Sofaku bukan sofamu


Sofaku bukan sofamu tajuk entry kita kali ni hokeeeh...

Alkisahnya...

hari tu ada clearance stock perabot..dan kebanyakannya sofa idaman kalbu.


Aku & Cik Pu pun tak melepaskan peluang....zasss terus p..

Dekat je pun..bukan jauhkan..alang-alang orang kata..

Expo ni dia jalankan selama 4 hari - khamis sampai Ahad.

Aku & Cik Pu p hari Jumaat petang time balik keja..

Hajat dihati....kalau-kalau ada sofa yang berkenan di hati, nak grab la..

Boleh la kita letak kat ruang tamu rumah baru nanti..

So, kita cuci-cuci mata la dulu...






Aku berkenan kat beberapa sofa..salah satunya macam gambar atas ni..

Belakang dia boleh adjust..samada nak baring ataupun nak duduk tegak..

Selain tu, sofa macam gambar bawah ni...



Black colour...dan L shape

Harga dua-dua sofa kat atas ni dalam RM1200 - RM1500 sebijik termasuk kos penghantaran

Yang pasti harga tak lebih RM2000 la..

*Ni harga rugi orang kata*

......


Cik Pu pujuk aku..jom kita balik rumah dulu..fikir samada betul-betul nak beli atau tak..

Kalau nak beli..nak beli yang mana satu..

Cukup tak duit..

Bla bla bla bla

Dan macam-macam lagi persoalan dia...

Pastu...ayat dia "Esok-esok kita p lagi..kalau ada salah satu sofa yang kamu minat tu..betullah tu rezeki kita..

*sebenarnya taknak kasi aku beli la tu....huhuhu*

........



Berfikirlah aku siang malam sampai tak tidur malam..

*ok, yang ni ni tipu...wakaka*

Untuk nak bagi terbukak hati & minda Cik Pu...aku ajak jugaklah Cik Pu p Cavenzi & Kedai perabot area Sungai Petani..

Range harga sofa-sofa macam tu semua dalam RM 2000 - RM 4000..

:]

.....

Ahadnya....kami pergilah balik ke expo tu..

Tengok-tengok...

Dah berbungkus dah 2 sofa yang aku berkenan tu...

Dah ada pembeli...huk huk huk

(T_T)

terkedu sekejap.


Yang tinggal pun..sofa yang orang dah taknak-taknak je kan...

Pastu..ada jugaklah macam terbekenan-tak-berkenan sangat kat satu sofa ni..

Siap panjat sendiri..nak duduk atas sofa ni..

Fefiling happy pulak dia..

Ambik lajak....nak landing


Bukan aku je minat...Dina pun sama naik..kah kah kah

Siap isap jari kauuuu!

Tokei dia bagi RM1200 ke RM 1300 termasuk kos penghantaran kat aku..

Tapi...aku buat keputusan tak nak beli la..

Sebab?

Kalau tengok betul-betul depan mata...sofa ni ada 3 colour...yang belakang tu hitam, pastu tempat sandar belakang tu dark gray, pastu yang tempat duduk tu light gray..

Macam...tak boleh terima....berbanding 2 sofa yang aku minat sebelum-sebelum ni..

So...aku taknak beli kerana terpaksa lagi dah..macam dulu-dulu aku selalu buat..

Membazir...last-last rasa nak jual..aku takmau..

Makanya..marilah kita pulang dengan tangan kosong dan sedikit perasaan hampa..

Balik rumah terus hilang mood...wakakaka

Nasib baik Dina kecik lagi kan..

kalau tak...mesti dia pun meroyan macam aku kan? Hahahaha!

Ke.....tak eh?



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey



Household Bill Binder


Hari tu aku ada gebang pasal Household Bill Binder kan..

So, setelah berjaya tak berjaya sangat..marilah kita meng-reveal hasil kerja kita yang tidak seberapa ni..

kah kah kah

Sedih sangat ayat kau kan!

*Lempang lajulaju*

........

Sebenarnya...lama dah nak buat benda alah ni..tapi memandangkan aku kekangan masa..

ketiadaan mood...

kekangan kewangan...

dan semua alasan -ke nya tu lah...kannn

At last..dapat jugak laksanakan..

Padahal boleh je push diri..tapi dah kata malas..apa pun tak boleh!

kah kah kah

.....


