Hasil Baucer RM200


Hai kawan-kawan,

Malam ni hujan tetiba lebat ye. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sejuk sikit nak tido malam ni kan. Macam tahu-tahu je aku nak cerita pasal baucer Buku RM200 yang dah habis mengalir macam air tu..hehe. Jangan macam ada orang tu, sampai hati dia mengutuk aku dalam diam...cis!



Cis! Cis! CIs! Tahu2 je ada status ni kat FB. Ok, takpe. Ada lori ada bas, ada hari kita balas..hahaha *tanduk panjang. Tanpa menghiraukan status FB kat atas tu, mari kita tengok sesuatu yang mengembirakan.....barang2 yang aku bawak keluar dari Popular dengan kadar tambahan bayaran sendiri RM5.90 :)




Muka gembira keluar Popular


Inilah hasilnya....



Kita kasi zoom in skit...


Barang2 bertuah tersebut:

1. Stapler besar
2. Puncher besar
3. Stok kertas A4 putih - 2 ring
4. Stok pensil mekanikal
5. Gunting besar
6. Pisau besar
7. Letter case
8. Sticky notes
9. Sharpener
10. Stok gam
11. Stok highlighter
12. Stok pembaris

Semuanya aku beli buat stok. Cuma, list buku Cik Pu yang aku ingat nak bagi hadiah hari tu, tak kesampaian la pulak. (T_T) Kesian kat dia. Tahu-tahu je total amount dah nak sampai limit. Next baucer kita borong ye abang..



........tu pun kalau ada baucer free lagi la....hahaha!

(balasan terhadap orang yang kejam)


Serasi bersama (Part 2) & Pasaraya G-Mart


Hai semua,

Sekali lagi kita bertemu di pagi hari (tengah malam) ni. Sekarang aku & Cik Pu macam dah jadik kelawar la pulak. Malam berjaga, siang liat nak bangun. Aku dan Cik Pu ke, atau aku saja? Biarlah rahsia. haha.

Ok, berbalik pada cerita semalam, result dari games serasi bersama tu, kami kalah teruk. cis! Nilah akibat kalau main games dengan sifat kejujuran yang sangat tinggi. Ye kawan-kawan, ayat aku sangat tak puas hati kan? Yelah, mana taknya. Ada satu couple yang menang tu boleh sms bagai pasangan dorang. Then, result dorang full mark ok. Kalau nak tipu-tipu pun, biarlah tipu cara berkhemah kan. Kalau macam tu, kami pun boleh menang jugak..haih. Cik Pu, balik dari games tu 34 jam tak henti2 dok ulang cakap yang dia tak puas hati. Aku pun macam malas nak layan dah, boleh bisul telinga dibuatnya..haha.



Penentuan tempat ke-3



Pemenang tempat 2



Tempat 1st


Hadiah 1st & 2nd : Handset panasonic


3. Pasaraya G-Mart

Lepas dah kalah games serasi bersama tu, kami pun bergerak meredakan hati yang lara ke Pasaraya G-Mart SP. Hajat di hati nak memborong barang2 dapur, sebab ramai dok kata kat sini murah. Tapi, tak tahulah hari ni hari tak bertuah ke apa, Pakcik Guard tak kasi masuk. Sebab? Kamera tak boleh bawak masuk. Hangin je Cik Pu bila Pakcik tu dengan selambanya suruh Cik Pu tinggalkan kamera DSLR kat kabinet terbuka dorang. Pakcik ingat murah ke?

Cik Pu: Kalau hilang nanti, macam mana pakcik?
Pakcik: Takpe, kami ada CCTV.

Kami terus blah, carik bos dia. CCTV? Apa yang CCTV boleh buat der? Ye, mungkin boleh trace siapa yang curik, tapi boleh ganti balik ke der? Jumpa bos diorang, then alasan yang sama. haih. Apakah? Tak customer-friendly betullah. Ok, takpe.....kami blah!

