Showing posts with label Our Solemnization. Show all posts
Showing posts with label Our Solemnization. Show all posts

Checklist Majlis Akad Nikah


Hai semua,

Seperti yang dijanjikan tadi, aku akan share checklist Majlis Akad Nikah yang aku gunakan hari tu. Untuk peringatan, checklist ni hanya untuk list aku sahaja. Maknanya, kalau korang rasa sesuatu benda tu macam tak perlu / nak tambah, itu atas korang dan itu terpulang pada individu. Ikut kemahuan & bajet masing-masing ok. Rasa nak tambah, boleh tambah. Kalau rasa nak pangkah, pun boleh jugak pangkah. I tak kesah nok!


Dokumen Penting
- Sijil Kursus kahwin
- Borang Ujian HIV
- Borang Permohonan Nikah
- Borang Kebenaran Nikah Luar daerah (Lelaki)
- Salinan IC
- Salinan IC Wali, 2 orang Saksi
- Gambar passport


Perempuan
- Duit Derma Kadi
- Duit Derma Saksi
- Kain Baju Nikah
- Upah Jahit baju Nikah
- Inner
- Tudung Nikah
- DIY Veil Nikah
- Anak tudung
- keronsang
- Bunga tangan
- Inai / henna
- Kasut
- Stokin nipis
- Bantal Nikah
- Kenduri Kesyukuran
- Photografer
- Videografer


Lelaki
- Alat Batal Air Sembahyang : Gelang tangan
- Duit Mas Kahwin
- Bekas Duit Mas Kahwin
- Gubahan dulang (Duit Mas Kahwin + Alat Batal Air Sembahyang)
- Kain Baju Nikah
- Upah Jahit Baju Melayu
- Sampin
- Songkok
- Aksesori : Keronsang Besar
- Stokin
- Singlet
- Butang Baju Melayu
- Kasut
- Inai / Henna
- Props Outdoor




.............hehehe





Majlis Akad Nikah


Hai semua,

Setelah aku bukak cerita pasal Majlis Khatam Al-Quran & Marhaban semalam, hari ni mari kita continue dengan Majlis Akad Nikah pulak. Seperti yang kalian semua tahu, Majlis Akad Nikah kami diadakan kat Masjid Bukit Sentosa pada 26 Nov selepas Asar, dalam pukul 5.00 ptg macam tu.


...............Lepas je aku naik Bilik Pengantin lepas Majlis Khatam Al-Quran & Marhaban tu, aku dok kehulu-kehilir tak tentu arah dalam bilik sorang-sorang. Semua kawan-kawan susah senang entah pergi mana ntah, aku pun tak sure. Rasanya diorang baru balik dari Tesco Rawang, carik bunga hidup yang tak jumpa-jumpa nak buat Hand Bouquet Nikah la kot? Makcik yang jual bunga hidup kat situ dah tutup kedai... Makcik, orang tengah emergency ni boleh pulak makcik bungkus kedai ye? haih. Hand Bouquet Nikah ni nanti aku cerita kemudian.

Tak lama lepas tu, Akak MUA pun datang. Muka macam nak kenal, tapi tak ingat kenal kat mana. Ok, takpelah kak. Asalkan akak make-up saya cantik-cantik, saya tadah muka. So, bermulalah acara mekap-memekap aku. Masa Majlis Akad Nikah ni, akak ni kata sesuai kalau aku gayakan make-up style natural. Aku ok saja. Yelah, dia-kan lebih expert drpd kita, so kita dengar sajalah cadangan bernas dia tu. Tapi time lepas make-up tu, semua kawan-kawan susah senang komen make-up masa tunang hari tu lagi cantik dari nikah ni. Ok, aku pasrah di situ. (T_T)

Time dah siap-siap make-up semua, tiba-tiba hujan turun. Mula-mula tu rintik-rintik, lepas tu macam nak lebat. Semua yang nak pergi Masjid terus siap-siap masuk kereta. Yang aku ni, time tulah baru nak menyesuaikan diri dalam pakaian nikah tu, nak bawak dokumen nikah bagai, nak jalan pakai heels, semualah time tu. Tulah, sebelum ni kau selalu pakai selipar jamban je kan, sekarang kau rasakan...HAHAHA. Nasib baik ada kawan susah senang masa tu. Dioranglah yang tolong bawakkan beg dokumen nikah aku, tolong pegangkan payung, bawakkan kereta, tolong aware-kan kain baju aku dari kena hujan, tunjukkan aku jalan tak kena lopak, semualah diorang...Terharu sangat!

