Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi telur bungkus


Ingatkan malas dah nak masak petang ni..tapi disebabkan Pakcik Pu kelaparan dan cemus (bahasa kedah : cemuih) makan tomyam, aku pun terpaksa jugaklah masak nasik + lauk sikit. Lauk untuk petang ni adalah telur bungkus. First time buat uolsss..tapi, alhamdulillah berjaya total!

*clap clap clap!

Senang je resepi dia. Tak payah nak beresepi sangat pun takpe. Ikut naluri hati dan teknik campak-campak dalam kuali. hehe!

Ok, mula-mula sediakan bahan2 :

1. Telur - of cos la kan..nama pun telur bungkus..
2. Ayam dicincang kecik
3. Kerot, daun sederi, tomato dicincang dadu. (yang ni apa yang ada dalam esbox je aku amik)
4. Baby kailan (ni pun sama, dah ada dalam esbox)
5. Fish cat & fish ball (yang ni pun dah ada..haha)
6. Bahan2 utk blender : bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api sikit. (kalau ada cili boh, boleh je letak sikit..ikut sesedap rasa).
7. Minyak masak
8. Bawang besar dihiris


Cara-cara dia :

1. Letak sikit minyak masak, letak bawang hiris, pastu tumis la bahan2 yang diblender tadi. Agak2 dah wangi, masukkan bahan-bahan ikut cepat-lambat keempukannya. Maksudnya, masukkan ayam dulu, pastu kerot, pastu daun sederi, tomato dan lain-lain. dan disinilah teknik campak-campak amat diperlukan..heeee~



2. Sambil-sambil masak bahan-bahan tadi, bolehlah lempengkan telur-telur anda..Ayat nya 'lempeng'...hehe. Masa ni aku guna 3 bijik telur. Tapi, bagi aku korang boleh je kurangkan kuantiti telur tu..sebab masa aku buat tu, telur dia tebal sangat..first timer la katakan....peace!




3. Pastu hamparkan bahan2 yang dah masak tadi atas lempengan telur korang..


4. Kata nak ala2 chef...oleh itu, taraaaaaaaaaaaaaaa..... 


Silalah menjamu selera! 

nyum nyum nyum


Apple pie in the kitchen


Assalamualaikum semua,

Memandangkan Majlis Irdina Zara tinggal 2 hari je lagi, banyak persiapan yang aku kena buat. Oh, lupa. Bukan aku, tapi semua orang selain aku. kenapa? kenapa? Akukan perempuan yang tak habis pantang lagi..haruslah tengok2 saja. =P Oh, tapi tengok tak tengok sangatlah. Ada jugak yang nak kena menyeboknya! =D

Hari ni Apple Pie dah masuk oven siap dibakar..Hoyeah!

Tapi Pie Apple ni bukan aku mahupun Puan Emak mahupun adik2 aku, lagilah pulak bukan Encik Ayah dan bukan jugak Cik Pu. (Oh, Cik Pu otw nak balik sini naik KTM..Hai Abang! =D ) Pie Apple ni Auntie Ana & Cik Ina yang datang rumah tolong buatkan. Yang mana dorang ni kawan2 Puan Emak yang mualaf, sorang cina & sorang filipina  :). Trima kasih ye Auntie2 sekalian..Jasamu kami kenang!

Ok, tanpa membuang lebih banyak masa lagi, mari kita belajar macam mana nak buat Apple Pie ni.

Bahan-bahan :

1. 1/2 potong Buttercup (dicairkan)
2. 1 1/2 cawan Gula Kasar
3. Sikit susu Dutch Lady
4. 1 sudu kecik Baking Powder
5. 2 bijik Telur
6. Secubit Garam
7. 2 1/2 cawan Tepung Gandum
8. Sikit Serbuk Roti
9. 7 / 8 bijik Apple (buang kulit)
10. Cinnamon

Cara-caranya :



1. Putar satu persatu bahan no. 1 - 7 tadi.
(Buttercup cair + Gula Kasar) putar (Susu + Baking powder + Telur + Garam) putar (Tepung) putar.


2. Sapu sikit buttercup kat atas tray.



3. Taburkan sikit serbuk roti atas tray tadi.



4. Letak semua bahan2 yang diputar atas tray tu & ratakan.



5. Apple yang dah dibuang kulit tu digaul rata dengan secukup rasa Cinnamon & Gula Kasar


6. Susun Apple2 tadi kat atas adunan yang dah diputar tadi.



7. Pastu, air lebihan Apple tu tuang je atas susunan Apple tu dan tabur setengah gengam gula kasar atas susunan Apple tadi.


