Hatiku kerisauan


Risaunya...

Minggu depan hari isnin dah nak gerak p kelantan dah, tapi sv aku tak respon lagi yang dia dah siap semak thesis ke belum..

Aduhai..risaunya..

Esok dah jumaat dah..isnin minggu depan lagi berapa hari je lagi..

Dah la stay kat kelantan seminggu..sampai khamis minggu depan..

Takut tak dan je nak buat correction lepas district dah semak tu..huhu

5 mei dah due hantar 2 copies kulit lembut..fuh fuh fuh..

Kami plan ingat nak balik rawang lepas aku balik dari kelantan tu..

Cuti kan banyak time tu..cuti Labour day 1mei, cuti peristiwa pilihanraya kecil permatang pauh 7mei..

Ingat nak cuti lama sikit la kali ni..lama dah kauuu kami tak balik bukit beruntung..mau nak 5-6 bulan..

Ni sebab sibuk sama wan naem tak brapa nak sihat..on off warded..huhu

Isk...risaunya..

Ya Allah..aku berdoa, mintak-mintaklah dr Anita bagi feedback cepat pasal thesis aku tu..mudah-mudahan dipermudahkan segala-galanya...amin.

Full time housewife


Hari ni disebabkan budak irdina zara tak berapa sihat disebabkan kes cirit-birit dia semalam, aku terpaksa mencutikan diri.
Bahagia jugak rasa sesekali dapat jadi full housewife..
tapi, aku rasa sesekali je la kot yang bahagianya..
Kalau hari-hari rasa boring jugak kot.
Maunya..sehari siap dah lap kemas semua benda..kalau esok dah tak tahu kot nak buat apa..
Tapi kan..mesti Cik Pu bahagia je hari ni..
Balik lunch, dah ada orang tunggu hidang nasik dengan laungan anak kesayangan kat depan pintu kannn..
Makan pun bertambah sampai 2 pinggan..lepas makan komplain gemuk..hahaha..
Takpe bang, gemok is awesome...
Berbalik pada perenggan pertama aku tadi (tak payah scroll up), hari ni aku berdua dengan irdina..
Alhamdulillah..irdina dah tak muntah @ cirit dah..so dah tak merengek sangat la..
Kesian jugak aku tengok dia..mesti boring je tinggal ngan aku...haha
Makanya aku pun menjalankan projek home schooling kat dia..
Carik la lebihan-lebihan sticker mana yang ada..lebihan kertas A3 pjj aku..kesimpulannya, semua barang lebihan la..hihi

Atleast dia tak bosan sangat, aku dapat spend tine dengan dia, boleh enhancw motor skill dia..

Dan tang paling penting...takdelah asek mengadap handset je..

So..esok kita start keja macam biasa..

Thesis & conference


Alhamdulillah..dalam diam tak diam bulan 4 dah nak abis dah..
Cepat bebeno masa berlalu..
Dah nak habis bulan 4 maknanya akan banyak agenda yang nak kena masukkan dalam planner.
Dan alhamdulillah jugak sebab aku dah berjaya habiskan tulis thesis fyp..
Semalam sempat jugaklah p hantar thesis tu kat usm pulau nuuun.
Tapi, disebabkan aku kalut nak balik ke bertam secepat yang mungkin, takdan nak jumpa sv aku..
Thesis pun aku sangkut dengan plastik bodo kat tombol pintu dr je..dengan harapan sv aku faham dan boleh terima la hendaknya..
Kes nak cepat tu bukan sebab apa..tetiba time otw nak ke pulau tu pengasuh anak aku call.
Dia kata lepas bangun tido tu irdina muntah-muntah 4-5 kali, cirit birit 2 kali.
Dia kata tak pernah tengok irdina sampai macam tu sekali..
Maknanya kalau dia dah cakap macam tu, memang teruk la..selalu kalau biasa-biasa dia tak call macam tu sekali..
Kami pon on the spot terus merempit..
Alhamdulillah, lepas jumpa dr kat tempat keja aku ni dan bagi ubat bagai semua dia semakin ok..
Risau jugaklah..minggu depan dah nak kena tinggalkan dia dengan abahnya..aku nak kena p kelantan.
Kena p conference terpaksa nama dia..
Cerita pasal conference ni pun boleh jadi macam-macam hal..
Serius..ni first time aku baru berkesempatan attend conference.
Maknanya, takde experience langsung..
Pastu terus daftar sebagai oral presenter..kahhhkahhhkahh..confident sangatttt.
Pastu tak pasal-pasal kena kondem dengan "bos". Perggghh..makan dalam betul ayat-ayat dia.
Takpe..takpe..i'll take it as challenge..
Insha Allah, aku akan persiapkan diri..Biarlah apa dia nak kata..sukati dialah dia nak underestimated aku ke apa kannn..sukati..
Atleast aku ada effort even aku tak tahu macam mana nak buat...whatever la kannn..yang penting kita percaya pada diri sendiri...apa nak takut...Allah kan adaaaaa...
Dan alhamdulillah..petang semalam aku dapat good respond reply email daripada sv aku...walaupun ada yang mengkondem, ada jugak yang menghargai..