Berbalik kepada tajuk...

Household Bill Binder ni aku wujudkan atas dasar rumah dah semak samun dengan bil yang merata-rata..

Pergghh...bukan dalam rumah je merata, kadang-kadang dalam kereta pun ada..

Budak Dina ni pun kadang-kadang bukan kira..semua dia nak gigit masuk mulut..


siapalah yang punya kerja tu kan...

*pandang Cik Pu*

......


Atas inspirasi beberapa blog organizing....aku wujudkan jugak..

Banyak sebenarnya kita boleh tiru dan apply-kan kat kita...

contohnya macam :






Selain dari blog organizing, aku ada jugak dapat daripada benda-benda sekeliling..

terutama kat tempat kerja..

almaklumlah..kat tempat kerja iols kan ke arah pensijilan 5S.. 

(ke dah dapat sijil kot?) kah kah kah


Bilik Dokumen..


Fail 5S


 Disebabkan takde mesin laminate...kita buatlah apa yang patut untuk nampak macam laminate..

nak jimatlah katakan..

*hehehe*

sap sap soi

hasil laminate dengan soletip...



 Dan....

inilah hasilnya...

Bukan 1 fail Bil saja tau...Fail rumah pun complete..

*Tangan di bahu, syabas bette*

kah kah kah


Cover depan


Bahagian tepi..


Bahagian dalam...(Home Bill Binder file)


Bahagian dalam...(All about House)



Home Bill Binder

- Bil Air
- Bil Elektrik
- Bil Astro
- Bil Internet
- Cukai tanah
- Cukai Pintu
- Lain-lain


So..ada beberapa fail lagi yang ada dalam waiting list..termasuklah :

2. Hubby


3. Wifey



4. Irdina Zara



5. Manuals





Sumber :
http://www.echoesoflaughter.ca/2011/02/absolute-easiest-way-to-track-pay.html
http://littlemuon.blogspot.com/2011/03/household-binder-challenge.html
http://www.pdfcalendar.com/monthly/
http://organizingmadefun.blogspot.com/2013/07/11-ways-to-organize-with-binders.html
http://acultivatednest.com/2013/06/home-sweet-frugal-home-making-a-budget-binder-a-list-of-free-printable-financial-planning-pages/
http://littlemuon.blogspot.com/2012/02/how-i-organize-tax-time.html
http://www.thirtyhandmadedays.com/2013/07/make-a-family-binder/
http://hoosierhomemade.com/back-to-school-week-organizing-tips/


Homedec 2014 Part 2


Bersambung dari entry HOMEDEC 2014 hari tu, hari ni kita bagi lumpsum kesudahannya cerita Homedec 2014 ni..


ko ingat....kontraktor je boleh bagi lumpsum-lumpsum? 

aku pun boleh laa....kah kah kah

......


Hari sabtu lepas, kami tiga beranak merajinkan diri ke sebelah pulau dengan hajat nak meninjau-ninjau..

apa benda mata boleh jamu..

apa barang boleh beli..

berapa duit boleh habis..

Punyalah excited....pagi-pagi buta dah bersiap..

rupa-rupanya Homedec 2014 tu start pukul 11.00 pagi daaa..  

^_^

.....

Bila dah nak dekat-dekat sampai area SETIA SPICE tu....jakun kejap..

Biasalah..orang jarang sekali ke sini la katakan..

wakaka




Dah excited-excited tu....sekali..car park pulak takde..penuh katanya..

Padahal rasanya dah pagi sangat dah kami sampai tu..

Pusing punya pusing..alhamdulillah jumpa jugak park cantik punya..

Tapi kat luar kawasan SPICE tu la..

takpelah..janji tak menapak jauh sangat..  :-]

Masuk bangunan je..terus jumpa banyak booth..

Pencarian dan mata mula melilau-lilau..

Tengok apa yang menarik..


Ada pond...

ehem ehem...sesuai sangat untuk my lab colleague (you know who you are! :P)




Ada jual bed sheet murah..

Hari tu Akemi ada sale gila gempak..sampai 90% less..

tapi.....apakan daya...Cik Pu dah geleng-geleng kepala dah..

ok, fine....lain kali. 

mihmihmih



Pastu...banyak gila offer downlight LED..

geram je kitorang tengok..macam nak ambik..

