bilik Si Adik & Si Budak Kecik. Habis semua bizi dengan kerja last minit. Nak angin pun tak boleh, kang dia balik yang angin kat aku, mati aku. Langsung dia tinggalkan semua kerja yang dia tengah buat. Kau nak sambung?





Malamnya pulak, sibuk dok tengok bola Final Sukan Sea Malaysia lawan Indonesia. Sakit tekak aku terpekik terlolong menjerit..haha..masuk gol pun menjerit, tak masuk pun menjerit..haha. Semangat sungguh. Lama betul diorang main, sampai minit 100++. Tapi Alhamdulillah, akhirnya Malaysia berjaya jugak merangkul pingat Emas..hoyeah! Syabas Harimau Muda!


Oh, esok kena sambung keja lagi....haih



Fitting Baju & DIY HB


Hai semua,

Aku baru je balik dari fitting baju kahwen & beli beberapa barang. Fuuh! Penat jugak eh. Tu la kan, sapa kata pengantin boleh rehat2 sebelum Big day mereka. Kalau ada pun yang boleh rehat, mesti perasaan risau2 ada jugak kan.

Ok. Berbalik pada tajuk asal kita tadi, alhamdulillah selesai sudah fitting baju kahwen. Tapi fitting tanpa Cik Pu. Cik Pu kan ada kat Penang lagi. Nilah nasib kalau kahwen dengan orang jauh..hehe. Jeles sebab masa kat Butik tadi ada se-couple pasangan ni p fitting sama-sama, walhal aku p fitting dengan adik-adik aku je...kekeke..ini macam pun ada ka?




Masa pergi Butik tadi aku siap bawak persalinan baju nikah & DIY Hand Bouquet (HB) aku sendiri kat situ. Tujuan bawak baju nikah tu nak match-kan dengan sampin nikah Cik Pu. Marah gila Cik Pu bila dapat tahu yang masa nikah ni dia terpaksa pakai Pink...kehkehkeh..Yes! Hello Para-para lelaki, buat pengetahuan kalian, dari pendapat kawan-kawan saya mengatakan, kebanyakan daripada kami (yakni kaum wanita) sangat suka kalau-kalau husband / tunang / kekasihnya pakai warna pink ok. Kitorang tak pandang pun lelaki tu Jambu ke apa. Kitorang rasa macam sweet2 je... :D (sooo sweeeeeet)

So, kes sampin Nikah Pink Cik Pu selesai!



Yang pasal DIY HB pulak, aku nak match-kan dengan baju kahwen tu. ok ke tak? Tak sangka pulak ramai betul yang terpegun dengan DIY HB tu. Alhamdulillah, hasil usaha keras 3 orang : Aimi Zafira, Aku & Si Budak Kecik. Aimi pun banyak membantu jugak. Dialah yang paling semangat sekali bila aku sua-kan gambar DIY HB tu..hehe..Siap telefon aku banyak kali ajak pergi beli button kat Kilang Button tu..haha..Aku pun tak semangat macam dia, cuma gigih sikit je kot? :P


Untuk kalian-kalian semua, aku bagi tengok DIY HB aku tu. Semoga korang berbahagia di hujung minggu dengan tenangnya. Jangan jadik macam aku, PANIK! haha



Teaser DIY HB.........peace!




20.11.2011


Hai semua,

Sekarang ni aku bersiaran dalam Bilik pengantin...(cecece..Pengantin?). Bilik ni sebenarnya bilik Puan Emak & Encik Ayah, tapi telah di-transform-kan menjadik Bilik Pengantin. Barang-barang aku pun dah disusun-susun dalam almari bilik ni. Dah rasa macam 'Mem Besar" la pulak..huahuahua. :P (Dah dapat permission Puan Emak & Encik Ayah ok)









Hari ni aku bangun awal 'macam biasa'. haha. Puan Emak macam hairan sangat tengok aku dah terpacak sebelah dia kat ruang tamu. 'Hai, awal bangun. Kalau mengantuk & penat, pergilah tidur balik'. Time-time macam ni dah takde istilah tidur balik la ye..Sekarang ni mood mencarik apa benda lagi yang tak disiapkan, even dalam tidur pun..kehkehkeh. Kes kronik aku dah datang. Bila gabra & cuak, aku rasa macam nak muntah, makan tak lalu, tidur tak lena. Ni yang aku tak suka ni..haih!

