SP Height

Hari ini aku "terpaksa" bangun awal pagi berbanding waktu cuti biasa.

Sebab kena kerja?  Bukan.

Pergi dating? Bukan.  Eh, dikira dating ke?   >.<

........................................................................................................................................................

Setelah berhempas pulas petang semalam merayau rayau di Sungai petani berjam jam, kami masih lagi gagal total mendapatkan koordinasi tempat yang bernama SP Height. Tanya berpuluh puluh orang jugak gagal. Semua orang tak tahu tempat letaknya kawasan yang bernama SP Height ini. Bukan calang calang orang aku tanya. Ada tu yang duduk sejak lahir kat sungai petani pun, diorang kata tak pernah dengar nama tempat SP Height. Apatah lagi aku yang baru dua tahun jagung duduk utara ni..lagilah blur....haisssh!


(Pakcik Google pun tak tahu. Orang tanya SP Height, dia jawab SP Plaza..haisssh!)

Dan apabila di satu masa setelah terasa usaha kami memang dah gagal total, bercampur penat giler (berlari dalam kereta), dan memandangkan waktu malam pun dah sampai masa, kami tekad pulang ke rumah dengan perasaan sedikit hampa. Tapi sebelum pulang, singgah makan di kedai adalah perkara wajib. (sebab aku masih dalam mood malas-malas nak masak lagi..hehe).

Sebelum makan tu, Cik Pu usulkan cadangan supaya kami singgah di Petronas Sungai Petani untuk menanyakan orang. Manalah tahu kalau kalau ada orang yang lebih mahir lagi handal bab jalan mencari SP Height ni. Aku menyokong angguk angguk geleng geleng tanda setuju. Kami bernasib baik kerana di stesen minyak Petronas tersebut terdapat seorang mamat yang sedang beratur di kaunter untuk membayar bilnya agak teror hal berkenaan. Setelah mendapat kata sepakat, kami (iaitu aku dan Cik Pu sahaja, tak termasuk mamat tadi) bersetuju untuk datang sekali lagi ke Sungai Petani pada keesokkan harinya tetapi ke arah yang berlainan, iaitu menghala ke Aman Jaya, seperti yang diusulkan oleh mamat tadi.

Dan pagi ini.

Aku terlambat bangun - tepat pukul 8.00 pagi baru terjaga. Jangan salahkan aku, salahkan jam randik pada handset yang Cik Pu pinjamkan kat aku. Handset dia meragam. Walhal kami janji akan pergi pada pukul 7.00 pagi. nasib baik pagi tadi muka Cik Pu cool je. Takde langsung riak marah atau tak puas hati kat aku. Oooh..lega!

Seperti yang dijanjikan, kami mula mencari koordinasi SP Height semula. Cari punya carik, jalan punya jalan. Masih tak jumpa. terpaksa juga berhenti tanya di stesen minyak Petronas yang berdekatan (bukan stesen minyak yang semalam). Mereka kata kami telah terlajak perahu boleh diundur. Kami teruskan pencarian dalam keadaan hujan rintik rintik air bergelombang dengan patah balik ke belakang. Dan akhirnya, kami sampai jugak ke destinasi yang hendak dituju.


Apa yang aku carik?



Aku nak tengok keadaan rumah lelong ini.  "__"


Nak tahu aku akan beli rumah ni atau tak?

Sila tunggu entry esok  :P


No comments: