Perfect Living & Daiso


Lama dah tak menulis kat sini..

Semenjak dua menjak ni aku agak bizi sekejap..

Almaklumlah...minggu depan nak final exam Tahun 3..

Alhamdulillah..dalam kepayahan dan banyak onak duri...berjaya jugak sampai Tahun 3..

Another year to finish, InshaAllah..

.....

Dalam sibuk-sibuk nak exam ni..sempat lagi aku ajak Cik Pu ke Perfect Livin' 14 ni..


muehehehe..

Release tension kekdahnya...


Hajat sebenar kami ke sini...untuk mencarik 1 2 benda..

Yakni hook dan hub

Sebenarnya...hook dan hub ni takde pun dalam bajet..(as usual..kah kah kah)

Tapi...apakan daya...

Atas faktor "keperluan"...kita carikkan aje...

Tapi...sambil menyelam minum air..kita tengok benda lain jugaklah...

wink wink wink    ^_^

Cantik meja ni...boleh buat SOHO


Ni...untuk panduan sorang kawan..(u know who you are)

Pastu....jeng jeng jeng..

Tetiba nampak booth ni..


Macam cantik je..macam lawa je..

Kami dah survey kat kedai - RM45+/pcs..tapi kat sini, lepas diskaun, tinggal RM 27..

Makanya, rembatlah kita 2 pcs untuk dipasang di bilik air...

Mostly...Home Livin' kali ni tak sebest macam HomeDec hari tu..

Kami aim nak rembat ampaian sangkut yang macam HomeDec hari tu..

Tengok-tengok..harganya tak semurah masa kat HomeDec hari tu..

So, kita simpankan hasrat carik ampaian tu..

lain kali kita carik lagi.. (alasan untuk berjalan..kah kah kahh)

.......


Disebabkan dah takde pape sangat untuk dicarik..hub dengan hook pun semua out of budget..

makanya aku pun ajaklah Cik Pu ke Queensbay..

Cuci perut dan cuci mata..

Dah alang-alang ke Queensbay tu, marilah kita ke Daiso Japan (kedai RM 5)


Cik Pu dah terbekenan sangat kat sliper ni..

Tapi..yang aku peliknya..dia letak balik..

Dia kata "bukan keperluan.."

Aku syak...inilah perbezaan terbesar antara lelaki dan perempuan..

(ataupun aku dengan Cik Pu je...?)



Pastu...jumpa syurga taperware
Ada yang berbaloi..dan ada yang tidak..

Ada setengah benda, kita boleh p carik kat kedai RM 2..lagi jimat!

....

Pastu...masa untuk budak kecik ni berhibur..


Kita layankan je lah...walaupun last-last tu dia taknak balikkkk..

.....

Dah alang-alang ke Pulau...

Cik Pu ajak balik ikut jalan Batu Maung, which is Jambatan Pulau Pinang ke 2..


Aku siap tanya lagi..."betul ke abang nak balik ikut jambatan ni? Jauh tauuuu..."

Dia balas "Ok je..takpe.."


Sampai setengah jalan...dah menguap-nguap..

Pastu kata " kenapa jauuuuh sangat?"

(-_-')

Aku ke yang bersalah.....?


Baca lebih lanjut : Our New Home Journey


Perihal anak


Setelah beberapa hari menjadi suri rumah sepenuh masa....

lebih kurang 5 hari termasuk cuti sabtu & ahad, el isnin & selasa, plus sehari cuti wesak day

tibalah masa untuk kita bekerja semula hari ni..

*yawnnn*

....


Hari tu aku el bersebab..

Mula-mula Ahad tu, Irdina demam plus batuk plus selsema..


Irdina ni..kalau dah sakit memang taknak ngan orang lain..

Nak mengempeng dengan aku je..

Pengasuh datang melawat pun dia buat tak tahu je..

Lagi peluk taknak lepas aku lagi ada..

.....


Demam dia melarat sampai isnin..

Dan tetiba isnin malamnya tu (around 2.30 am), dia gatal...as usual, akan suruh aku garuk..

Semakin lama..semakin banyak pulak tempat gatalnya..

Sekali......bukak lampu...hah kau!

Penuh bahagian perut dia naik merah macam gigit nyamuk, tapi besar-besar..

Aku & Cik Pu cuak la jugak..

Takut sangat kalau alergik ubat ke hapa..

Tak tahu nak buat apa..nak tido pun dia tak nak..

Asik la mengaruk dan menangis..

Kami terus bawak p HKB pukul 5.00 paginya tu..






Dr kata dia kena "Urticaria" ataupun orang utara panggil "Kelopak garam"..

Apa tu? 

Tak pernah dengar pun..

T_T

*sedih sangat kau kannn....kelopak garam pun tak tahu*


Mak mertua aku kata...ludah hantu...

errrrrrr....?