Picture wall inspiration

Ada yang tanya..mana aku dapat inspirasi nak buat picture wall bagai ni..
Hmmm..
Selain disebabkan frame terlalu banyak, aku jugak ada tengok-tengok kat blog & google..
Sebenarnya picture wall ni dah lama jadi trend..
Bukan je trend kat overseas..malahan kat malaysia pun dah ramai yang buat..Ko p la google blogger dalam malaysia..bersepah dah buat picture wall ni..
Tapi, dalam banyak-banyak picture wall, off cos aku suka style yang mininalis tapi nampak moden..
Bak kata Cik Pu, kalau milimalis ni, dia ada "breathing space"..so dia nampak indah la kat situ..tak overcrowded orang kata..
Sebagai contoh, ala-ala macam kat bawah ni la..

So, kalau korang ada frame dan dah ada idea, boleh la start skodeng-skodeng mana-mana dinding yang sesuai...hihi

Picture wall

Entry sebelum ni kan dok cerita pasal feature wall...

Satu malam lepas taip entry tu tetiba datang plak mood rajin nak buat picture wall...

Sebenarnya dah lama dah plan nak buat picture wall ni..

Tapi memandangkan perasaan sayang nau nak tebuk dinding pakai paku, aku plan la sorang-sorang tapi sambil kumpul frame hadiah orang kasi time kahwin 3 tahun dulu...

(Nampak tak betapa frame-frame tu bersarang dalam rumah tanpa buat apa-apa..tu yang rumah semak banyak barang tu kannnnn..)

Bila kumpul punya kumpul..pastu pool satu tempat, dia jadi byk la pulak..

Dan-dan terasa nak cari satu space dinding nak buat picture wall gantung semua frame-frame tu..

Bila aku usulkan ke Cik Pu, tak sangka pulak dia terus setuju je dengan idea picture wall ni.. (kena la mintak permission Cik Pu dulu..dia yang akan jadi mangsa toolman aku..keh keh keh)

Tapi...sebelum nak jadikan picture wall tu...banyak jugaklah step-step yang nak kena buat dulu..

Dah kata sayang nak tebung dinding...tapi nak tebuk jugak..macam ni la kann..haha

Nak guna drill, kami xdak drill..malas plak nak p pinjam-pinjam kat orang..

Makanya...buatlah cara berkhemah..

1. Lukis dulu plan..keluasan dinding..jarak frame semua..so that, kita boleh arrange frame-frame yang ada..

(Orang bukan arkitek..macam ni la kannn..pastu fefeeling dinding sangaaaattttt luas..53 kaki?  hahahaha...inci la...)

2. Bila kita dah lukis plan tadi, so kita boleh tahu berapa jarak antara hujung dinding bertemu dengan frame, dan jugak jarak dari bawah ke atas nak sangkut frame..

oh ya..jarak antara bawah tu penting..nanti aku tunjuk significationnya ye..hihi

Bila dah tahu jarak2 tu, kita boleh tanda siap-siap..dalam kes aku ni, aku taknak tanda dengan pensel (malas nak padam semula @ nak cat semula), so aku tanda dengan salotep putih bodo tu je...