Resultnya : Langsung tak beli apa2. Nak hak pengguna sangat kan? Hambik!




.....to be continues........


Next :


Kenduri & Serasi Bersama


Selamat malam semua, eh dah pagi rupanya :)

Hari ni sehari suntuk aku & Cik Pu berada di luar kawasan rumah. Kalau ada kat rumah pun, sebelum zohor je. Lepas zohor, terus jiran2 kami dah tak nampak kami dah. Macam2 tempat & aktiviti terpaksa di-settlekan hari ni. Kalau tak, nak tunggu bila lagi, ye dak?

1. Kenduri Abe & Siti

Memula sekali, tahniah aku ucapkan kpd kedua2 pengantin baru ni. Semoga korang dapat melayari bahtera rumahtangga ni dengan penuh berkat Allah & bahagia dunia dan akhirat.

Ni pun pasangan sesame staff IPPT jugak ni. hehe. Menarik kan? Tahun lepas & tahun ni, tema kahwin adalah pasangan sesama tempat kerja kot..haha. Tak terkecuali, kami pun sama..haha




Kali ni hadiah dia Cik Pu yang bagi. Aku tumpang sekaki, tepek nama. haha. Dia bagi disc yang ada semua gambar nikah dorang semalam. Siap dia buat cover album, cover kotak bagai lagi. wah..kelas kau jah! Aku pun tak dapat lagi hadiah macam tu.. (-_-')






2. Serasi Bersama

Lepas je habis makan kat kenduri Abe & Siti tu, kami terus meronda2 area Sungai Petani (SP). Hajat di hati nak survey2 almari buku yang kami idam2kan tu. Manalah tahu, kat Bandar SP ni ada pulak kan. Tapi semua kedai yang kami pergi tengok, semuanya hampa. Takde. Aku kan cerewet sket bab2 membeli barang2 ni. Kalau takde tu, takdelah. Mana boleh acu ada je kan (macam Cik Pu) haha.

Lepas dah takde tu, aku ajak Cik Pu singgah Tesco SP yang baru tu. Memandangkan Cik Pu pun ada sorang kawan kat sana, ok gak kalau tak jumpa almari buku tu. Boleh lepak2 kat kedai makan kawan dia tu. Sekali....Tesco buat aktiviti daa..Diorang carik 6 pasangan suami isteri. Tepat pada masanya, Cik Pu di-offer untuk join. haha. Games dia sebijik macam rancangan tv Astro, serasi bersama, tapi beza dia taklah sebijik sangat.




Macam2 soklan dia tanya kami. Dalam 10 solan kesemuanya :

1. Apa masakan isteri yang suami paling suka?
Aku : Sambal
Cik Pu : Masak lemak cili api

hahaha...salah! Cik Pu bagi alasan : "Isteri saya masak semuanya sedap, susah nak pilih..."

2. Apa warna kesukaan isteri?
Cik Pu : Pink
Aku : Coklet

hahaha...salah! sejak bila Coklet jatuh tempat kedua lepas pink ni?

3. Air kegemaran suami?
Aku : Sirap limau
Cik Pu : Oren

hahaha...salah lagik. Aku tanya Cik Pu, bila masa pulak dia suka air oren ni? Dia jawab : Kan selalu kat rumah kita bancuh air oren...Cik Abang, suka dengan selalu tu lain lah...haih. (-_-')

4. Rancangan kegemaran isteri?
Cik Pu : The Voices
Aku : Melodi

huahuahua...salah lagik dan lagik. Dulu, dia yang kata aku suka sangat tengok Melodi. Rancangan Melodi ni dah sebati dengan aku la, apa la. Kalau tak bukak Melodi, dia duk tanya2 kenapa aku tak bukak Melodi. Sekarang apa sudah jadik? Tak ingat katanya (-_-')

5. Hadiah paling berharga yang pernah isteri dapat?
Cik Pu : Gelang tangan
Aku : Gelang tangan (mas kahwin)

Nasib baik time ni betul..kalau tak, tak tahulah aku...haha

6. Siapa yang memulakan perkenalan dulu?
Aku : Suami
Cik Pu : Suami

Off coarse lah kan. Dia yang duk mengorat time kat Padang USM dulu. Orang dok fokus nak lari, dia dok usha2...Tak concentrate aku dibuatnya...haha.