Masa kitorang sampai Masjid, nampak family Cik Pu dah sampai dah. Masa tu, diorang maybe baru habis Solat Asar. Terus kitorang dibawa masuk Masjid kat saf lelaki. Oh, masa tu aku dah nampak ada sorang lagi pengantin yang akan dinikahkan. Dia pakai baju warna putih. Oh, nampaknya aku dapat kembar nikahlah gamaknya..HEHE. Nasib baik kami pakai tema pink, dapatlah bezakan kedua2 pengantin. (Alasan terbaik utk pakai pink..HEHE). Dan masa tu jugaklah aku nampak Cik Pu yang dah seminggu tak jumpa pakai samping warna pink..wow, you are so sweeeet abang! HEHEHE

Dalam pada kami duduk2 tu (aku dok usha2 pengantin lagi satu tu sebenarnya), tetiba macam terperasan - takde sorang pun yang angkut bantal nikah kami. Aku pun lupa dah pasal bantal nikah tu...haih. So, Cik Nina selaku pengapit menjalankan tugas pertamanya merempit menggunakan kereta balik rumah aku & dapatkan bantal nikah tersebut. Lepas beberapa minit baru kami dapat duduk atas bantal nikah yang empuk lagi lembut tu..Tulah gunanya usha-mengusha orang sebelah ye kawan-kawan...HEHE

Lepas settle semua, (belah pengantin yang lagi satu tu macam dokumen dia tak siap ke apa), kami pun di-khutbahkan bersama-sama. Dalam pada tu hujan lebat & kilat berdentum-dentum. Sampai ada 1 masa tu, kilat macam menyambar terus ke dalam Masjid & mengakibatkan pembesar suara dah tak berfungsi. Tapi nasib baik time tu lampu & kipas still ada, tak blackout. Kalau tak, mesti ada yang menjerit-jerit ketakutan kan? HAHA. Tok Kadi yang muda belia tu kata : mesti syaitan tak suka saya sampaikan nasihat ni, tu yang Allah panah kat sini tu.. :)

Lepas habis khutbah semua, akad nikah berlangsung. Time ni aku nampak Cik Pu macam berdebar-debar tak tentu arah..(sempat lagi jeling..HEHE). Dan Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada seorang suami yang bernama MOHD NAIM OTHMAN. Lepas habis akad semua, Cik Pu jumpa Encik Ayah. Tak pernah2 aku tengok Encik Ayah menangis, tiba-tiba dia menangis tersedu-sedu sambil bagi amanah kat Cik Pu. "Kau jaga Diyana macam Ayah dah jaga dia selama 25 tahun ni". Oh, terharu sangat. (T_T)

Lepas salam2 semua, ingat nak bergambar la hapa. Rupanya nan-hado. Masa tu dah nak maghrib dah, semua orang kalut nak balik. Aku sempat bergambar dengan Cik Pu & kawan-kawan Cik Pu je. Family aku, family belah Cik Pu semua dah disperse hilang entah ke mana. Kawan-kawan susah senang aku pun dah tunggu kat kereta, sebab takut aku kena hujan. (-_-')







...............to be continue...............................(Checklist Majlis Akad Nikah)




Majlis Khatam Al-Quran & Marhaban


Hai semua,

Hari ni aku agak berkelapangan sikit kerana Cik Pu kan takde kat rumah Rawang ni. So, bolehlah kita berjimba-jimba dalam blog CH ni..hehe. Ok, hari ni kita nak review dari mana dulu ye..? Hmm..apa kata kita review 1 by 1 dulu..? Baru teratur ye tak? Ok. Disebabkan kita nak bercerita dengan kadar yang teratur, aku bukak topik Majlis Khatam Al-Quran & Marhaban dululah ye.

Majlis Khatam Al-Quran & Marhaban ni hari Sabtu - 26 Nov, lepas Zohor dalam pukul 2.00 ptg gitu. Maknanya majlis ni sebelum Akad Nikah dijalankanlah. Khatam Al-Quran ni memang hajatnya datang drpd aku sendiri. Manakala Marhaban ni pulak Puan Emak yang nak sangat2. Mula-mula tu aku & Encik Ayah pun macam tak bersetuju sangat, tapi bila difikir-fikir balik, ok jugak kalau marhaban ni jalan sekali dengan Majlis Khatam Al-Quran. So, Exco tertinggi dah meluluskan, makanya marhaban pun ON. HAHAHA. Boleh pulak macam tu kan.

Masa nak Khatam Al-Quran tu, Allah sajalah yang tahu macam mana perasaan aku. Cuak, nak muntah, takut, tak lalu nak makan, semua ada. Tapi bila dah start baca surah lazim tu bergilir-gilir, Alhamdulillah semua perasaan tu beransur hilang. Ohh..ye. Masa majlis khatam Al-Quran ni bukan aku sorang je yang khatam, tapi kami bertiga. Aku, Puan Emak & Cik Ina kawan mengaji lama Puan Emak. Walaupun ada part2 yang macam kena tegur tu, aku relax jelah, sebab perasaan gabra tadi dah hilang.