3. Lepas dah tanda semua jarak-jarak tu, tibalah masa untuk estimate kedudukan semua frame-frame yang ada tu..

Aku takmau terus tebuk lubang, pastu kalau salah nak kena tebuk sekali lagi..no no no..so, aku buat siap-siap ukuran ala-ala frame tu guna kertas minyak yang ada dalam rumah ni, then tampal ikut jarak yg aku dah ukur macam kat step 1 tadi...

Tampal pun pakai salotep putih bodo tu je..senang nak tanggal, tak permanent lekat kat dinding dan senang kerja kami..hehe

Time ni pun kena adjust-ajust jugak ni..ada antara ukuran kertas minyak yang tak berapa nak tepat sangat..tu maybe sebab masa gunting kertas minyak tu ada gangguan anak la kan..kih kih kih


4. Then, lepas dah puas hati dengan kedudukan semua frame-frame tadi, bolehlah kita proceed kepada step nak memaku..fuhhfuhhfuhh

Step ni paling mencabar minda dan jiwa..nak tebuk ke tak..nak tebuk ke tak..minda kata tebuk, jiwa kata jangan..hahaha..drama sungguh!

Disebabkan tu, Cik Pu kena ukur dulu kat mana paku nak ditebuk..so dia amek belakang frame dan dia tanda kat mana exact tempat hook frame tu..

(Nampak tak kegigihan seorang suami melayan kerenah bini dia yang agak cerewet di situ?....)


6. Bila dah settle step 4, apa lagi...paku dan gantunglah frame-frame yang ada tu dengan gembiranya..hihi


5. Opps..lupa plak..sebelum gantung frame tu, haruslah cuci mana gambar yang berkenan dulu kan..baru gantung dengan gembiranya..

Dalam kes kami ni, kena gantung dulu..sebab? esoknya kawan Cik Pu nak mai umah..so biarlah kosong dulu..lagipun, gambar-gambar yang nak digantung tu tak pilih & edit lagi.
malas nak kalut-kalut..so kita biarkan je la dulu...minggu depan kita sambung balik.. :)



Haa..tadi aku ada bagitau kan..kenapa jarak dari bawah ke frame tu penting...Kau tengoklah sendiri apa significationnya kat bawah ni..


Hahaha..masih selamat...fuh fuh fuh


Feature wall

Dah lama aku x menulis apa-apa pasai rumah..
Makanya...
Marilah kita borak-borak petang sambil mata menjeling tengok tv3 tunggu cerita hati perempuan, tangan type keypad handset menghupdate blog..
Disebabkan aku lg 2 bulan nak habis degree pjj ni (insha Allah), aku dah berkira-kira dengan Cik Pu nak men-diy @ mendeko rumah yang kosong ni..
Macam-macam dah plan dalam kepala hotak ni..nak beli tu, nak diy ni..tp disebabkan bulan april ni baru dikenakan gst, hasrat tu agak terbantut sekejap..
Terpaksalah kita survived dan survey mana yg patut dulu..
Kot tak patut..kita buat slow-slow...(beli tetap beli..muahaha)
Pastu kannn..
Tetiba..satu hari yang damai, Cik Pu mesej aku sesuatu..
Sesuatu sangat kan..

Ntah rajin apa ntah Cik Pu dok edit..

Pastu dia soh pilih kaler apa yang sesuai untuk dicat untuk jadikan picture wall la kununnya..

hmmm..kena pk betul-betul la gamaknya..nak cat rumah bukan keja rutin yang hari-hari boleh buat..

makan tahun jugaklah kannn (hahaha)

Kalau colour yellow mustard cantik tak agak-agak?

.........

Testing..testing..

Hai uolsssss..lama dok dengo cite.

Saja nak bagitahu..iols tengah berkumandang dari mobile phone baru tapi murah..keh keh keh

(mentang-mentanglah fyp berkaitan handset..)

Nak test tengok..jadi apa bila update dari sini..

Disebabkan lama dah x bersua, mai la aku say hai sikit...


HAI....