7. Siapa yang teliti dalam memilih pakaian?
Cik Pu : Suami
Aku : Isteri

Time ni memang lawak gila. Aku ingatkan 5 soklan last ni boleh betul semua, tapi ternyata tak. Cik Pu mengaku dia, aku pun mengaku aku jugak. Mana satu yang betul ni? haha

8. Siapa yang cerewet semasa membeli barang?
Aku : Isteri
Cik Pu : Isteri

Ye, aku memang orang PALING cerewet dalam dunia ni kalau nak membeli barang.

9. Siapa yang selalu makan banyak?
Cik Pu : Suami
Aku : Suami

Tengok badan la wei..haha. Kalau ada gambar dia dulu2, nanti aku nak letak gambar sebelum & selepas kahwin. Banyak perbezaannya...hahaha

10. Siapa yang selalu / kuat merajuk?
Aku : Isteri
Cik Pu : Isteri

Ye, akulah tu (-_-').........bye!




p/s : Cerita ni ada sambungannya. Nanti aku sambung lagi ye! (Pasaraya G-Mart, Hasil Baucer RM200, Almari Buku)



Almari Buku


Hai semua,

Gaji untuk Bulan Februari ni kami dah plan nak beli sesuatu. Sesuatu yang akan membawa 1000 perubahan. Perubahan yang akan menganjakkan paradigma ke satu tahap yang lebih tinggi daripada biasa. Daripada keadaan semak ke keadaan yang lebih kemas. Atau ayat lebih mudahnya : nak beli almari buku. haha.

Banyak design yang aku berkenan sebenarnya. Ada moden, kontemparari (walaupun aku tak tahu apa makna sebenar kontemparari..haha), biasa2, unsur-unsur 5S, semua ada. Cuma tak tahu mana yang nak pilih je. Bila tanya Cik Pu, dia macam dialah. "Hmm..cantik", "ok", "boleh". Semua cantik, semua ok, semua boleh. Takde bantahan langsung. haha. Aku pun konfius mana satu nak pilih.



Design yang stylo milo. Pakat tak membaca la aku, TIDO terus. (-_-')



Almari macam ni aku pernah jumpa kat IKEA. Harga pun in ranges. not bad.
(http://armantjandrawidjaja.wordpress.com)



Murah tapi kemas. Boleh tambah bila2 masa je kalau nak.
(http://atoyis-san.blogspot.com)



woooo..menarik! menarik!


Bagi aku, ok je kalau dia ada ciri-ciri yang bila aku letak buku tu nanti, buku2 tu akan nampak kemas, tak serabut. Dan memandangkan space bilik belajar + kerja kami tu pun tak berapa nak besar, so aku nak almari tu nanti mestilah jimat space. Tetapi, memandangkan buku2 aku banyak, almari tu tak bolehlah kecik sangat kan. Almari buku tu mestilah boleh memuatkan buku2 yang berjumlah 4 tahun pengajian jarak jauh aku tu. Dan....yang PALING penting sekali, harga dia mestilah in ranges yang kami tetapkan. haha.

Cantik, jimat space, murah. Ada kah? haha.



Romantik


Hai semua,

Ada satu malam tu, dalam minggu ni jugak la, aku belek2 mesej kat handset. Hajat di hati nak delete mana mesej yang tak begitu penting sangat. Waima si handset pun dah bagi notification yang menandakan mesej memang dah penuh kan, kau nak tunggu apa lagi? Takkan nak suruh dia cuit-cuit kau, belai-belai manja kau, baru ko nak bertindak? haha.