Untuk Majlis Khatam Al-Quran ni aku dah siap-siap beli bunga telur kaler pink light2 50pcs. Tapi ingat ye kawan-kawan, korang tak perlulah beli sebanyak itu. Sebabnya? Oh, masa majlis khatam aku tu tak habis pun bunga telur 50pcs tu. Banyak lebihnya. Nasib baik aku tak tambah 100pcs ke kan..kalau tak, tak tahulah nak buat apa dengan bunga2 telur tu. Nak bagi orang, orang pun tak nak kot? (-_-')

Dan untuk majlis Khatam Al-Quran ni, aku recycle balik pakai baju & tudung tunang hari tu. Jimat dah, tak payah nak beli-beli baju lawa-lawa. Lagipun orang ramai mana pernah nampak aku pakai baju tunang tu lagi kan? Al-maklumlah, kami bertunang dulukan senyap-senyap dari kawan-kawan..NGEH NGEH NGEH. Dan yang pastinya less make-up. Aku just letak toner, krim muka, pelembab bibir, lipstik sikit, tu je. Eh, tu dikira make-up ke?


Lepas je habis surah lazim dibaca secara bergilir-gilir dengan mahraj & tajwid yang betul, aku terus naik bilik pengantin. Tak tunggu dah makcik-makcik ni bermarhaban ke apa. Nak bersiap-siap make-up untuk majlis selepasnya tu, Majlis Akad Nikah. Time ni berdebar-debar sangat. Tak tahu nak buat apa. Kehulu-kehilir tak tentu arah dibuatnya. Akak Make-Up Artist (MUA) pun tak datang lagi time ni...so, dup dap dup dap lah aku sorang-sorang.



To be continue..........


Teaser 3 benda DIY


Hai semua,

Nampaknya hari ni aku betul-betul produktif & efektif ye kawan-kawan. 3 entry tak sampai 24 jam aku tulis. Ok, just nak update 3 benda. Alhamdulillah setakat ni beberapa perkara bjalan smooth seperti yang diharapkan.

Tadi aku baru siapkan DIY Veil Nikah yang diidam-idamkan sejak dari beberapa hari ni. Beberapa hari? Ye, aku baru terperasan, yang aku tak masukkan veil ke dalam list DIY. Dan semenjak semalam-semalam aku bersemangat nak buat, dan Alhamdulillah dah siap hari ni. Cuma tinggal nak jahit tepi je. Tak jahit tepi pun takpe, tapi untuk precaution supaya kain tu tak tetas..huhu! Mintak-mintaklah kedai jahit bukak pagi-pagi buta esok. Bolehlah aku hantar sebelum aku gerak balik Rawang esok.




Hari Khamis baru-baru ni Canvas 3D yang Cik Pu tempah telah selamat sampai kat tangan aku. Tak pasal-pasal je ada canvas, padahal dalam list / perbincangan kami, langsung takde butir nak tempah canvas tu. Tapi cun jugak. Boleh tepek kat mana-mana. Hmmm..nanti aku nak tepek kat mana ye? Tungggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....




Last but not least, ada lagi satu DIY yang tak siap lagi. (mungkin satu la kot?) Benda ni memang dari dulu aku dok terfikir-fikir nak buat. Barang pun dah beli. Cuma perlaksanaan je yang kurang jalan sikit. Mulanya nak state pada idea asal je, tapi Cik Pu ubah soh letak canvas 3D tu pulak. Nak taknak terpaksa jugaklah aku tunggu canvas 3D dia tu sampai. Last-last ukur punya ukur, tak masuk dengan benda alah tu. So Cik Pu terpaksalah padamkan hasratnya itu...kehkehkeh...Gembira sebab idea asal aku berjaya dikekalkan...




Ok, setakat ni tu je update yang ada.

Esok aku dah mula bercuti selama 2 minggu dan akan berangkat ke Rawang.

Dup dap dup dap



DIY Veil Nikah


Salam semua,

Pheeeeuw...lagi 7 hari je lagi ke saat yang mendebarkan. Tiba-tiba rasa cuak sorang-sorang lepas baca blog B2B yang suka-suka DIY ni. Haih...macam mana aku boleh terlupa pasal veil ni? Semalam-semalam tak tahu apa punya mimpi, balik kerja terus bgegas ke Kailan carik net / chiffon. Woi makcik, sempat ke? (-_-')

Aku tak tahulah sempat ke tak. Dah 2 malam aku bkerja keras buat benda alah tu..haih. Kejap design macam ni, kejap design macam tu. Nilah payahnya bila orang macam aku ni. Banyak idea, tapi bila nak laksanakan, hampeh je hasilnya..cis! Ni terpengaruh punya pasallah ni...haih!