Ok, hari ni ada beberapa perkara yang aku akan buat :

- Tangkap gambar passport
- Fitting baju - Butik pengantin
- Beli bahan2 muffin
- Beli gula-gula leper
- Pergi Kedai RM2



Semoga segala-galanya berjalan lancar.

Lebih kurang 5 hari je lagi........hua!


Kawan-kawan, please pray for me yah!





Di Rawang


Hai semua,

Alhamdulillah, baru tadi kami selamat sampai rumah Rawang. Dalam pukul 3.00 petang gitu. Bertolak dalam pukul 11++. Jangan risau ye kawan-kawan, hari ni aku tak bawak nak berapa laju sangat..so so je. Ramai kot yang pesan "Bawak keta hati-hati, tak payah laju-laju sangat. Biar lambat asal selamat, Awak tu darah manis..bla bla bla". Ini termasuk Encik Ayah, Puan Emak & Cik Pu-lah ye, macam selalu-selalu tu. Jangan risau la, aku kan ada bodyguard....Si Budak kecik!

Sebelum balik tadi, sempat jugak aku singgah Kedai jahit baju, nak jahit tepi DIY veil nikah aku tu..hahaha..Encik Ayah bila telefon aku, terkejut gila dengar aku masih menjahit-jahit lagi disaat-saat kritikal macam ni. haha..Biasalah kan, multitasking. Menjahit boleh, men-DIY boleh, men-drive balik rumah boleh, dll. Tak rugi menikah dengan anak Pakcik Ishak ni.......eh?

Sesampai je aku kat rumah Rawang ni, terus naik atas tengok bilik pengantin. Nak tengok macam mana rupanya bilik tu. Dengan perabot yang hari tu sampai, tapi aku tak tengok lagi, dengan Encik Ayah dah cat bilik pengantin ni, memang excited, tapi still aku rasa macam blur...aku ke yang nak kawen ni? hahaha!





Teaser bantal tidur atas cadar baru...heh!



Apa-apa pun, 1 je yang aku ingat : Pesan Puan Emak.

"Rehat cukup-cukup, jangan runsing-runsing..."




Tapi.....aku still blur! (-_-')

Aku ke yang nak kawen ni?



hahaha......sengal!




Teaser 3 benda DIY


Hai semua,

Nampaknya hari ni aku betul-betul produktif & efektif ye kawan-kawan. 3 entry tak sampai 24 jam aku tulis. Ok, just nak update 3 benda. Alhamdulillah setakat ni beberapa perkara bjalan smooth seperti yang diharapkan.

Tadi aku baru siapkan DIY Veil Nikah yang diidam-idamkan sejak dari beberapa hari ni. Beberapa hari? Ye, aku baru terperasan, yang aku tak masukkan veil ke dalam list DIY. Dan semenjak semalam-semalam aku bersemangat nak buat, dan Alhamdulillah dah siap hari ni. Cuma tinggal nak jahit tepi je. Tak jahit tepi pun takpe, tapi untuk precaution supaya kain tu tak tetas..huhu! Mintak-mintaklah kedai jahit bukak pagi-pagi buta esok. Bolehlah aku hantar sebelum aku gerak balik Rawang esok.




Hari Khamis baru-baru ni Canvas 3D yang Cik Pu tempah telah selamat sampai kat tangan aku. Tak pasal-pasal je ada canvas, padahal dalam list / perbincangan kami, langsung takde butir nak tempah canvas tu. Tapi cun jugak. Boleh tepek kat mana-mana. Hmmm..nanti aku nak tepek kat mana ye? Tungggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....




Last but not least, ada lagi satu DIY yang tak siap lagi. (mungkin satu la kot?) Benda ni memang dari dulu aku dok terfikir-fikir nak buat. Barang pun dah beli. Cuma perlaksanaan je yang kurang jalan sikit. Mulanya nak state pada idea asal je, tapi Cik Pu ubah soh letak canvas 3D tu pulak. Nak taknak terpaksa jugaklah aku tunggu canvas 3D dia tu sampai. Last-last ukur punya ukur, tak masuk dengan benda alah tu. So Cik Pu terpaksalah padamkan hasratnya itu...kehkehkeh...Gembira sebab idea asal aku berjaya dikekalkan...




Ok, setakat ni tu je update yang ada.