Dalam aku check2 mesej tu, tergelak sorang2 aku baca beberapa mesej Cik Pu sebelum kahwin dulu. Ayat dia..perrgh...boleh tahan jiwang jugaklah. haha. Tak terperasan pulak suami aku ni romantika di amor sejak azali..keh keh keh. (lepas dia baca entry ni, pastilah aku akan dapat habuan..haha).

Oh...teringat dulu zaman muda2. Aku macam pernah masukkan ciri-ciri ROMANTIK kat list lelaki idaman aku. haha. Tak tahan pulak rasanya bila teringatkan semua tu. Tapi alhamdulillah, setakat ni aku bahagia sangat hidup dengan Cik Pu. Hidup tak pernah lekang dengan gelak. Sebab tulah agaknya aku rasa macam sunyi semacam je bila pergi intensif hari tu. (-_-')


Pulau Pangkor, Januari 2012


Buat kaum keluarga, saudara-mara & kawan-kawan yang tak putus2 membantu & mendoakan perkahwinan kami, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Semoga dengan bantuan & berkat doa2 kalian, kami bahagia di dunia & di akhirat...love u all!


Alor Star, Disember 2011



Aktiviti Bersama


Hai semua,

Hujung minggu dah habis. Tinggallah masa untuk bekerja semula. Tak suka? Terpaksalah kita rempuh juga. No choice maa. Lain la kalau ko bos, tu dah jadik lain cerita. Haha. Dua hari cuti rasa sangat sangat sangat tak cukup kan? Rasa macam nak mintak 2 minggu. Haha. Ntah ntah kalau bagi 2 minggu pun masih tak cukup kot kan? Manusia..biasalah, kita tak pernah puas kan?

Berapa banyak kali kan daaa.. (-_-')

2 hari cuti ni, kami (yakni aku & Cik Pu) telah menghabiskan masa bersama-sama dengan cara yang PALING berfaedah sekali. Haha. kenapa aku kata PALING berfaedah? Jawapannya adalah kerana kami tak buat aktiviti taik mata kat rumah. Haha. Kami keluar membuat beberapa aktiviti....yeah! Here we go!


Sabtu :



Join Cik Pu pergi menembak kat Jambatan P. Pinang dgn Nikon Club.



Gaya newbies baru nak join the club...keh keh keh.



Gaya PRO tu penting...HAHAHA


Hasil tembakan Cik Pu tanpa proses editing..
Aku copy & paste saja...HAHA



Ahad :


Menjalankan sesi interview bersama Pastor untuk subjek JUH 101 - Hubungan Etnik.
Thanks sharon for being my supportive friend...





Baucer Buku

(Sticky Entry : Klik boxes entry sebelah klu nak baca latest entry)

Hai semua,

Kadang-kadang best jugak ye jadik student ni. Dapat elaun, dapat biasiswa, dapat baucer dan dapatlah macam-macam peruntukan. Alhamdulillah, walaupun aku dah tak dapat biasiswa & elaun macam dip dulu, sekurang-kurangnya masa pjj degree ni dapat jugaklah peruntukan Baucer Buku sebanyak RM200 tu. Siapa nak bagi free2 RM200 kan.

So, dengan adanya Baucer Buku ni, macam-macam plan aku dah rangka dan karang dalam kepala hotak aku ni. Macam2 nak beli. Kalau boleh, 1 kedai tu nak borong. Tapi apakan daya, RM200 saja ye Cik Dicup..kalau lebih, poket husband mu yang bakal rabak. HAHA.

Plan A

Printer : Aku dah survey2 kat kedai yang terima Baucer Buku ni (Popular je pun yang aku survey..haha) takde jual printer. Ink printer ada jual, printer yilek. So, kena tukar ke Plan B. Beli benda lain.