9. Masukkan dalam Oven 180 C selama : 
     a) 30 min : kalau nak lembut2
     b) 35 - 40 min : kalau nak crunchy sikit



Dan....................siap!   nyum nyum nyum nyum




# Syud, sorry la..resepi Apple Pie ni aku baru belajar hari ni..so, inilah resepinya..Semoga berjaya mencuba!


Resepi Muffin & Coklet Homemade


Hai semua,

Alhamdulillah hari ni kerja buat coklet & baking muffin beransur surut. Coklet berjaya disiapkan dengan kuantiti yang dikehendaki, malah ada lebih lagi. Dalam 1500pcs. InsyaAllah kepada sesiapa yang datang kenduri di Rawang akan mendapat coklet sorang satu. Eh, sorang 2pcs coklet :) Majlis aku ni tak besar mana, tak mewah mana pun, tapi InsyaAllah majlis ni dapat mengeratkan siratulrahim antara kita.....eh, tetiba.






Sakit pinggang aku dok pulun buat 2 benda alah ni. Nasib baik ada Puan Emak, Encik Ayah, Si Budak Kecik dan Si Adik. Tak lupa jugak 2-3 orang kawan Si Budak Kecik yang banyak menolong. Kalau sorang-sorang, mahu bungkus jugaklah gayanya. Pengantin ke mana, coklet & muffin entah ke mana..hehe

Disebabkan dah berpuluh-puluh kali bancuhan muffin tu aku adunkan, makanya aku dah tak tengok langsung resepi muffin ni...huahuahua..sampai macam tu sekali perumpamaan. Ok, kali ni aku nak share resepi muffin yang aku dah pulun buat semenjak semalam & hari ni tu...

Here, we go :

225 gram Buttercup / Planta
225 gram Gula Icing / Gula Putih kasar dikisar halus
4 bijik Telur
Sedikit Serbuk Kulit Kayu Manis
1 sudu Asen Vanilla
225 gram Tepung Gandum (diayak)
1/2 sudu Soda Bicarbonat


cara -cara :
1. Pukul buttercup/planta, gula dan telur sampai kembang.
2. Masukkan serbuk kulit kayu manis, asen vanilla, tepung dan soda bicarbonat dan kacau rata kesemuanya biar sebati.
3. Masukkan 3/4 adunan ke dalam mangkuk kertas muffin.
4. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 175C



Ok, untuk part buat coklet pulak, sebenarnya bukan aku yang buat sangat. Yang PALING bekerja kuat adalah Puan Emak. Puan Emak yang bertungkus lumus menyiapkan dari awal sampai habis siap semua. Terharu ok, mak pengantin buat sendiri coklet tu..... (T_T). Ok, kat sini aku tepek sekali resepi coklet tu. Bukan resepi la..cara-cara nak buat :)


White Chocolate Compound (Beryl's Gourmet)
Milk Chocolate Compound (Beryl's Gourmet)
Pewarna Oil Base


cara-cara :

1. Cairkan White Chocolate (WC) pakai cara boiling.
2. Agak-agak WC dah mula nak mencair, angkat coklet tersebut.
3. Campur WC tu dengan Pewarna Oil Base warna yang korang nak.
4. Masukkan WC yang berwarna tadi ke dalam acuan. 1/2 daripada bekas acuan.
5. Repeat step 1 dan 2 untuk Milk Chocolate (MC) pulak.
6 Masukkan MC ke dalam acuan yang bawahnya diletakkan WC berwarna tadi.
7. Letak dalam cup & bungkus.

Senangkan? Ni resepi yang aku buatlah. Lain orang, lain caranya. Itu terpulang pada masing-masing punya cara...Yang penting, benda tu JADIK!

Ok, sekian saja rancangan masak-masak kita pada hari ini.

Selamat mencuba ye puan-puan.,




coklet homemade

Assalamualaikum semua..

Petang tadi aku baru je sampai Penang. Penat sungguh la travel kali ni. Padahal taklah merayap macam selalu-selalu tu. Cuma pergi wakaf Che' Yeh je pun. Mungkin faktor umur mempengaruhi kepenatan kot..wakaka. Buktinya? Dalam bas masa nak balik sini tadi mata aku asik tertutup je. Lalok giler macam kena bagi makan dadah..celik mata pun time makan je..bagus betul timing...hahaha  (-.-')

Sebelum balik sini tadi, pagi-pagi buta masa kat Kelantan tu aku dah dengar Fiza bangun. Nak tahu apa dia buat? Jeng jeng jeng.. Dia buat coklet handmade. Customer dia tempah 5 kotak. Giler minah tu. Sekarang dah jadik usahawan berjaya. Kagum betul aku tengok dia buat semua-semua tu. Tiba-tiba aku rasa macam tak nak balik Penang. Nak duduk Kelantan nak menuntut ilmu belajar buat coklet tu..hehe..boleh pulak macam tu kan.

