Our New Home Journey


Bagi memudahkan pencarian segala mak nenek berkenaan proses rumah baru, aku kumpulkan beberapa cacatan peribadi untuk perkongsian bersama. 

Harapnya apa yang dituliskan berguna dan memberi info kepada korang..

Kalau rasa takde info, sila abaikan...hahaha


Buku Perancangan


Survey

Kunci Rumah

Membeli

Let it go

Management

Kita PINDAH!





Duit kita ke mana?


Disebabkan beberapa hari yang lepas adalah hari gaji bagi pekerja kerajaan, aku macam nak share something pasal duit.

Boleh ke boleh uols?

tak boleh pun....ada aku dengar?

muahahaha

...............

Kalau ada beberapa orang yang pernah baca blog ni sebelum ni...[baca di sini]

ataupun kalau korang pernah dok rapat-rapat dengan aku..

Korang mesti tahu kan...aku Alumni kursus Dr Azizan..

So, ada sekali tahun lepas tu, aku & Cik Pu p kursus berbayar IMKK

Dalam kursus tu..ada macam-macamlah ilmu keduniaan dan keakhiratan yang diajar..

Tapi...salah satunya pasal duit..

Dr kata...dalam hidup ni, kita atleast kena ada 6 tabung..

Tak kisahlah nak guna tabung apa..sampul surat ka, akaun bank ka, tabung kueh raya ka..

So..setiap kali kita dapat untung business ataupun duit gaji, kita boleh divide duit kita kepada 6 tabung ni :


1. CHARITY

Atau nama dalam bahasa melayu-nya Tabung Kebajikan

Daripada 5% daripada duit gaji / business kita tu, kita kena masukkan kat sini.

Maksudnya...Kalau gaji korang RM 3000, makanya RM 150 tu untuk charity la..

Duit dalam tabung ni kegunaan dia untuk kita agihkan atau berikan kepada yang memerlukan.

Contohnya...macam zakat, sedekah fakir miskin, derma palestin dan sebagainya..

Yang penting...duit charity ni kita tak boleh sentuh untuk enjoy ataupun kegunaan sendiri



2. FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT (FFA)

Tabung ni kegunaan dia untuk kita menyimpan RM Sejuta pertama kita

Duit dalam tabung ni kita tak boleh sentuh langsungggg sampailah kita jumpa teknik / cara untuk melaburkan duit kita jadi banyak..

Selagi takde ilmu pasal pelaburan apa-apa..kita kena keep going kumpul dan simpan duit ni.

Kalau betul-betul dah ada ilmu nanti, baru invest.

Daripada duit gaji kita, 10% patut diperuntukkan untuk tabung ni

So, kalau gaji kita RM 3000 tadi, RM 300 kita kena kepilkan untuk tabung FFA ni.



3. NECESSITY

Atau nama panggilan manjanya tabung perbelanjaan kita

Tabung nilah kita guna untuk nak tampung kos kehidupan seharian kita

Termasuk kos makan, minyak, bayar babysitter, bil api air, bil telefon, hutang PTPTN, hutang rumah, hutang kereta

Pendek kata...tabung bayar hutanglah kannn..hahaha

Kalau boleh, 55% daripada gaji kita tadi kita ketepikan untuk bayar hutang..

Makanya..RM 1650 daripada RM 3000 gaji kita adalah untuk membayar segala mak nenek keperluan tadi.


4. LONG TERM SAVING (LTS)

Tabung ni kegunaan dia...apabila kita nak beli sesuatu yang 'agak' mahal

Contohnya...dalam kes kami kali ni, kitchen cabinet..

So..kalau nak selamat, kita tak payah beli secara hutang..tapi aim dan kumpul duit untuk target kita tu..

Untuk tabung ni, dalam 10% daripada pendapatan kita tu diperlukan..

So, kalau gaji RM 3000 tadi, RM 300 la patut diketepikan untuk membeli barangan idaman tu..

Takdelah kita kena interest berpuluh kali ganda..

ye dakkk...


5. EDUCATION

Tabung education ni bukan tabung untuk pendidikan anak-anak tau..

