Bawak lari hadiah


Hai kawan-kawan,

Aku baru je selesai study group dengan Gendut & Kak Anis petang ni. Rasa macam dah tepu sekarang ni, so mari kita melepaskan segala-galanya di sini..yehaa!

Hari ni aku nak cerita pasal kenduri kawan Cik Pu hari Selasa lepas yang berlangsung kat Yan. Nasib baik time-time macam ni aku tengah cuti, dapat jugaklah nak merayau makan nasik minyak sampai ke Yan. Kalau tak, jangan simpan harapanlah Cik Pu nak pergi kenduri kawen kawan dia tu. haha.  '(-_-)'

Masa nak pergi kenduri tu, agak lambat jugaklah. Yelah, Si Cik Pu-lah ni. Dah la balik kerja pukul 1 tengahari, time tulah dia baru nak pergi gunting rambut. Tu satu hal, dah nak dekat pukul 2pm baru tahu balik. Lepas tu, jangan kau..ada plan lagi nak ajak pergi carik hadiah kat Tesco SP. Haih. Mahu tak naik hangin aku. Dah la tak makan lagi time ni. So, nak taknak tak jadilah Cik Pu singgah beli hadiah..haha.. '(-_-)' kesian pun ada.

Sampai-sampai rumah kenduri dah pukul 3 lebih. Dengan tak tahu rumahnya lagi, haih. Memang mencabar minda dan psikologi sungguh. Sampai je situ, kami terus makan. Dah tak tunggu lama dah. Lapar beb, perut berkeroncong, kepala dah naik angin dan anak pun dah memberontak dalam perut (yang ni nampak sangat alasan..haha). Dah makan nasik semua, aku mintak tambah pasembor. Habis licin aku sapu sorang-sorang, Cik Pu hanya si tukang ambik je, tak sempat nak jamah. haha. '(-_-)'
















Yang segannya, bila time nak balik tu. Orang lain sibuk usung hadiah nak bagi kat pengantin, kitorang terbalik, usung bawak balik hadiah dari pengantin. haha. Mula-mula tu rasa macam terkejut sangat dapat hadiah tu. Pastu kitorang tertanya-tanya macam mana nak bawak keluar dari kenduri tu dalam keadaan ramai2 orang kat situ. Pastu, Cik Pu ajak balik lambat sikit, tunggu orang redha sikit. Nak taknak nak dekat pukul 5pm aku ajak jugak Cik Pu balik. Yelah, esoknya aku ada paper Plant Diversity. Dah la tak study pape pun time tu. (-_-')

Time balik tu kebalkan muka jugaklah. Ada pulak ahli keluarga yang tegur "Dik, pengantin ada kat atas, pergilah bagi sendiri kat diorang". Huaaa..tahan malu & terkulat-kulat jugaklah kitorang nak dengar. Last2 kitorang buat-buat macam tak dengar je. Like....eh, ada orang tegur kah?  haha (-_-') Bila time salam-salam dengan mak & ayah pengantin pun, diorang tengok semacam. Bak kata kawan Cik Pu, mesti diorang ingat kau bawak lari hadiah pengantin....haha.

Pape pun, selamat pengantin baru buat Abg Amran & pasangan! Terima kasih atas hadiah yg diberikan, walaupun usia perkahwinan kitorang nak masuk 7 bulan!


Mak Buyung (yang tak berapa nak buyung) usung hadiah berat. ='P


Baby & Junior Fair


Hai kawan-kawan,

Hari ni hati ada suka sikit, tapi ada gumentar sikit. Achanertu? Suka sebab aku tengah cuti CTR + cuti rehat sampai 3 minggu akan datang. Gumentar tu sebab semalam dah start jawab 1st paper Final Exam (Math). Dan esok, ada 1 paper lagi, dan selang esoknya ada satu paper lagi. Paper Math? Takyah tanyalah. Rasa macam nak masuk pintu Doremon, nak balik ke 2 bulan lepas, dan study betul2..haha. boleh pulak mcm tu eh (-_-')

Sebenarnya entry kali ni bukan exam yang aku nak ceritakan. Aku nak cerita pasal Baby & Junior fair yang aku & Cik Pu dah pergi Ahad hari tu. Boleh pulak dalam keadaan badan tak selesa, pening2 tu aku gagahkan jugak ajak Cik Pu pergi Bayan Lepas semata2 nak cuci mata kat pameran tu kan. Haha. Nasib baik ada benda nak beli. Kalau tak, sia-sia sajalah usaha kegagahan aku tu.


Aku pun konpius. 
Orang lain mengandung makin berisi, aku mengandung makin kurus.. (-_-')


Konsep booth macam PC Fair...


Nasib baik ada Cik Puan Nurul si labmate selaku pemberitahu arah. Kalau tak, sesat jugak kitorang tara nak sampai sini. Tempat dia kat DPiazza Mall, betul2 dekat dgn Sunshine Mall & PISA. Kalau aku tak tahu ada baby fair kat sini, mesti rasa mall ni macam takde pape function sebab lengang. 

Pape pun, dengan hasil pujuk rayu aku dan belas ehsan Cik Pu, dapatlah aku merembat 2 kotak (20 pcs) storage bottle Bumble Bee dengan harga RM45...hoyeah!