Plan B

1. Stapler besar
2. Puncher besar
3. Stok kertas A4 Putih
4. Stok pensel mekanikal & pen
6. Gunting besar
7. Stok fail nipis
8. Pensel box
9. Buku Cik Pu (1 saja ----hadiah....haha!)


Lain2 benda akan ku update nanti bila dapat ilham.

Kg.com


Hai semua,

Petang tadi Azie si rumate PJJ aku pergi shopping kat QB dengan kawan-kawan dia. Pastu balik2 tu dia bagi pretzel Auntie Anne kat aku. Pretzel ni macam roti. Rasa dia manis2 tapi tak oversweet. First time aku rasa - sedap jugak. Mula-mula dia bagi tu terkejut aku. Apa-kebenda-nya-lah ni. Lagi-lagi time dia terus sebut 'pretzel', bukan 'roti'. Lagilah aku nganga blur sungguh. Serius weh, benda ala2 macam ke-bandaran sikit ni memang aku lambat nak tangkap. (-_-')





Oh, teringat masa dulu. Masa zaman-zaman remaja muda belia tu. Rumah aku kan dulu kat Ampang tapi aku sekolah asrama kat N9. Kawan-kawan kat sekolah selalu macam tak percaya aku ni budak bandar (KL la kunun). Yelah, kata duduk area bandar, benda advances sikit pun aku dah tercengang kehairanan.

Stylo? Lagilah jauh dari aku. HAHA. Masa tu biasalah kan, aku. Dengan tak bergayanya. Dengan selebetnya. Pakai sluar tract + tshirt + seliper jamban pun boleh sampai KL. Masa tu memang takde perasaan langsung nak melawa. (sekarang pun. huahua!)

Ingat lagi masa kat UiTM dulu. Masa first sem masuk dip. Budak kelas aku pun selalu heran. Tak percaya aku tinggal area situ. Yang mana masa dip tu kitorang duduk Jalan Klang Lama, yang tak jauh dari rumah aku - Rawang. Sebabnya? Oh malu. Ada sekali tu. Aku nak beli pc kat KLCC. Masa tu ada promosi apantah. Then aku join la 5-6 orang budak lelaki kelas aku, which is masa tu diorang pun memang nak pergi sana.

Aku ni jenis kalau dah tahu nak beli sesuatu, siapkan duit awal2. Nanti takdelah baru nak terkial-kial cash-out duit bagai kat sana kan. Then, masa tu aku ada lebih kurang RM2.5k dalam poket. Sorang classmate aku (EL nama dia) terkejut gila bila mula-mula jumpa aku. Dengan pakai seluar trakshoot-nya, tshirt, seliper jamban nak pergi KLCC. Tapi duit berkepok dalam poket. HAHA. Mau tahulah kan. Terasa macam "Apek-apek" pun ada. wkwkwkw.

Dan balik je dari peristiwa pergi KLCC tu, diorang terus panggil2 aku budak kampung. HAHA. Tapi aku mengiakan je. Biarlah. Memang aku budak kampung pun. Kampung Jerantut. Banyak benda yang advances2 aku tak tahu. Macam makcik-makcik je kan. Tapi, ada aku kesah?. Sebab? Aku rasa tak menyusahkan orang pun kan. So, what's your problem Bro?



.Pinky Lady.


Perubahan


Hai semua,

Malam tadi aku tido kat Bilik Gendut sebab Kak Anis balik Bertam. Rindu kat anak-anak katanya. Aku? Macam mana nak balik kalau Cik Pu pun takde kat Bertam. Nak jumpa siapa? huhu. Dia dah selamat balik Alor Star semalam dengan cerianya (Read ceria : sebab dah sihat). Aku? Duduk la kat hostel ni 24 jam tanpa bergerak. Nak pergi carik makanan pun malas. HAHA. Padahal kafe beberapa tapak je pun.