Tabung ni khas untuk pendidikan dan pembelajaran kita, makcik-makcik ni..

(even makcik, kita pun perlukan ilmu uols..)

Kita pun kena p kelas / seminar / kursus untuk tambah ilmu..

So, 10% daripada pendapatan kita...kita boleh gunakan untuk pembayaran kelas / seminar / kursus tersebut..

Makanya, RM 300 jugaklah kita kena sediakan untuk tabung ni.


6. FUN

Dalam banyak-banyak tabung...tabung nilah yang paaaaaalinggggggg BEST!

Sebab apa dikatakan best?....

duit dalam tabung nilah masanya untuk kita nak enjoyyyy! haha

Dalam tabung ni, kita boleh leburkan portion wang kita untuk melancong, shopping, makan mewah dan sebagainya.

Tapi....untuk tabung ni pun 10% je la..tak boleh lebih..

nak lebih kaluuu...sila bekerja lebih keras lagi ok.

Makanya, daripada RM 3000, RM 300 dilesapkan untuk kita enjoyyyy (gaya nora danish)

..........


Kesimpulannya, daripada 100% duit yang gaji yang kita dapat, ia dibahagikan kepada :

1. CHARITY 5%

2. FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT (FFA) 10%

3. NECESSITY 55%

4. LONG TERM SAVING (LTS) 10%

5. EDUCATION 10%

6. FUN 10%


Oh ya..portion untuk setiap tabung ni mungkin berbeza bagi setiap insan di dunia ni..

So, kita boleh adjust mana nak kurang mana nak lebih ikut bajet masing-masing..

Yang penting, tepuk dada tanya iman laa uols!


Oh ya...kan korang ada duit fun 10% kan...

boleh la melabur sikit ke Sireh Lovely Care untuk kebahagian rumah tangga korang...

hahahaha





Klik untuk tahu tentang Sireh Lovely Care

Baik Punya Offer!


Seperti yang dijanjikan...hari ni aku bukak entry cerita pasal Sireh Lovely Care.


Tapi...sebelum tu, jom kita sedekahkan Al-Fatehah bagi penumpang dan anak kapal MH 17 yang baru tiba di Malaysia 

T_T

-Al-Fatehah-

........

Ok...pasal Sireh Lovely Care ni...aku start memperkenalkan benda ni kat Fb aku..

Pastu...ramai pulak yang tanya...Apa kebendanya ni?

ngeh ngeh ngeh

Nak jawab pun segan..tak jawab pun rugi.........kannnnnn  :]


Apa benda Sireh Lovely Care ni?

Sebenarnya SIREH LOVELY CARE ni sejenis pembersih peribadi untuk menstabilkan pH wanita,

mencegah keputihan, kegatalan, mengetatkan faraj, mengembalikan ketegangan,

pemulihan luka selepas bersalin, menguatkan saraf bahagian intim wanita untuk kebahagian suami isteri

dan banyak lagi....


Dalam 1 botol ni ada apa?

Kandungan dalam 1 botol :

1. Piper Betel Extract (Sireh)

2. Quercus Infectoria Extract (Manjakani)

3. Labisa Pumilia Extract (Kacip Fatimah)

4. Aloe Vera Extract

5. Tuberculata Polyheura (Akar Serapat)


6. Vitamin C & E


Yes....dalam 1 botol ni ada semuaaaa benda-benda kat atas tu...

So, 6 dalam 1 la orang kata...tak payah nak beli satu-satu..

jimat satu hal....mudah pun satu hal..tak payah nak p tanam sireh..rebus sireh dan bla bla bla...cuma picit je!

mudah kan?





Macam mana aku boleh terjebak nak jual benda alah Sireh Lovely Care ni?

First.....off course sebab naluri hati...(kah kah kah)

Pastu...aku tanya Cik Pu..ok tak kalau aku nak jual benda alah ni..

Restu suami tu penting uols..kalau tak, kang tak berkat pulak kannn..

Pastu...aku tanya Puan Emak..ok ke kalau kita pakai sireh ni?