Dan solution-nya..mak suruh letak bedak sejuk gamat..

Tak payah nak pergi sampai Langkawi.....farmasi Bertam pun ada jual..

^_^



Senang cerita...dah tak gatal dah..

Tapi....dia geli la pulakkkk






Walaupun sakit....sakat abah memang hobi dia...

......

Dan hari rabunya...kelopak garam Irdina semakin hilang..

Tapi, masih ada baki-baki yang baru nak tumbuh kat muka & kepala..







Bila dah baik.....



Vrooooom vrooom vrommmm


Ke Ikea la kita


Next day, lepas kami p House of lightings...kami aku plan ke Ikea Damansara..

Kau tahulah kan..

semenjak dah masuk usia mak-mak ni..susun atur "agak" menjadi kegilaan..

So, Cik Pu selaku suami mithali...layankan je la bini dia yang sorang ni..

kalau tak aku yang nak menyusahkan dia..siapa lagi kan..

*hahaha*

..........

Oh..

disebabkan setiap hari kami "keluar" rumah dan sampai rumah pun dah malam...aku tak sempat nak charge handset..

T_T

Dan disebabkan tu...entry-entry lepas ni mungkin akan kekurangan gambar..

Kalau ada pun..ianya mungkin tak ikut "spec" aku..

ihsan dslr Cik Pu @ pun handset adik aku..

....


Tujuan kami ke Ikea kali ni...kami aku nak carik beberapa kelengkapan rumah..

*kelengkapanlah sangat kannnnnn*

Antara kelengkapanlah sangaaaaat tu....


Sebab aku ada beberapa projek nak buat...

InshaAllah kalau jadik nanti aku share.... 

:]



Aku dan Cik Pu sebenarnya plan nak beli wall shelf..

nak letak kat area tv..

Tapi disebabkan ramai bebenor rakyat dalam kereta...kami postponed dulu hajat kami..

Kang ada jugak shelf tu ikat kat atas kereta kang..

*hehehe*

........


Dan...

Sebelum balikkkkkk...kita soruuu dulu..

Kali ni, kaum hawa p beli makanan..

Kaum lelaki duduk jaga meja..

Makanya...Si atok dan si Abah duduklah menjaga meja bersama cucu dan anak mereka..


Tak sangka...

masa kami p beli makanan tu...nilah aktiviti Irdina..

Aku pun baru tahu hari ni, bila nak upload gambar-gambar dari dslr Cik Pu..

^_^

Sampai muncung-muncung mulut dia...



Pastu.......nomnomnomnomnom



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey


Houses Lightings


Kita sambung cerita ke Houses Lightings..

Dulu-dulu sebelum aku jejakkan kaki ke Houses Lightings ni, ingatkan nama dia House of Lightings..

Rupanya Houses Lightings.. :]

Tapi..apa-apa pun bolehlah..asalkan kedai lampu kipas....ye dak?  

*hikhikhik*


Masa nak pergi sini..banyak betul dugaan..

Tersesat-sesat ke mana hala..

Dah lah kami dari Bukit Beruntung..

u know..Bukit Beruntung..jauh dari kawasan bandar..

So, nak keluar kl dah sejam..nak sampai sini lagi..kau bayangkanlah..dah berapa jam..tambah dengan sesat lagi kan..

Pergi pulak dengan Encik Ayah & Puan Emak..

Membara je orang tua aku kepeningan bila time sesat tu..

"Kalau kau tak beli jugak lampu kipas jap lagi ni..sia-sia je kita p jauh-jauh ni.."

Ok, fine...

(layankan aje..)

*hahaha*

.....


Masa nak pergi sini..kami ikut laluan sungai buloh..pastu masuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

Masa nak keluar tol ni yang kami tak tahu ni..

Tu yang terus tersesat keluar sampai jumpa Sekolah Sukan Bukit Jalil la, Astro la..

Rupa-rupanya..tu bukan jalan keluar dia..

So, kami U turn balik dan teruskan sampai nampak IOI Mall, Tesco, pastu jumpa 3 station minyak belah kanan..

Standby ke kiri - naik flyover ke Bandar Puchong Utama, then carik Balai Polis Puchong Utama..

Kedai dia betul-betul belakang balai polis..


kalau kau tak tahu jugak..silalah buat preparation google map @ pakai gps siap-siap..  :]

Bila dah sampai je kedai tu...hamboih..

bukan main happy lagi semua orang..

Terketor-ketor kepala masing-masing - bak kata orang pahang..hahaha


Memang banyak gila choices kat sini..


Naik juling mata aku...wutwutwut



Dan disebabkan kami aim nak carik downlight & kipas, so kita fokus apa yang perlu..

kemudiankan apa yang dipanggil "keinginan"

(tapi tak bermaksud tak payah tengok atau beli...wakakaka)





Bila kami buat perbandingan downlight yang kami nak tu antara Kedai Bright & Bright Enterprise kat Sungai Petani, nampaknya Kedai Houses Lightings ni lagi murah antara RM 0.50 - RM 2.00 / pcs

Tu tak masuk bulb lagi..baru casingnya saja..