Lama dah sebenarnya aku perhatikan, tapi kadang-kadang tu...ntah la. Aku saja buat-buat tak tahu kot. Sekarang ni aku macam makin malas je. Malas nak belajar. Malas nak buat kerja. Kadang-kadang malas nak masak. Malas nak mengemas. Haih semua la malas. Tahu-tahu masa dah suntuk. Rasa macam tak cukup masa. Contohnya macam tarikh submit assignment nak dekat (cth : esok) baru kelam kabut, tergopoh gapah hari ni nak buat. Time tu jugaklah kau baru nak berkemas nak balik kampung. Sebab selalunya assignment hantar jumaat kan. Haih. Sampai ada satu masa tu, Cik Pu macam bengang je dengan aku. (dia tak tunjuk, aku yg perhati).

Then aku bandingkan aku dengan orang lain. Contohnya Gendut & Kak Anis. (Mr Ajack kita ketepikan dulu. haha) Diorang boleh je siapkan assignment on time. Even Gendut pregnant. Pregnant bukan takat-takat 3-4 bulan. Sekarang dah 8 bulan 1/2 tu. Bila-bila masa je boleh deliver. Boleh je aku tengok dia siapkan semua tugasan termasuk amali, math, assignment dll. Aku? Hape pun tak boleh! Kadang-kadang geram sangat dengan diri sendiri. Tapi ada masa tu macam malas tu tak nak pergi dari diri aku ni. Kenapa? kenapa?

Macam pagi tadi pun sama. Dia bangun awal terus siapkan lab report. Aku? Masih seronok diulit mimpi berbalamkan selimut tebal Cik Pu. Disebabkan segan dengan rakan sebaya, aku bangun jugaklah siapkan. Kalau tak, hado kau nak buat Cik Dicup? Nan hado!

Nak taknak aku pk aku kena lakukan sesuatu. Aku kena bertindak. Aku kena berubah. Aku kena tukar mind set. Aku kena arrange masa dengan betul dari sekarang. Bulan 6 dah nak final exam dah. Takkan nak tunggu dekat2 exam baru nak berubah. Kang ada jugak yang sesak nafas kang. So, aku kena berubah. Aku kena jadikan 2 orang ni sebagai penanda aras aku. Dan orang pertama yang aku akan lantik untuk monitor perubahan2 aku ialah Cik Pu. So Cik Pu, bersedialah.............






Jangan aku harapkan dia, dia pun sama macam aku sudeh.


Masuk Wad


Hai semua,

Walaupun masa agak tak mengizinkan, tapi percayalah. Aku sangat rindu menulis di blog. Dengan keadaan singkat 2 minggu untuk intensif sangat menguji kesabaran & kesungguhan. Masa tulah kau ada PB (Peperiksaan Berterusan), kelas, Lab amali, jumpa lecturer dll. Tak campur Allah uji dengan segala macam dugaan. Tapi Alhamdulillah, aku redha. What happens must be some reason rite.

Khamis lepas, Cik Pu dimasukkan wad kat HKB akibat cirit-birit & muntah2 keracunan makanan. Kesian dia. Tak pernah aku tengok dia sampai macam tu sekali. Malam tak tido, berulang-alik ke tandas berpuluh kali. Kalau tak muntah, cirit. Kalau tak cirit, muntah. Antara dua. Aku yang tengok pun rasa macam azab je, apatah lagi dia yang menanggungnya kan. Nasib baik esok tu kelas Math aku pukul 12.00 tgahari. Tu pun aku skip. Huahuahua. Lantaklah. Nak buat macam mana. Lagipun topik tu tak masuk PB dan aku boleh belajar kat Gendut / Rumate aku - Azie.