Esok aku dah mula bercuti selama 2 minggu dan akan berangkat ke Rawang.

Dup dap dup dap



DIY Veil Nikah


Salam semua,

Pheeeeuw...lagi 7 hari je lagi ke saat yang mendebarkan. Tiba-tiba rasa cuak sorang-sorang lepas baca blog B2B yang suka-suka DIY ni. Haih...macam mana aku boleh terlupa pasal veil ni? Semalam-semalam tak tahu apa punya mimpi, balik kerja terus bgegas ke Kailan carik net / chiffon. Woi makcik, sempat ke? (-_-')

Aku tak tahulah sempat ke tak. Dah 2 malam aku bkerja keras buat benda alah tu..haih. Kejap design macam ni, kejap design macam tu. Nilah payahnya bila orang macam aku ni. Banyak idea, tapi bila nak laksanakan, hampeh je hasilnya..cis! Ni terpengaruh punya pasallah ni...haih!

Mula-mula hajat dihati teringin sangat nak pakai selendang + veil macam ni :





Tapi, bila aku try pakai kat rumah, hasinya hampeh. Tak sesuai dengan muka aku. So, kena tukar ke Plan B (walaupun Plan B tak pernah wujud..haha). Dalam keadaan macam ni, tenaga otak kena kerah bekerja banyak sikit..baru terasa berguna sikit...kekeke

Then, search2 lagi kat google & blog2 B2B yang kreatif2 buat veil ni. Jumpa sorang akak Lijah ni. Nampak simple, tapi cantik & exclusive sangat. Aku suka, tapi tak tahulah bila kena kat muka aku nnti macam mana. Sesuai ke tak? sob sob sob *nangis sekarang*







Atau cerita sedihnya, aku kena berserah pada Butik Pengantin je nanti? haih.

Kawan-kawan, doakan yang terbaik ye untuk saya & Cik Pu :)




Gambar Kad Nikah


Hai semua,

Semalam aku shortlist-kan apa yang kena buat sebelum balik cuti ni. Antara senarai yang masuk list adalah gambar untuk Akad Nikah. Mula-mula tu aku konfius jugak. Diorang nak gambar ke tak ni? Gendut si member aku tu pesan kena ada banyak gambar. Tapi Tok Kadi yang hari tu aku jumpa kat Masjid Bukit Sentosa tu relax je, tak cakap apa pun...haih..konfius konfius. Ke ikut negeri?

Makanya, bila difikir-fikirkan balik, lebih baik aku prepare awal-awal. takut last minit dia mintak nanti, gambar pasport mana pulak yang aku nak tibai kan. So, aku pun teringat. Masa dulu ada photografer kat tempat aku kerja ni pernah amik gambar passport staf sorang-sorang. Cik Pu kan dok sebelah je dengan ofis dia, makanya mintak sajalah softcopy, nnti aku cuci kat luar/Cik Pu cucikan. Tak payah shoot banyak2 kali. Sonang cheghito den! Jimat pun jimat!

Bila Cik Pu dah berjaya amik, dia emailkan kat aku. Last-last aku fikir, tak jadilah pakai gambar passport tu. Banyak sangat perubahan kot.....huahuahua!


Kenapa?



Tak percaya?



Ok, Jom tengok ---------






(siap ada double chin lagi tu...hehe)



Aku reply email Cik Pu balik...

Aku : hahahahahahahahaha....takmau la......gambar ni gemuk! hahahahahahaha
Cik Pu : Gmbr ni la sy mula-mula kenai kamu yg gelak2 tu...hahaha

Cis!



Oh...patutlah time ni semua orang tegur aku dah berisi la, apa la...Ingatkan depa main-main je....hahaha!



12 hari lagi!


Hai semua,

Hari ni macam hari-hari minggu yang biasa, aku pergi kelas Amali. Macam biasa, ada sample ada slide, kena lukis. Tapi perasaan hari ni lain sangat-sangat dari hari biasa. Aku rasa macam tak best. Tak tahulah kenapa. Sakit kepala pun ye jugak. Tak tahulah sebab blur & asik fikir nak kawen ataupun aku tengah sindrom period.





Rasa tension sangat. Rasa macam banyak sangat benda nak kena buat dalam seminggu sebelum aku balik ni. Nak beli barang-barang yg tak beli lagi, siapkan report amali tadi, assignment utk bulan 12 nanti, balik rawang nanti, Jumaat ni nak pergi spa ke tak? (hahahaha) Perlu ke?

