Jawapan teka teki dunia


Hai semua,

Hari ni aku Emergency Leave (EL). Terpaksa. Nama pun EL kan, of course la terpaksa. HAHA. Pada mulanya takde niat pun nak EL, cuma nak amik beberapa jam kejap je dari waktu kerja, tapi tak berjaya. Ada benda lagi penting yang harus aku settlekan hari ni jugak. Tak boleh tangguh2 ke hari lain dah.

Ptuih! Payah betul nak cakap bahasa bunga2 ni.

Ok, kawan2 yang aku sayang, InsyaAllah dan Alhamdulillah dalam bulan 11 akan datang korang akan jadik makcik & pakcik yang paling goges sekali dalam dunia. Ok, bahagia semua? HAHA. Tadi aku pergi Klinik Kesihatan (KK) Kepala Batas untuk buat check up & bukak buku merah. Check up tak check up sangat la, lebih pada confirmation. Kalau nak ikutkan, dah banyak kali aku buat UPT, tapi macam ada yang tak jadik dan ada yang jadik tapi aku tak yakin. HAHA. Boleh pulak tak yakin kan?

Punyalah lama. Pagi aku pergi KK tu just nak confirmkan UPT je. That's it. Pastu bila nak proceed bukak buku merah, diorang suruh mai petang pulak. Haih. Nasib baik rumah aku dekat. Dan jugaklah balik rumah masak-masak dulu. Kalau jauh macam mana? Tak ke "mencabar kesabaran" tu namanya? Kang tak pasal-pasal dari pregnant tak jadik pregnant pulak kang. (-_-') HAHA.



Cik Pu kata ni bukan Buku Merah, Buku Pink. kakaka
"Jom p buat Buku Pink...."


Sekarang kandungan baru 5 minggu 6 hari. Ada lagi banyak bulan & minggu nak tempuh. Due pulak 09.11.12. So, banyak lagi yang boleh buat & prepare. Aku ingat malas lagi nak beli apa-apa sampai la masuk bulan ke 5 ke. Tapi, pk2, tahan ke nanti tengok baju comel2 murah2? HAHA. Tu semua, kena tengok pada keadaan. Nak kena tengok pulak, manalah tahu bakal Puan nenek & Encik datuk dia nak sponsor pape ke. HAHA. Kalau ada bakal makcik & pakcik dia nak sponsor pape, kami sedia menerima. Kata paling goges sekali dalam dunia kan? HAHA

So, lepas ni update perkembangan preggy pulak la kot. Cerita2 kawen lupa terus, sebab tunggu gambar dari Cik Pu berkurun lama tak dapat2. HAHA. So, sape ada petua ke, nasihat ke, atau pape perkataan berguna untuk preggy mom, bolehlah share dengan aku. Aku zero knowledge dalam hal ni. Kalau dalam bab proses2 pembentukan tu, aku pandailah. Eh.





p/s : Syud, ko memang teror dalam bab teka meneka ni kan. haha!


Teka-teki dunia


Hai semua,

Malam yang sangat sepi. Cik Pu seperti biasa dengan hobi malam sabtunya, badminton. Tiada siapa peneman yang boleh tolong jawabkan teka-teki dunia itu. Aku cuma mendengar rintik-rintik hujan lebat jatuh ke bumbung rumah jiran sebelah. Sambil pelakon-pelakon drama tv cuba berlumba-lumba menghiburkan aku. Tapi semuanya tak berjaya. Hati tetap kelam. Kosong. Tak terjawab teka-teki yang berputar-putar di minda. Tak tahu macam mana nak explained perasaan aku yang sebenarnya sekarang ni......







Apa-apa pun, kita tunggu hari Isnin ni.