Bye bye 2013, Welcome 2014

Assalamualaikum wbt,

Tak sampai sejam lagi kita akan masuk ke tahun 2014.

Maknanya?

Maknanya umur semakin tua. 

Rumah kata pergi, kubur kata mari. 

eh.



Alhamdulillah, sepanjang tahun 2013...banyak nikmatNya yang aku dapat rasai.

Dikelilingi insan-insan tersayang termasuk suami yang penyayang dan anak yang comel.

Memanglah kadang-kadang tu ada masa stressnya.

Tapi, apa ada hal... :P


Sepanjang 2013, rasanya tahun nilah banyak turning point yang berlaku dalam hidup.

1. Aku mula bukak Lady D Artwork dengan serius-seseriusnya. 
- Di mana aku utarakan kat Cik Pu untuk bergabung tenaga uruskan bersama.
- Alhamdulillah, mendapat sambutan yang hangat
- Cumanya ada beberapa perkara yang perlu ditambahbaik saja.



2. Aku mula berubah untuk "cuba" menutup aurat dengan sebaik-baiknya.
- Aku mula belajar pakai stokin
- Aku mula konsistenkan pemakaian pashmina, lebih labuh & tak jarang 
(sebenarnya sebab malas nak iron..kehkehkeh)
- Try to pakai baju yang longgar-longgar. Yang ketat-ketat tolak tepi. heh.
- Semoga aku terus istiqomah.......amin.




3. Kami mula mengumpul emas ketul sikit-sikit.
- Beli sikit-sikit lama-lama jadi bukit

4. Rajin dan fight to dapatkan cgpa atleast 3.0 pointer masa degree pjj
- Aku semakin rajin buat assignment sebelum duenya
- Tapi kadang-kadang terbabas sebab takde mood. adeih. (-_-')
- Dan yes, lagi setahun setengah nak habis! 

5. Ke arah nak mendengar cadangan Cik Pu
- hehehe..yang ni macam tak boleh blah.
- Sebab selalu argue dia punya pendapat.
- Sorry abang... (-_-'), I am trying so hard!

6. Dapat pinjam rumah 
- Alhamdulillah...kalau takde aral melintang beberapa bulan lagi dah boleh pindah masuk rumah baru.
- Sekarang mood berperang dalaman mendeko walaupun bajet ciput. heh

7. Setelah 2 tahun tak tengok wayang, semalam aku dah tengok.
- The Hobbit!

8. Melencong
- Dapat pergi beberapa tempat "perlancongan" walaupun dalam Malaysia je
- Wang kelian - Padang Besar - Langkawi - Taiping - Batu Feringgi dll

9. Anak yang semakin membesar!



10. Program Richwork
- Ada beberapa kursus Dr Azizan yang aku dah hadir
- Berbayar atau free
- Antaranya : Berani berniaga 2013, AMP, IMKK dan lain-lain.
- Di sinilah bermulanya kebanyakan turning point yang disebutkan di atas.



"Little Keys Open Big Locks
Simple Words Reflect Great Thoughts
Your Smile Can Cure Heart Blocks
So Keep On Smiling It Rocks.
Wish You New Year 2014"



Korang pa cita? 


Malas


Assalamualaikum,

Aku rasa, minggu ni adalah minggu malas sedunia aku.

Semua malas..

nak buat lab report malas. 

nak buat assignment malas.

nak masak malas.

nak keluar malas.

nak mandi malas.

nak makan pun malas.

(....tengok The Carrie Diaries berepisod-episod tak malas pulak kan....)

..............................



Tak tahulah kenapa sampai macam tu sekali malas tu datang kali ni.

Mungkin sebab anak takde kat sini kot..

so fefiling rindu kot? 

mungkin?

atau sekadar alasan..? 

Ah, malas aku nak fikir.

..............................



Ingatkan malam ni nak update story jalan-jalan p Batu feringgi hari tu.

Tapi...................malas la pulak.

ok, bye!







p/s : mesti korang pun malas nak baca entry aku kali ni kan? :p



Tak sedih ke?

Assalamualaikum,

Ada orang tanya aku...berjauhan dengan anak tak sedih ke? 

Kenapa tinggalkan anak kat mak?



...................speechless..................



Mak bapak mana yang tak sedih hooooi. 

Of cross la kami sedih.

Tapi takkan kami laki bini nak nangis buat drama swasta kat depan korang pulak kan. haha

Of cos la kena ada macho-macho sikit..baru orang tak tahu kita ni tengah sedih.

puih.



Serius aku sedih. Malahan jawapannya, bukan aku je sedih bila berjauhan dengan Irdina Zara.

Ternyata Cik Pu lagi sedih daripada aku (dari gayanya).

Kau bayangkanlah. 

Balik keja je bukak hendset, tengok gambar anak.

Kejap-kejap bukak handset tengok video anak.

Aku pulak kadang-kadang nak menyirap.

Dan mentang-mentang sekarang ni handset aku rosak, kejap-kejap hulur handset dia soh call mak ayah aku nak dengar suara Irdina zara.

Bukan apa....aku jelous sebenarnya..haha 

Bagi aku, bila kita terlalu melayan perasaan sedih rindu ni, apa pun tak boleh buat.