Tapi...bila check-check balik...ohh..kedai kat SP hari tu lagi murah..

tak perlu gelojoh.....tak perlu...

.......


Kipas pun sama..banyak offer..

memang rambang mata uolss!

Ada offer kipas brand NSB sampai RM289 for 2 pcs..

Ada jugak Sec offer kipas 1st - RM189, kipas 2nd harga jadi RM99

Pastu...reverse fan brand Beebest harga dalam RM220-230 satu..



semua siap ada warranty 3-5 tahun lagi.. 

argghh....meronta-ronta hatiku..

(-_-')


Pastu....berkenan jugak kat kipas macam gambar atas ni...

feeling-feeling boleh letak kat dapur la kan..

sekali tanya harga..

mak aih...RM1000++

Nasib baik cantik...hehe

Selain tu, ada jugak booth cat..segala jenis cat ada..

kau cakap je apa pattern nak..

Nah!

  


Dan...sambil menyelam...kita tangkap ikan..

Ambik inspiration untuk deko rumah baru nanti..

Berkenan aku dengan empat frame kat belakang tu..

Rasa macam nak request kat Cik Pu soh buat 1 set tampal kat umah..

Boleh tak abang? 


bolehbolehbolehbolehboleh

tak dapat bayangkan kalau Cik Pu ada misai macam ni... auuuwww!


Haip...Dina....can't...kita tak boleh ada misai....huduh! 

.......


Tu baru round satu level je..dah macam-macam offer..

lenguh nak berjalan dan melayan..

Next..kita p level 2 pulak..


Level ni mostly jual barang-barang elektrik, keperluan dalam rumah dan perabot

Banyak syarikat-syarikat besar mai buat offer..

Ingat nak p serbu booth Philip....nak usha downlight..

Tapi depa tak bawak plak downlight..

Semua tv & peralatan audio je..hukhukhuk

takpelah...kita sambung jenjalan cuci mata sajalah..

Ada jugak offer mixer..sesuai untuk pembuat kek tegar..

aku? belum kategori tegar lagi....so, tak perlu.. 

^_^


Terbekenan pulak dengan meja hitam ni..

Sesuai kalau buat meja study + meja kerja..simple yet nice..

Tapi..meja ni tak jual la pulak...hahaha



Pastu ada booth Coway..

Boleh beli cash terus - RM2300+ kalau tak silap..

atau kita boleh buat sewa beli..RM110/month selama 2 tahun..

kalau lepas 2 tahun nak teruskan...bayar sampai 5 tahun je..pastu mesin tu jadi hak milik kita terus..harga termasuk service selama 5 tahun - kalau tak silap.

Menarik..menarik..

Pastu ada jugak ampaian idaman tak idaman sangat tu...

Tak tahu ok ke idak harga yang dia offer..tapi nampak macam menarik je..

RM90 for 6.5 feet punya..

Ingat nak terus rembat je..

Tapi kami tak ambik pulak actual ukuran laundry area..

Makanya..terpaksalah hold dulu pembelian ampaian tersebut..




Jalan-jalan lagi...jumpa booth jual benda alah ni...


Cik Pu cukup berkenan...senang katanya, praktikal....unik pun unik..

Tak payah letak sabun. clorox, segala mak nenek yang bahaya kat bawah..

Bahaya..Dina boleh ambik dan main...

So..Cik Pu kata..solutionnya adalah pakai ni..

Takpe..dah ambik no contact..bila-bila boleh p kedai dia.


KM Living Sdn Bhd
17, 1st Floor, Lorong Teras Jaya 9,
Kawasan Perindustrian Ringan Teras Jaya,
13400 Butterworth,
Pulau Pinang
kmlivingsb@gmail.com
6017 9618854
6012 4808854

Harga dalam RM 275.00




So...kesimpulannya...aku kami suka ke Homedec!



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey


Kontraktor rumah


Setelah menservey-servey beberapa kontraktor untuk pecah & tambah bahagian belakang, akhirnya kami berjaya jugak jumpa kontraktor bersama quotation yang menepati citarasa dan bajet kami..

So...mudahlah kami nak buat perbandingan dan reject mana yang tak perlu.. 