Puan Emak selaku senior bagitahu...memang orang dulu-dulu rebus sireh ni untuk tujuan cuci alat sulit..

Sekarang ni kan payah sikit nak jumpa sireh...so jaranglah orang buat..

ooooh...

So, kesimpulannya memang bagus la kannn..

Aku pun nak pakai jugak..

So, bila dah try tu...rasa kondifen konfiden dengan produk ni...rasa best...dan rasa didakapi...

[....hahaha...]

so lepas tu, aku terus shoot kat Fb

Dan dan...ramai pulak yang berminat...

Dan alhamdulillah...setakat beberapa hari aku dok jual ni, permintaan dah melebihi 20 botol...

Satu pencapaian agak menarik jugaklah di situ kann..

Staff-staff lab lain pun ramai yang order..mungkin semua pun dah alert kot kelebihan produk ni

Alhamdulillah...syukur rezekiMu Ya Allah..



Berapa aku jual Sireh Lovely Care ni?

Ok...tang harga yang paling menarikkkk sangat

Sebab? Aku nak bagi best price kat kawan-kawan yang aku sayang...muehehe

Kalau korang nak beli sebotol 120 ml je, aku jual dengan harga RM 25

Tapiiii tapiiii tapiiii

Kalau korang nak beli secara jimat, murah dan menguntungkan....

Aku sarankan korang kumpul ramai-ramai sampai 5 orang atau lebih...pastu order sekali..

Kalau order borong macam tu, aku kasi sorang sebotol RM 20 plus kalau korang jauh dan memerlukan pos....aku bagi free postage lagi...

Offer ni jugak green light untuk sesapa yang nak jual balik....aku tak kesah

mau mau mau?


Macam mana nak beli?

kalau betul-betul rasa berminat nak beli,
Boleh hello aku kat email : missdicup_o7[@]yahoo.com.my
atau whatsapp aku 013 4600799

aku sentiasa menunggu order daripada korang....*sengeh sengeh*



So....apa tunggu lagi? aku dah bagi offer baik punya ni...


Saya dah....anda bila lagi?

Perihal makcik-makcik


Lama dah tak bersiaran...

Hari ni moh la kita tunaikan permintaan pembaca Blog CH yang meronta-ronta mintak di-update..

(kah kah kah...padahal.....takde orang pun kesah...)

sob sob sob

.......

Badan masih rasa longlai lagi

Rasa letih macam ada berpuluh-puluh guni beras kat belakang badan.

Rasa macammm....nak rehat serehat rehatnya.

Tapi, macam mana rehat yang kau nak lagi?

Kau kan dah cuti banyak hari...isk isk isk

*Panggggg*

Berdrama pulak kau kat sini kannnn

......

Minggu ni dengan minggu lepas...aku rasa hidup aku ting tong dan weng weng sikit la...

Banyak benda jadi..

Baru-baru ni aku cuti banyak hari jugak.

First tu sebab Ayah Nik - Husband kepada Kak Sofia, pengasuh Irdina Zara dimasukkan wad sebab sakit jantung

So, terpaksalah aku & Cik Pu berebut-rebut bergilir-gilir amik cuti duduk rumah jaga Irdina

(off course mesti berebut-rebut...peluang bermalas-malasan..keh keh keh)


Anak dara dah besar gamaknya...boleh la bermalasan sikit-sikit..cuba kalau masih baby lagi..

menangis la kau kat situ kannnn....mengelupur tak cukup masa



Kau tengok apa dia buat tu...spot check handbag aku..

Jangan risau nakkk...omak kau ni takde bawak deh benda terlarang pi tempat kerja..

>..<



Bila masing-masing agak cuti tak banyak...marilah mengelupur bawak anak p ofis pulak..

Tolong omak ekau apa yang patut... 

(.....walaupunnnn.....tengok upin ipin je kerjanya...)

......

Pastu, fikir punya fikir....tak boleh jadik ni..

Zasss la kita balik Rawang..lagi pun raya hari tu kan tak balik lagi..

Terus apply cuti serta merta.