Oh, kalau bercerita pasal wad2 ni, mesti aku teringat 1 kejadian. Hari Cik Pu masuk wad tu, aku terpaksa berulang ke USM sebab petang tu aku ada PB. Lepas PB tu, aku balik semula ke Hospital. Masa aku sampai wad tu, aku tengok kat area bawah katil Cik Pu ada banyak titisan darah. Aku tanya Cik Pu kenapa ada banyak darah menitik2. Then dia kata tumpah masa ada nurse (sambil tunjuk nurse tu) nak tukar botol air (Normal Saline) dia. Oh ok. Nurse yang dia tunjuk tu aku tengok student praktikal, tapi lagak macam staff nurse. Then aku pergi kat budak tu. Dengan sopan santun budi bicara, aku tanya dia.

Aku : Dik, yang darah2 tu macam tu je ke? Takde powder apa ke?
Budak tu : Nantilah dulu. Cleaner takde. (macam nak taknak jawab)
Aku : (dalam hati) Tunggu Cleaner? wth

Ok, sabar. Budak baru kan. Mungkin tak tahu prosedure. Aku pergi pulak kat staff nurse yang memang kerja situ dan tanya soalan yang sama. Respond dia? Buat macam takde pape. Macam kebingungan pun ada. Weh, apa kejadahnya ni? Sampai semut datang kat darah tu pun korang boleh buat tak tahu lagi? wth. Prosedure mana korang pakai ni? Lepas sejam, aku tengok makcik cleaner baru sampai. Dalam pukul 8.30malam. Dan sangat2 terkejut tengok bila dia mop darah2 tu macam mop air sirap tumpah. Weh.....apakah?

Malam tu pun Cik Pu mintak keluar. Dia rasa macam dah sihat & lagi 1 sebab, tak selesa sebenarnya. Sana bunyi kroooh, sini bunyik aarggh. Macam-macam bunyik. Aku yang tak sakit pun boleh sakit. HAHA. So, Dr benarkan. Tapi sebelum nak keluar wad atas khendak sendiri, kau kena isi beberapa borang dulu. Dia mintak reason. Dan bawah borang tu, dia mintak pendapat/penambahbaikan. Kebetulan time tu Cik Pu tak boleh nak tulis sebab tangan kiri dia adalah tempat masuk air dan 'mujurlah' dia kidal. Maknanya akulah yang kena tulis semua.

HAHA. Nak penambahbaikan ye? Ni lah dia orang yang akan kasik korang penambahbaikan. Aku tulis semua kejadian tadi. Kalau ikut Cik Pu, dia tak kasi tulis. Tapi, pen ada kat siapa? Siapa yang boleh tulis sekarang? Aku kan. HAHA. Tanduk sudah keluar. Then lepas hantar borang tu, ada sorang kakak nurse tu panggil aku. Aku kira kakak tu macam senior kot dari yg lain-lain sebab dia macam profesional sikit. Dia tanya aku apa yang berlaku. Then, aku cerita dari A sampai Z. Akak tu pun macam terkejut.

Akak tu : Diorang tak letak powder ke?
Aku : Tak.....Cleaner mop pun macam tu je.
Akak tu : Oh, ok. Nanti sister tanya, akak senang sikit nak explain.

Hmm.. baru lega sikit hati. Kalau tak aku tercarik-carik jugak kat siapa aku nak komplen ni. Bukan nak cakap apa la. Kalau orang kerja bhgian2 kesihatan ni, maybe lah tahu prosedur2 ni semua. Macam mana kalau dengan org luar? Mesti dorg tak tahu kan. Dan kau pun buat macam takde pape je benda tu. Dan budak praktikal yang kerek tu pun satu. Kalau orang luar (bukan orang luar pun, Cik Pu contohnya) mesti ingat dia tu staff nurse kat wad tu. Then kalau pape jadik, staff wad tulah dapat nama buruk. Kan dah parah tu. Aku just nak nasihat kat adik tu satu je :

Dik, kau jangan ingat semua orang yang ada kat situ tak tahu siapa kau dan apa yang kau buat tu salah k.