Nak taknak aku kena siapkan jugak lab report ni. Hantar sebelum balik jugak!

Sebelum terlambat, aku edarkan kad kahwin siap-siap kat semua classmate. Ada yang terkejut, ada yang biasa-biasa je. Standard ayat terkejut diorang macam ni : "Hah, siapa yang nak kawen ni?". Jawapan standard aku : "Jiran aku" (hehehe). Ada pulak tu yang tak patut betul cakap macam ni : "Eh, baru nak kawen? Lor, ingatkan dah kawen." Ceh, muka aku nampak macam dah kawen ke kak? haih (-_-')






Lagi satu, ayat yang biasa-biasa untuk Cik Pu : "Waaa..cantiknya kad"
Ayat standard aku balas : "hmmmm...Terima kasih..Tunang saya yang buat tu...kalau nak tempah, bolehlah...."





Lepas ni kena mintak komisyen kat Cik Pu ni...hehe



Berkampung


Hai semua,

Semalam Puan Emak & Encik Ayah sibuk gila meyiapkan juadah untuk nak jamu orang datang berkampung kat rumah. Buat lemang, rendang, soto...nyum nyum nyum..banyak betul makanan. (tiba-tiba terasa lapar). Aku & Si Budak Kecik hanya dapat dengar suara jelah. Nak tolong, jauh sangat.

Lepas habis berkampung tu, Encik Ayah telefon. Time tu aku dengan Si Kecik tengah mamai-mamai nak ke alam lain dah, dalam pukul 12.30 pagi. Dalam mamai-mamai tu, sempat aku tanya macam mana, apa yg dibincangkan, update aku apa aku dah beli, apa aku dah buat, dll.

Berkampung? Ohh..berkampung masa ni bukan untuk pre-masak-masak ke apa. Ni just duduk2 bermesyuarat sesama jiran tetangga. Bincang apa nak buat semua. Bahagi-bahagikan tugas. Tentatif program, menu makanan dll. Kesimpulannya, hal2 orang tua la...(hehe)

Sejujurnya, aku cuak...lagi berapa hari je lagi ni :)

Tapi, mood cuak tu terpaksa di mute-kan. Petang ni aku ada kelas Amali JIB116.

Ok, kat sini aku tempek tentatif 2 hari 1 malam kenduri aku tu ye :)


Sabtu, 26 Nov 2011

Lepas Zohor : Marhaban, Bacaan Yassin, Khatam Al-Quran (rumah)
Lepas Asar : Nikah (masjid)
Lepas Isyak : Bacaan doa selamat & Malam Berinai (rumah)


Ahad, 27 Nov 2011

Jemputan : 12.00 - 4.00 pm
Lepas Zohor (~2.00pm) : Bersanding
Lepas ~5.00pm : Outdoor photoshoot (Golf Resort? maybe?)




Kepada kawan-kawan yang still tak dapat kad kawen kami lagi, jangan malu jangan segan bagitahu kami ye..takut-takut kami terlupa..Almaklumlah..B2B ni memang banyak benda nak kena ingat, nak kena settle-kan...Tapi, aku banyak yang lupa...hehe!

Pape pun, doakan kami semoga selamat semuanya...bahagia dunia & akhirat, InsyaAllah.





Save the date






Video save the date - stop motion ni Cik pu yang buat. Aku tukang tengok hasilnya saja :) (nampak sangat tak menyumbang langsung kan? heh!). Video ni boleh jugak dibuka kat sini :



Dengan ini, sukacitanya kami (mewakili aku & Cik Pu) ingin menjemput saudara / saudari seisi keluarga hadir ke Majlis Kenduri kami pada :


Pihak Perempuan
Hari : Ahad
Tarikh : 27 November 2011
Bersamaan : 1 Muharram 1433H
Tempat : Rawang, Selangor


Pihak Lelaki
Hari : Sabtu
Tarikh : 17 Disember 2011
Bersamaan : 21 Muharram 1433H
Tempat : Alor Setar, Kedah


Semoga dengan kehadiran serta doa restu kalian akan menyerikan lagi majlis kami disamping mengeratkan lagi silaturrahim dan tali persaudaraan antara kita, InsyaAllah.