Bila balik Rawang, Puan Emak ajak balik Jerantut pulakkk

Moh la kita penuhkan permintaan orang tua kita..

Kalau tak kita, siapa lagi...ye dak?

Dalam perjalanan nak balik Jerantut tu....tetiba break kereta berasap & berbau hangit semacam..

Cuak jugaklah masing-masing kannn

Benda first time jadi..mana tak cuak..

Makanya...berhentilah kami seketika kat Genting Sempah hari tu...

Nak bagi sejuk sikit break pad tu katanya....katanyalah...aku pun tak tahu..haha


Dah alang-alang berhenti tu, marilah kita berkelah sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan ditemani asap-asap kenderaan yang lain...kui kui kui

Tujuan sebenar Puan Emak ajak balik Jerantut tu sebenarnya dia nak ajak lawat Wan (nenek) aku yang tengah sakit teruk kat hospital Jerantut




Nama pun raya hari tu tak balik kann..

so, ni trip sekali harung dengan lawatan sambil beraya la ni kekdahnya..huhu


Semoga Wan cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan....amin.

Lepas semua settle, Isnin semalam-semalam baru balik Penang balik

Sebelum sampai Penang tu punnn..ada agenda lain jugakkk..

Kita singgah Bukit merah dulu.

Bukan nak mandi manda -tidak

Bukan nak makan buah-buahan kat r&r - tidak jugak..

Kita nak p beraya kat rumah sepupu aku.

Baru tahu minggu lepas, rupa-rupanya sepupu aku dah pindah kuaters Bukit Merah

Orang lain yang duduk Bukit Merah, aku yang happy lebih kannn

(read : sebab banyak agenda boleh diaturkan selepas ni..zoo taiping..pasar kemboja..kuala kangsar..dll)

hmmm...  *angkat-angkat kening*



Sampai budak kenit ni tidur berdengkur la dibuatnya...


Bukan setakat berdengkur je..dengan air-air liur basi keluar sekali...

kita kasi zoooom sikit...



Nasib baik Irdina Zara masih kecik..so dia tak dapat baca blog aku..

keh keh keh




Selain sibuk masa cuti hari tu, aku jugak tengah sibuk menguruskan hal ni :



Pasal benda alah ni...next entry kalau aku tak sibuk, aku cerita k


Siling Plaster


Seperti yang dijanjikan beberapa hari yang lepas...

Hari ni aku bukak entry pasal plaster siling..

Setelah beberapa orang yang datang ke rumah baru kami, ramai nau yang tanya...

"berapa ongkosnya buat plaster siling satu rumah ni?"

"ok ke buat plaster siling?"

"material apa?"

dan macam-macam soalan lagi yang mana kadang-kadang kami tak terjawab..

- sebab jawapan kepada soalan tu ada yang kami tak kaji atau lupa jawapan dia...

hahaha

.......

Tapi, sebelum aku mulakan entry ni...

suka aku nak mengingatkan diri sendiri dan para pembaca sekalian..

Entry rumah yang dibuat adalah bertujuan nak share pengalaman, info dan sebagainya..

bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk sama sekali

Kalau nak menunjuk...apalah sangat dengan rumah yang kami buat berbanding jiran-jiran kami..

tak cukup aku rasa..ramai lagi rumah orang lain yang cantik-cantik kannnnnn..

Rumah pun rumah pinjam je...

(sebab rumah tu bayar bulan-bulan...dan duit renovate pun pinjam duit Puan Emak...kuikuikui)

......

Berbalik pada cerita plaster siling....

kalau ikutkan kami, memang kami tak plan langsung nak buat plaster siling pada dasarnya

Tapi...kau tahulah kan...perempuannnn...

terbuat la pulak akhirnya...

kahkahkah

.......

Kalau nak ikutkan bajet kami, memang obviously tak lepas..(tanpa berfikir panjang)

Tapi...

setelah dapat offer menarik dari kontarktor, dengan tawaran hebat Puan Emak dan hasutan syaitonnnnnn dalam diri...

kami gagahi jua onak duri..

kahkahkah

.....