*reject la sangat kan...*

Hajat di hati nak pecah & tambah bahagian dapur, plus nak naikkan tembok & buat pintu kat bahagian laundry




 Kiri - Plan asal, Kanan - Plan kami

..............


Setakat ni..kami dah jumpa 3 kontraktor dengan quotation yang lain-lain harga..

Naik pening jugak nak memikirkan nak pilih mana yang terbaik beserta harga yang murah dan kualiti dah terbukti..

Tu pun..mula-mula kami just jumpa 2 kontraktor je..

Sorang cina, sorang melayu


Yang cina bagi harga lumpsum...

Yang melayu siap ukur-ukur setiap sisi..

yang kanan ni bukan kontraktor...wakaka



Pikir punya pikir....fuh! over bajet sangat ni..

Kalau ikutkan..kami bajet untuk pecah & tambah dapur tu just RM5k je..

Tu pun kiraan berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang duduk dekat-dekat situ..

huhuhu

(-_-')


Balik rumah, mainlah biola kami suami isteri di tepi pokok ketapang..

Si isteri tanya laki - "ok ke bang bajet kita?" 

Si laki tanya isteri - "kamu rasa macam mana?"

So..kami laki bini pun macam nak pasrah dan berpendapat...mungkin bajet kita ciput sangat kot..

So, kita kena upkan bajet..

Ok..persoalan dua laki bini tadi terhenti kat situ.

........



Pastu...

Pada suatu hari yang damai..kejadian berlaku dalam lab..

kawan Cik Pu tanya aku "macam mana rumah? dah jumpa kontaktor? berapa dia kasi?"

Aku dengan pasrah cakap.."weh..takde pun bajet yang hang cakap tu..semua lebih RM5k la..huhuhu"

*huhuhu tu takde...hanya dalam hati*

Dia terus call ntah sesape ntah, terus deal nak jumpa petang ni..

Padahal..petang tu kontraktor nak ukur grill nak datang rumah..ok kan ajelah..

Dah ada orang nak tolong kan..  :]

.........



Rupa-rupanya yang dia call tu Abang Saad..

which is dia salah sorang kontraktor yang datang introduce diri masa kami baru dapat kunci rumah hari tu..



ngeh ngeh ngeh

Ingatkan abang Saad tu just buat plaster siling je..

Rupanya boleh buat semua...dan harga pun berpatutan..

Tulah....hari tu kami tak tanya betul2 kat dia..  

(-_-')



So, setelah ditimbang tara....makanya :


Mungkin kami akan mintak Abang Saad yang buatkan belakang tu..

Harga pun ok..kualiti pun ok berdasarkan rumah kawan-kawan yang dia dah buat..

So..kita tunggu jiran sebelah rumah buat major renovation dululah...

Pastu..baru kita start kita punya..

Jangan gelojoh ye kawan-kawan...rumah tak lari ke mana..

*hahaha*

^_^

..........




Ada jugak aku baca tips-tips nak carik kontraktor rumah ni :

1- Seelok-eloknya kontraktor dari rekomen kawan-kawan / saudara mara yang dah gunakan service dorang..So, dah terbukti kualitinya dan lebih selamat daripada kes-kes tertipu ni..

2. Kena tahu alamat rumah @ office kontraktor - senang nak carik kalau ada apa-apa hal..

3. Jangan gelojoh terus bayar deposit ke apa..Better panggil 3-4 kontraktor datang rumah untuk bagi quotation. Pastu boleh compare based on material yang dia guna, berapa lama boleh siap, apa yang dia boleh bagi, dll.

4. Kalau boleh, carik kontraktor yang tinggal dekat-dekat je dengan rumah kita tu - takde extra cas & senang nak panggil kalau ada pape urusan..

5. Kena double check apa yang kontraktor offer @ cakap..Jangan terlalu percaya 100% kat dorang..

7. Bila semua kita dah buat, just tawakal dan doa kepada Allah supaya kontraktor yang kita pilih tu amanah, jujur dan buat kerja dengan cantiknya!

...........


So, bagi sesiapa yang nak carik kontraktor macam kami jugak..

terutama area Kepala Batas, Pulau Pinang (Bertam khususnya), boleh contact :


Saad 
019-5492263

Mie (Perniagaan Mieza Jaya)
019-5794622

Kim Design & Renovation
Kim : 016-4362122
Peng : 016-4336766




Sumber :