Kalau beli casing + bulb..dia bagi diskaun RM 2 / pcs tak salah aku..

So..sesapa nak beli banyak..memang untunglah pergi kedai ni..

.....


Next..kita tengok 2nd keperluan.......Kipas

Kami budget kipas dalam RM1000+ untuk 5 kipas..

So, mostly 1 kipas dalam RM 150 - RM 250 ja..

Bila tengok kat kedai ni..takde yang fit in dengan bajet kami..

Ada tu ada la..tapi kami lebih prefer kipas kat kedai Bright & Bright lagi..

So, tak payah beli kipas kat sini..

....

Akan tetapi........tiba-tiba

(cececece...ayat tiba-tiba...)

terjumpa seketul baby fan


 Yang takde dalam bajet...mahupun list keperluan kami..

Macam cantik je macam lawa je kan kalau kita letak kipas ni kat dapur..

tiba-tiba kata kau.....kah kah kah

Terbeli jugaklah akhirnya...kannnn (dogaaaaaaan :P)

.......


Pastu...kita cuci mata lampu perhiasan..

Nak letak kat mana pun aku tak tahu..

Tapi..keinginan nak beli tu off course sentiasa ada..

Kau tengok tu...dah macam Mak Lampir dah aku..kah kah kahhh

Cik Pu berkenan kat lampu style ni..(yang dia tunjuk tu)

Kita kasik zoom in sikit :


tapi...aku biasa la kan..

Taknak sependapat dengan dia......kah kah kah

Dia kata lampu tu cantik kalau letak kat porch..

aku macam.......errrrrrr.......ok ke?

krik krik...krik krik...

Pastu...

taknak kalah..p la carik satu cadangan jugak...(nak jugaaaaaakkkk)


Dan keputusannya adalah......biarlah rahsia....

kah kah kahhhh

Kita tunggu nanti dah pasang..aku cerita lain..

......


Bila dah siap pilih semua...kita ke next part..

Kedai ni kira bagus jugak..ada sistem..

Bila kita masuk, ada staff yang entertain & ambik order..

Dah siap order...dapat no giliran

Ada bahagian check barang..cukup ke tak..setiap compartment ada ke tak..



Bila dah siap check semua, dah puas hati..kita ke kaunter asing.....bayar time




Yang tak bayar, tak payah risau..ada disediakan tempat duduk..


Duduklah situ diam-diam sambil selfie... :]


Yang tak duduk diam.....macam budak bawah ni..
 

Nasib baik family aku ikut sekali..

Kalau tak..tak tahulah apa hasil yang dapat..

......


Bila dah settle semua..tengok-tengok hari dah gelap kat luar..

tak sedar betul masa berlalu begitu pantasnya..(ayat clise)



Pulanglah kita bersama hasil tangkapan pada hari tersebut..



(semua harga lampu termasuk bulb)



(Next entry : Ikea Damansara)


Baca lebih lanjut : Our New Home Journey


Teaser 5 hari


5 hari aku menghilang..ada orang rindu tak?

...krik krik....krik krik...

(ok, fine....ada aku kisah kau nak rindu ke idak?)

kah kah kah

......


Sepeninggalan aku takde kat Penang ni, kami ke Rawang..balik rumah mak ayah aku.

Dan kau tahulah kan..

dah alang-alang kami balik rawang, kami aku ada agenda tersembunyi..

*sengeh-sengeh*

Agenda apakenbendanya lagi..

P tengok barang-barang rumahlah kekdahnya..



Dan..

Menjelangnya Bulan Mei dan menghilangnya Bulan April - itu menandakan masa untuk servey-servey dah habis dan tamat.

Makanya Bulan Mei adalah bulan untuk melaksanakan atau membeli barang yang kita perlu je..

Dah takde servey menyebey dah

Bajet dan modal pun dah ada kan..

Apa lagi yang kau nak....buat je lah..  

:D


Dan dengan itu, selama beberapa hari balik rawang hari tu, kami dah pergi beberapa tempat :


Houses Lightings


Ikea Malaysia


Nagoya Rawang


Dan juga Satay Kajang.. :]


Lepas ni aku bolehlah buat review mana yang patut...untuk kita sharing-sharing..

dan jugak untuk kenangan aku satu masa nanti.. :]

.....


Dah lama tak menulis blog ni..terasa janggal la pulak..semua tak kena..

Taip taip ayat, padam..taip taip padam

Padahal baru beberapa hari je tinggal..

adeih la...


(Next entry : Houses Lightings)


Baca lebih lanjut : Our New Home Journey