Kontraktor offer kami...satu rumah plaster siling..apa-apa design boleh pilih...harga semua RM 5k

Dari porch sampai la ke dapur...

Fuh fuh fuh! lap peluh guwe memikirkan offernya..

Tak cukup dengan tu, dia offer kami boleh bayar 3x ansuran..

Terus meleleh air liur...

saja je kannnn menguji keimanan...

Tu yang tanpa membuang masa, kami terus bincang dengan family..tanya pendapat dorang..

......

Tetiba...Puan Emak buat offer menarik pulakk..

ehem...

memang orang kata rezeki terpijak la ni..

....

Lepas beberapa tawaran menarik tu datang...

kami (aku & Cik Pu) pun berbincang

Sambil bincang tu, sambil carik design mana yang berkenan kat internet

Kalau nak ikutkan...memang banyak gilaaaa design..

Naik juling mata kitorang nak decide

Walaupunnn dah ada design yang berkenan, bila p rumah jiran sebelah-sebelah still boleh ubah design yang dah ada

Dah tu macamna....hahaha

Pening jugaklah kontraktor tu nak melayan kitorang..wakaka

.....

Setelah dah berpuas hati...masing-masing dah setuju dengan design yang ada, kami proceed terus..

Setuju ni termasuk dengan kontraktor skali la..

ada jugak design yang kitorang nak tu dia kata dia tak boleh buat..

So, kami carik design yang lain..

Kalau nak push jugak suruh dia buat macam yang kita nak tu, takut nanti bila dah siap tak menepati citarasa kita pulak kannn

Kang kita yang robek hatikuuuu...

So, better carik design yang dia boleh buat..selamat pun dah tentu selamat..

Kita pun tak terkena sakit jantung melihat hasilnya...hahaha

........

So...inilah antara design-design yang kami pilih :

Ruang tamu





Kalau ikutkan...ruang tamu kitorang nak buat macam ni sebenarnya :



Cumanya....bila tengok kat jiran jauh buat macam ni..nampak macam ruang tamu jadi kecik pulak..

pada pandangan kami la...lain orang, lain citarasa kann.. :)


Next,

Ruang makan

Yang kami nak tu sebenarnya macam ni :



Dan dinyatakan kepada ini :






Walaupun tak sama sangat...tapi boleh la kannnn...spiderman kekdahnya.


Pastu,

Laluan ke dapur



Inspired dari sini :




Sebenarnya nak buat macam ni :



tapi....kontraktor reject design ni...tak fit dengan harga yang dia bagi katanya..kuikuikui


Dapur



Sebenarnya nak buat macam ni :



tapi...disebabkan ada beam kat tepi dapur tu...kena reject jugak..

ataupun macam ni :





design ni pun kena reject jugakkkk... (menangis di situ)


Bilik



Inspired dari sini :


Bilik aku buat paling simple...just petak-petak, that's it.

Alasannya...dah tentu nak yang simple masa mendongak ke langit...

Dah nama pun bilik tidur...nak fancy sangat kang tak tertido pulakkk...hahaha

.......

Last but not least,

Porch












Punnn simple jugak..

sebabnya semua kat dalam rumah dah guna CT wood, so design kat porch tak bolehlah over..

kalau nak, boleh...takde masalah..

yang masalahnya adalah duitlah...wakaka

Kalau korang tengok gambar-gambar plaster siling rumah rumah kami, semuanya jenis tertutup..

Bukan jenis yang terbuka..apa ntah orang panggil..ELCB Board ke apa..

Sebabnya? 

kami dah fikir siap-siap...malas punya pasal nak bersihkan calah-celah lubang tu dikemudian hari..

kahkahkah

.....

Oh...lupa nak bagitahu...

yang design macam kayu tu namanya CT wood..

Kalau ikut kontraktor...benda tulah yang buat mahal..

Kalau tak silap...dia kira sekaki RM 20++ (kalau tak silap laaa..)

......

Pemasangan plaster siling satu rumah ni ambil masa dalam 4-5 hari je..

