Syukur alhamdulillah


Assalamualaikum,

Syukur sangat-sangat lepas dapat tahu duedate assignment yang sepatutnya kena hantar esok tapi Prof tunda soh hantar 16 Jan nanti.

Fuh, lega!

Ini adalah kerana...aku tak buat satu hapa pun lagi..

..................heee..............

 *sengeh-sengeh*

(-_-')



Mengenangkan Prof tu tegas dan duedate jumaat ni, semalam mood rajin & takut telah datang dengan serentaknya. 

Tapi, apakan daya..

Bila baru nak start bukak laptop, my PA (Irdina Zara) telah melakukan sesuatu ke atas laptopku.

huk huk huk

Sampaikan nak connect dengan internet pun tak dapek.

Cik Pu soh guna Mac dia..

tapi dia punya Mac terlebih canggih untuk orang kampung macam aku.

Hahaha!


So, aku prefer tidokan anak sampai tertido sampai keesokan harinya.

Hari ni mula cuak, sebab tak siap lagi.

Dan orang lain dah gigih-gigih siap dan nak hantar.

Syukur alhamdulillah, duedate ditunda.

Aih..Prof ni macam paham-paham je situasi iols..

hehe.. :)



Permulaan 2014

Assalamualaikum,

Hari ni first day merangkap first week aku masuk kerja setelah cuti beberapa hari.

Tak sangka pulak di hari pertama ni banyak dugaan Allah nak bagi.

Bermula dengan hantarnya anak.

Tak sangka tiba-tiba anak jagaan pengasuh menjadi 5 orang kesemuanya.

2 babies dan 3orang kanak-kanak termasuk Dina.

2 babies tu memang dah sedia ada..yang 2 orang kanak-kanak baru pagi ni.

Time aku hantar pun, dah berebut-rebut barang. adeih.

Tawakal sajalah..kita tengok apa jadi petang ni.

Malas sebenarnya nak fikir sangat. 

Sebab pengasuh Dina sangat sangat sangat baik.

Tapi memandangkan dah jadi kes ramai macam ni..huhu..

Kita tengoklah macam mana nanti..  

(-_-')



And next chapter is about my working place issue.

Isu yang tak pernah settle dari dulu sampai sekarang.

agaknyalah....?





Next, i-City please!

Assalamualaikum,

Disebabkan seminggu hari tu berjauhan dengan anak, 
Cik Pu dah berazam nak bawak Irdina jalan-jalan bila kami balik Bukit Beruntung nanti.

Makanya, disebabkan kami dah sampai sini, terpaksalah melunaskan janji.

(sebenarnya mak bapak yang nak p jalan-jalan, tapi anak dijadikan alasan....)


................ngeeeee...................


Plannya malam jumaat hari tu nak p i-City, tapi hujan selebat-lebatnya pulak petang tu.

So, terpaksalah cancel.

Kita simpan dan sambung hajat tu hari sabtu semalam.

Lepas kami balik dari Seminar Dunia Usahawan kat Berjaya Time Square Hotel semalam, lepas maghrib kita gerak ke i-city.

(Seminar Dunia Usahawan tu nanti kalau ada masa, aku cerita la eh :p )

.....................


Perjalanan dari Bukit Beruntung ke i-city ni amek masa lebih kurang sejam la..

Ko faham-faham la kan, Cik Pu bawak kereta berkhemah, so amik masa sikit. 

Ditambah dengan aku guide perjalanan yang blur-blur katak lagi...sesat sekejap kami..

hahaha!









i-city ni ok lah kalau nak jalan-jalan bawak family dan nak habiskan duit bonus yang kerajaan bagi kan..

haha.

Kat sini, kalau nak masuk dia tak kira per person, dia kira satu kereta parking mostly rm10 sekali masuk.

Tapi....kalau nak masuk ke dalam satu tempat yang lain..tu yang dia cas per person tu.

Ingat nak masuk snowalk, tapi mengenangkan sorang RM35 x 6 orang dewasa, 
so kita matikanlah hajat murni tu. 

Lain kali sajalah..heee :p

So, kita jalan-jalan cuci mata tengok pokok lampu sajalah..











tapi...setakat nak tengok-tengok pokok berlampu je, macam tak syiok kan..

so, kita p la naik spacewalk ronda-ronda tengok permandangan dari atas.

Nak naik spacewalk ni, dia cas 1 kereta RM20. Yang mana 1 kereta boleh naik 2 orang.

Babies not allowed. 

So, Irdina tinggallah di bawah bersama Atok & neneknya..hehe













Lepas turun...kita main benda lain pulaklah kan..

Kata nak enjoy!















Pastu kita habiskan duit ke beberapa tempat untuk kita mereleasekan tension.

Tensionlah sangat..haha







.......Lepas tu, kita sambung jalan-jalan lagi....









  









Dan kami sampai rumah semalam pukul 2.00 pagi uols.

mengantuk gila aku....haha

Hari ni bangun-bangun bukak laptop nak belek-belek gambar semalam, jumpa gambar ni :



This is what we called : Like father, like daughter..

Penat sangat ni!


Ke Ikea la kita


Assalamualaikum,

Sementelah kami sekeluarga balik bandar kampung aku, aku dan Cik Pu telah merangkakan beberapa plan berjalan-jalan di sekitar kl.

Dan hari ni kami telah sampai ke Ikea buat kali keduanya.

"tangan kanan tepuk bahu kiri"

Bangga uols..bukan selalu..

.......wakaka.....


Makanya berusunglahlah kami anak beranak plus mak ayah adik aku ke Ikea beramai-ramai mencuci mata.

Kata tengah bermood nak mendeko rumah bajet ciput kan...

haruslah tengok-tengok dulu kan...

...heh...


Tapi, sebelum aktiviti mencuci mata, haruslah isi perut dulu ye dak.


Jeling-jeling menu apa yang ada..


Sambil beratur, kita bincang-bincang dulu nak makan apa..


Ibu...Dina haus la..


This is what we called branding.. :)

z
Bertingkek-tingkek


mmmm...Dina nak apa?

  
Mari membayor...


Menu hari ni....3 plate of meatball

1 plate of salmon with the sauce


1 plate of fried salmon 


Sebelum makan...kita bismillah dulu...


Pastu...kita nyomnyomnyom.....


 Setelah kenyang, baru pueh hati nak merayau carik ilham untuk rumah baru..hehehe

Putih lambang keunggulan..eh?


Yes yes yes! saya suka saya suka saya suka

  
Tema di sini..kelabu putih kelabu..Cik Pu suka.. (-_-')


Meja faberet Dina. Orang nak blah dah, dia mau bawak balik kerusi meja ni..aduyai


Kuning di situ


Semua benda nak cuba.. :)


satu-dua-tiga-.........


Cik Pu berminat dengan konsep katil ni. haiyaa


In black form


Test test tilam katil plak.


Muka redho...


Ok, ada 2 benda berkenan dan terpaksa beli...wakaka