Kalau korang tak caya, meh aku cerita dengan gambargajah sekali. mudah nak faham.

Ni la Fiza si putih tu. Sekarang ni dia tengah letak coklet putih kat acuan.
Sila abaikan tong gas kat belakang tu. takde kena mengena dengan cerita ni.


Ni macam tadi gak. Dia masukkan coklet putih kat acuan. Tapi yang bezanya ni acuan kecik sikit.
pastu tengah-tengah kaler creamy2 tu dia letak perisa hazelnut.
betul ke fiza? hehe



Ni coklet hitam..dia campur hazelnut
eh eh..tiba tiba rasa ada persamaan tang coklet hitam tu.. (-.-')


lepas coklet hitam tu dah agak separa keras, dia letak badam hancur kat tengah-tengah tu.
Dia tutup badam tu dengan coklet putih.


Ni la tempat sementara coklet dia nak keras.
Selain tu, peti ais sejuk beku diperlukan.


Dan.....


inilah hasilnya.......tara  (-.-")


DC & PU
DCUP pun boleh...huahuahua.. (-.-")
kenapa?     tak percaya?

Bahagian P tu aku dah masukkan dalam mulut...(-.-')



kalau siapa-siapa berminat nak tempah coklet untuk membuat hantaran ke, pape event ke,
bolehlah email kat dia fizzah@kk.usm.my





cantik kan?  terasa macam nak lagi(-.-')
  




p/s : psssst Fiza..amacam? boleh la kasi komesyen sedozen dua coklet..haha!



Ikan siakap masak stim

Sila jangan tukar blog atau buat-buat hairan dengan entry aku kali ni. Tidak perlu juga buat sapu-sapu mata atau buat-buat terkejut. Ini masih blog coklethitam yang dulu. Bukan blog mak-mak orang waima bukan juga blog resepi-resepi masakan. Blog kepunyaan chef wan juga bukan. Aku masih budak perempuan yang dulu. (ayat takde kena mengena langsung..hahaha)

Semalam semalam aku tiba-tiba teringin nak buat ikan siakap masak stim. Oleh itu, aku dengan rela hatinya cuba buat kali pertama menjalankan eksperimen ke atas ikan siakap tersebut. Perlu diingatkan, cara masakan aku masakan anak dara. Oleh itu, faham-fahamlah mana yang terkurang dan terlebih tu adalah normal. (ayat membela diri). Sila beri tunjuk ajarku sifu. Komen dan tunjuk ajar anda sangat berharga.  :)

Ok..tanpa membuang masa, jom layan aku nak try jadik macam chef wan kat dalam tv tu. (chef wan, tulun jangan saman saya, gaji saya ciput je..)

1) Ok dek non...Mula-mula, sediakan semua bahan-bahan seperti di bawah :

+ halia
+ bawang putih
+ cili api
+ daun sup
+ carrot
+ tomato
+ limau nipis
+ bawang besar
+ serai  --> oooh..lupa!
+ daun limau purut --> lupa jugak!
hahaha..nampaknya banyak benda lupa ni..haissssh

2) kemudian, lumurkan ikan siakap tadi dengan garam secukup rasa.
maknanya, kalau korang nak kurang masin (jaga kesihatan), silalah letak garam sedikit saja...dan jika korang nak masin (cepat dapat darah tinggi), silalah letak banyak sikit garam..

(sebelum tu..silalah basuh ikan tu bersih-bersih dulu..tapi, kalau tak mahu basuh pun takpe..aku tak kisah..hahaha)
(Ikan ni terpaksa dibelah dua sebab kekurangan ruang dan kapasiti)
3) dan kemudian, taburkan saja semua bahan-bahan tadi kat atas Encik ikan tu..dan kukuskan Encik ikan tadi sampai masak..dalam setengah jam dah ok kot........taraaaaaa
(sila perhatikan lampu merah tu. tu tandanya tengah masak..)

4) disebabkan aku buat 2x makan, satu lagi aku simpan dalam peti azimat.


5) Kalau korang macam tak yakin je dengan resepi ikan masak stim aku ni, korang silalah ke resepi ikan siakap masak stim ini. Nak lagi mantap? sila compare-kan dengan resepi ikan siakap masak stim ini..hahaha. kan aku dah bagitahu awal-awal tadi..ni kan masakan anak-anak dara..banyaklah yang kurangnya..kan kan kan kan.

Pape pun, kredit pada ketua chef aku : mak!
(Tiba-tiba rasa nak balik kampung..rindu masakan mak..haduyaiiii...)