Yang design 3 bilik tu sekejap je..setengah hari dah siap

Cuma yang design ada CT wood tu ambik masa sikit...tapi takdelah lama sangat..

.....

Kalau sesiapa yang nak buat jugak...sangat-sangat recommended dengan kontraktor ni

Saad   019 5492263

Seperti biasa...area Kepala Batas, Pulau Pinang dan berdekatan dengannya..

Tapi.....recommend untuk plaster siling saja tau...

Yang renovate lain, NO! tak payah la...sila carik orang lain... :)

Nak tahu kenapa? nanti aku cerita kat next entry! 


-gambar inspired by google.. :)-

Baca lebih lanjut : Our New Home Journey

The Poplook ke Poslaju?


Ingatkan hari ni nak cerita pasal siling plaster...

tapi ada cerita lagi menarik aku nak cerita..

*berapa banyak word cerita daaaaa*

......

hari ni boleh dikatakan dalam sejarah....

apabila pagi-pagi buta aku dah terpaksa mengarang karangan dalam bahasa inggeris pulakk..

ni gara-gara baju yang aku beli dari The Poplook tak sampai-sampai dari sebelum raya sampai la sekarang..

Tahu-tahu je dapat email macam ni pagi tadi:



macam best je kan..

dah la hari tu aku pergi pejabat pos nak dekat berpuluh 5-6 kali..

pastu boleh pulak dia kata alamat tak lengkap..

pastu...The Poplook pulak bagi aku 2 choice yang dua-duanya aku kena keluarkan duit..

haishh...tak boleh jadik ni..

hmm..takpe..takpe..

So, bermulalah karangan 250 patah perkataan aku...

(of course dengan bantuan labmate...kehkehkeh)



Aku siap-siap attach sekali dengan kronologi poslaju yang posmen bagi hari tu beserta invois pembelian..

Dengan harapan..aku boleh dapatkan the parcel tanpa sebarang charges

Tiba-tiba...

tak lama lepas tu, ada nombor tak dikenali start 06 call aku...

Fuh..ingatkan siapa..

rupa-rupanya abang pejabat pos melaka :)

*The Poplook ni terletak kat Melaka la kot*

Bermulalah keterangan mulut ke mulut antara aku dengan orang tu..

Cakap punya cakap..selidik punya selidik..

tengok-tengok ada email baru dari The Poplook :





Hmmm...siapa yang bersalah sebenarnya ni?

Kalau nak kata The Poplook..aku bukan kali pertama berurusan dengan dorang..

Sebelum ni tak pernah pun terjadi..

Lagi pulak..bukti The Poplook lagi kukuh kot daripada kronologi yang posmen bagi kat aku tu..

....hmm....


Kalau nak kata poslaju......yes!

Selalu sangat banyak benda terjadi..

Ada ke patut...poslaju kata kat aku, takde no phone aku kat consignment note..padahal..dah terang-terang gambar dari email The Poplook tu ada..

Pastu..dia kata dengan The Poplook, alamat aku tak lengkap..

habis tu...yang selama ni Cik Pu guna alamat tu ok je..sampai je barang

Dah kenapa dengan poslaju tak sampai pulak

mushkil aku dengan perkhidmatan dorang nii

-_-





And finally....alhamdulillah..

Dengan belas ikhsan The Poplook, dorang poskan jugak barang tu tanpa bayaran..

Point-nya kat sini...this is not about rm6 or what..

tapi disebabkan masa aku terbuang, tertunggu-tunggu

Dah tu..kau ingat..pergi pejabat pos tak pakai minyak..dah la banyak kali...dah berapa rm tu..

Dan lagi...

yang paling paling paling sedihnya...sebab tak dapat nak pakai baju tu time raya hari tu..

sob sob sob

Kalau tak....mesti gorgeous kan...




........errrrrr......

*menangis beramai-ramai*



Langsir baru


Selamat Hari raya semua...

*dengan harapan semua orang dapat bersabar tunggu gambo raya family kecik kami tahun ni*

hik hik hik

Cik Pu tengah menderita kesakitan...