Termenunglah kau di situ melayan perasaan.

Lagi-lagi aku. Aku ni bukan boleh. Cepat nau beromosi. 

Kang, Cik Pu takde pape..aku yang jatuh sakit.

Tu yang aku malas tu.



....Dan...

Aku bukan saja-saja nak tinggalkan anak kat family aku.

Sebenarnya babysitter Irdina Zara balik kampung - Bangkok nak dekat 3 minggu.

Aku malas nak anta Irdina Zara p taska / orang jaga. 

Sebab kadang-kadang dia memilih orang. 

Tang memilih tu, aku tak tahu macam mana dia buat.

Tapi, dengan certain orang dia nak, dengan certain orang dia taknak.

Aku pun tak paham atas dasar kriteria apa dia pilih.

Tu kena tanya sendiri dengan Irdina zara. 

hahaha.




So, 

marilah kita menangis ramai-ramai merindui Irdina zara....huarrrrggghh

(T_T)


Bayu Emas Apartment


Assalamualaikum,

Seperti yang korang tahu, jumaat-sabtu-ahad yang lepas kan aku straight ada amali praktikal kat usm pulau pinang.

So, disebabkan minggu sebelum tu pun aku ada amali jugak, so dah jadik berturut-turut amali.

Makanya family aku datang umah kami, aku p menapak ke usm.

Macam tak bagus je kan. Family marri, kita blah. 

haha. tragis sangat ceritanya.

Disebabkan itu, marilah kita membooking di Agoda.com sebuah apartment di Batu Feringgi untuk 3 hari 2 malam. 

Berjimbalah mereka di sana. Dan beramalilah aku di sini sorang-sorang  satu kelas.

Apartment yang aku booked hari tu adalah Bayu Emas Apartment.

Location dia betul-betul depan Bayview - Hard Rock Hotel.

Quite ok jugaklah apartment ni. Suasana dalam rumah tu ala-ala hotel jugak.

Fully aircond. Ada 3 bilik, 2 bilik air, tv sofa meja makan semua lengkaplah.

Dan tak lupa jugak ada pool.

Tapi, malangnya aku Cik Pu terlupa nak amik gambor apartment tersebut.

So, terpaksalah guna bantuan boifriend lain - Cik Google..hee









Oh. lupa nak bagitahu.

Harga untuk 3 hari 2 malam yang aku booking kat Agoda ni RM 640.

Hari tu sweep pakai card credit Mohan si Labmate aku.

Aku kan orang kampung..mana nak ada credit credit card ni..heee (-_-')

Nak tengok-tengok kalu....sini boleh klik : http://www.bayuemas.net/


Cuti Xmas Kami

Assalamualaikum,

Semalam disebabkan agak sedih sebab Irdina Zara takde kat sisi, kami pun mengeluarkan diri dari rumah.

Teringin makan Fast food dan nak habiskan masa bagi masa cepat sikit berjalan kununnya. 

(>..<)

haha.


Oleh itu, kami pun ke Secret Recipe Kepala Batas. 

Dan order menu pasta.

Lasagne Ayam untuk perut aku


Dan macaroni udang with cheese untuk santapan Cik Pu



Bagi aku, aku tak berapa nak suka sangat rasa lasagne dia. 

Tapi, dia punya macaroni....sluuuuurp..jilat pinggan uols.




Tak sampai setengah aku makan lasagne, terus pas kat Cik Pu.

Cik Pu kan ibarat MPAJ..haha..so, dia ok je..

Aku plak makan la macaroni dia.





Balik rumah....bercandarialah kami macam newbie couple tanpa anak di sisi..kakaka.

Esok pagi bangun, terus melepek dua-dua ekor sakit perut cirit birit dan muntah muntah.

Rasa cuti Xmas kali ni macam sia-sia je. 

24 jam melepek baring tak larat.


Tapi, memikirkan sakit tu penghapus dosa.......aku redhooooooooooo.


Tanpa Irdina Zara di sisi


Assalamualaikum.

Setelah plus minus seminggu family aku mai penang, balik lah mereka ke Rawang semula tadi.

Dan yang tak berapa bestnya adalah Irdina di bawak sekali ke sana.

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrggggghh




Sedih memang sedih la. Mak bapak mana tak sedih kan.

Jangan kata aku...Cik Pu pun nangis berair mata jugak..haha

Nasib baik next week dah masuk tahun baru. Makanya boleh la aku mengeply cuti dengan gembiranya.

Almaklumlah orang dah takde cuti dah tahun ni..dok la diam-diam bekerja tunggu cuti tahun depan pulak.



Minggu ni ada lembik sikitlah nak bekerja.

Dah dua minggu aku non-stop amali kat USM Penang. Student pjj la katakan..

Tak sabar nak tunggu lagi 1 1/2 tahun. Graduate dengan jayanya.

Sabtu Ahad semalam-semalam alkisahnya baru balik holiday di Batu Feringgi.

Holiday tak holiday sangatlah. Aku ke amali, dorang berjimba-jimba. 

"Best sangat kan"

Datang minggu ni kenalah kita pulun buat report amali tanpa Irdina di sisi.


(T_T) Huaaaaargggh

(sambung nangis)