# Bagi saudara / saudari yang nak kad, sila bagi nama dan alamat anda bagi memudahkan proses penghantaran. Jangan lupa coretkan sesuatu kat "Guestbook" kami nanti ye!



Terima kasih.



Cerita Hangat


As salam & hai semua.

Semalam Cik Pu cerita kat aku. Department diorang ada morning talk setiap 2 selected hari dalam seminggu. Aku dah tak ingat dah hari apa, yang pasti Selasa ada la. Then, semalam kan Selasa, so ada lah menda morning talk tu kat ofis dia.

Nak tahu perkara pertama yang dibincangkan masa morning talk diorang tu?




sila tengok kotak colour merah





Bagi yang tak berapa nak nampak :

Perihal: Kenduri Kahwin Naim
Perbincangan: Permohonan Cuti. Keputusan: Pelan Cuti
Tindakan : MNO (Muhd Naim Othman)




kalau dah sampai masuk Morning Talk, memang hangatlah kan!
HAHAHA

Baju Nikah


As salam & hai semua,

Hari ni terasa excited sangat sebab Kak Marni Si Tukang Tailor dah call petang tadi. Dia bagitahu baju nikah dah siap! Yahuuu..Berkobar-kobar aku nak tengok. Sebab baju nikah ni actually ada kisah silam dia.

Kisah silamlah sangat..HUAHUAHUA

Ok ok..serius..Ini serius! Kain dia aku beli kat Bandung masa Bulan 3 hari tu. (ye, travel Bandung tu sampai sekarang aku tak cerita-cerita kan? :P) Actually design baju nikah ni siap dulu sebelum aku beli kain dia. Plan asal adalah nak hantar kain tu ke kawan mak aku, which is Cik Idah. Cik Idah ni adalah Si Tukang Tailor baju-baju kami adik-beradik daripada kami kecik sampailah besar. Bila family aku pindah ke Bukit Beruntung pun, still contact dia nak tempah baju. Padahal Cik Idah duduk kat Ampang. Punyalah jauh sampai takde orang boleh gantikan?

Then, bila aku dah siap beli kain semua, aku call Cik Idah balik. Time ni kenapa ntah, ooooh..ya, time ni time raya. Dia cakap dia cuti seminggu lepas raya tu. Haih, macam mana pulak la kan. Aku kan duduk Penang, susah la pulak nak ulang alik semata-mata nak tempah baju nikah je. Masa lagi, kos lagi. Then, atas cadangan Puan emak, dia sarankan aku tempah je kat sini, yakni Penang :)

Survey punya survey. Tanya sorang budak Lab yang biasa tempah baju kat sini. Nurul nama dia. Nurul ni pun sama status macam aku. Bakal Pengantin..Eh eh, tapi dia dah nikah, tunggu kenduri je Bulan 12 ni. Ye, dialah orang yang mengesyorkan kat aku supaya pergi tempah baju nikah kat Kompleks Dato' Kailan, Kepala Batas - kedai jahit kak Marni.

Disebabkan aku dah ada sketch2 baju nikah yang Cik Idah tu lukis, aku terus suakan sketch tu ke kak Marni. Kak Marni selaku pakar jahit menjahit ni terus lakar ke buku dia. Nasib baik sketch baju nikah tu aku dah siap-siap tampal kat Buku Kahwin aku. So, takdelah kes hilang kertas tu :)

Petang tadi, balik kerja aku terus pecut naik kereta pergi menuju ke Kailan, amik baju. Sampai je Kedai kak Marni, aku tengok baju nikah aku tu tergantung elok je kat patung depan kedai dia..sangat terkejut & sangat teruja. Terus mintak try..gelojoh wooo..HAHAHA..Dan kosnya hanyalah RM 100...berbaloikan? (Ke aku sorang je rasa berbaloi?)

Balik je rumah, aku try2 lagi. Siap suruh Si Budak Kecik tu pakai & try supaya aku nampak orang lain yang pakai dan aku boleh komen..HAHAHA..Terasa kejam ok..kejam! Dan dia as usual, perkenankan saja perintah aku tu..(paksa rela) HEHEHE..Dapat je tahu kat Cik Pu yang aku dah dapat baju nikah, terus dia kata nak datang rumah & tengok aku pakai baju tu..lagilah gelojoh mamat tu..HAHAHA


So, dah bersedia nak tengok-tengok baju nikah tu? JOM!




Ok, sila abaikan peti ais tu :P