-sakit mata plus demam plus batuk plus muntah plus selsema-

so, korang bagilah masa kat dia untuk edit gambo raya tu ye..

.......


Berbalik pada main title entry kita hari ni...

aku nak cerita tentang langsir

Nak kata langsir baru tu..takdelah baru sangat..

Dah sebulan lebih pakai...tu pun sempena masuk rumah baru kannn

Kalau tak pindah rumah baru tu rasanya...

kau pakailah langsir yang 2-3 tahun tak bukak-bukak dan tak basuh-basuh tu...

keh keh keh

Tu pun langsir belas ikhsan dari Puan Emak..

kalau tak...agaknya pakai sotkaba je kot..kui kui kui

.......


Kalau korang pembaca setia blog CH ni, mesti korang pernah baca entry Langsir-eyelet-idaman yang aku pernah buat dolu-dolu kannn

*kalau ada pembaca setia la..kalau takde, takpe...sob sob sob*

Aku & Cik Pu berkenannnn sangat dengan langsir style eyelet tu

macammmm...ada sesuatu yang menambat hati

*cewahhh*

Lalu...dengan niat yang tulus suci, aku kabarkan kepada Cik Pu

Dengan harapan supaya hajatku itu diperkenankan oleh beliau

Dannnn Alhamdulillah...

Beliau perkenankan tanpa banyak soal

Tapi dengan ayat "suka hati kamulah...kamu yang lebih pandai dalam bab-bab ni..abang ikut je..asalkan corak dia tak serabut sudah..." (read : pandai = cerewet)


Ok...taknak serabut ye bang...saya turutkan...

berbekalkan dengan beberapa ayat Cik Pu tu..bermulah misi pencarian kain langsir tu..

Dengan kriteria : (1) taknak serabut, (2) murah dan juga (3) nampak mahal

Alasan yang kedua tu penting sangat! hehe

Lepas carik kain plus rod semua..terus cepat-cepat hantar kat tukang jahit..

gelojoh nakkan langsir la katakan...

kahkahkahh

.......


Oh ya..lupa nak bagitahu. 

Kain dengan rod semua aku beli kat Nagoya Rawang - berdekatan tesco rawang

Kain semeter RM6..

Satu rumah aku beli lebih kurang 45 meter - termasuk untuk ruang tamu, ruang makan, 3 bilik.

Tapi...rasanya mana-mana Nagoya pun ada jual kain yang sama..cuma bergantung pada stok doranglah kot

Rod pun sama..aku beli kat Nagoya..

Kalau tak silap, sebatang RM49.90. 

Rod ni adjustable 1.2 m sampai 2.1 m (kalau tak silappp la..)

.....

Lagi satu...

sebelum aku hantar kain buat langsir tu...

aku dah carik siap-siap design yang macam mana aku nak..

pastu...aku print atas A4...

pastu tunjuk kat dia..kalau tak, takut apa yang kita nak tu tak sama dengan pemahaman dia..


inspired by this :


transformed into this :
(ruang tamu) - Najib tengah pasangkan langsir


Dalam bilik


Dannnnn daripada gambar ni :

Menjadi kepada ini :
Sila fokus yang belah kanan tu ye..

Tu namanya roman blinds...boleh google..banyak lagi style

Pastu......fikir punya fikir...

Ting! aku nak pasang horizontal blinds kat dapur!

Tu semua gara-gara tengok rumah mak habis langsir kat dapur berminyak-minyak..

*dengan harapan blinds yang ni tak terkena minyak laaa*


So..total satu rumah upah langsir adalah RM540

termasuk upah pasang rod, upah ukur langsir, harga blinds, upah jahit dan upah pasang langsir satu rumah...

;]

Aku tak tahulah murah ke mahal...

tapi, kalau korang nak try-try survey, boleh call :

Najib : 016 4033646
HZK Curtain Gallery

Kedai dia area sebelah Mydin baru Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang.

Area deretan kedai depan jalan besar, belakangnya IPPT USM.

Najib tu orang pakistan kot...tapi jangan risau..dia mudah berurusan... :)

Baca lebih lanjut : Our New Home Journey