Mula-mula hajat dihati teringin sangat nak pakai selendang + veil macam ni :





Tapi, bila aku try pakai kat rumah, hasinya hampeh. Tak sesuai dengan muka aku. So, kena tukar ke Plan B (walaupun Plan B tak pernah wujud..haha). Dalam keadaan macam ni, tenaga otak kena kerah bekerja banyak sikit..baru terasa berguna sikit...kekeke

Then, search2 lagi kat google & blog2 B2B yang kreatif2 buat veil ni. Jumpa sorang akak Lijah ni. Nampak simple, tapi cantik & exclusive sangat. Aku suka, tapi tak tahulah bila kena kat muka aku nnti macam mana. Sesuai ke tak? sob sob sob *nangis sekarang*







Atau cerita sedihnya, aku kena berserah pada Butik Pengantin je nanti? haih.

Kawan-kawan, doakan yang terbaik ye untuk saya & Cik Pu :)




Gambar Kad Nikah


Hai semua,

Semalam aku shortlist-kan apa yang kena buat sebelum balik cuti ni. Antara senarai yang masuk list adalah gambar untuk Akad Nikah. Mula-mula tu aku konfius jugak. Diorang nak gambar ke tak ni? Gendut si member aku tu pesan kena ada banyak gambar. Tapi Tok Kadi yang hari tu aku jumpa kat Masjid Bukit Sentosa tu relax je, tak cakap apa pun...haih..konfius konfius. Ke ikut negeri?

Makanya, bila difikir-fikirkan balik, lebih baik aku prepare awal-awal. takut last minit dia mintak nanti, gambar pasport mana pulak yang aku nak tibai kan. So, aku pun teringat. Masa dulu ada photografer kat tempat aku kerja ni pernah amik gambar passport staf sorang-sorang. Cik Pu kan dok sebelah je dengan ofis dia, makanya mintak sajalah softcopy, nnti aku cuci kat luar/Cik Pu cucikan. Tak payah shoot banyak2 kali. Sonang cheghito den! Jimat pun jimat!

Bila Cik Pu dah berjaya amik, dia emailkan kat aku. Last-last aku fikir, tak jadilah pakai gambar passport tu. Banyak sangat perubahan kot.....huahuahua!


Kenapa?



Tak percaya?



Ok, Jom tengok ---------






(siap ada double chin lagi tu...hehe)



Aku reply email Cik Pu balik...

Aku : hahahahahahahahaha....takmau la......gambar ni gemuk! hahahahahahaha
Cik Pu : Gmbr ni la sy mula-mula kenai kamu yg gelak2 tu...hahaha

Cis!



Oh...patutlah time ni semua orang tegur aku dah berisi la, apa la...Ingatkan depa main-main je....hahaha!



Berkampung


Hai semua,

Semalam Puan Emak & Encik Ayah sibuk gila meyiapkan juadah untuk nak jamu orang datang berkampung kat rumah. Buat lemang, rendang, soto...nyum nyum nyum..banyak betul makanan. (tiba-tiba terasa lapar). Aku & Si Budak Kecik hanya dapat dengar suara jelah. Nak tolong, jauh sangat.

Lepas habis berkampung tu, Encik Ayah telefon. Time tu aku dengan Si Kecik tengah mamai-mamai nak ke alam lain dah, dalam pukul 12.30 pagi. Dalam mamai-mamai tu, sempat aku tanya macam mana, apa yg dibincangkan, update aku apa aku dah beli, apa aku dah buat, dll.

Berkampung? Ohh..berkampung masa ni bukan untuk pre-masak-masak ke apa. Ni just duduk2 bermesyuarat sesama jiran tetangga. Bincang apa nak buat semua. Bahagi-bahagikan tugas. Tentatif program, menu makanan dll. Kesimpulannya, hal2 orang tua la...(hehe)

Sejujurnya, aku cuak...lagi berapa hari je lagi ni :)

Tapi, mood cuak tu terpaksa di mute-kan. Petang ni aku ada kelas Amali JIB116.

Ok, kat sini aku tempek tentatif 2 hari 1 malam kenduri aku tu ye :)


Sabtu, 26 Nov 2011

Lepas Zohor : Marhaban, Bacaan Yassin, Khatam Al-Quran (rumah)
Lepas Asar : Nikah (masjid)
Lepas Isyak : Bacaan doa selamat & Malam Berinai (rumah)


Ahad, 27 Nov 2011

Jemputan : 12.00 - 4.00 pm
Lepas Zohor (~2.00pm) : Bersanding
Lepas ~5.00pm : Outdoor photoshoot (Golf Resort? maybe?)




Kepada kawan-kawan yang still tak dapat kad kawen kami lagi, jangan malu jangan segan bagitahu kami ye..takut-takut kami terlupa..Almaklumlah..B2B ni memang banyak benda nak kena ingat, nak kena settle-kan...Tapi, aku banyak yang lupa...hehe!

Pape pun, doakan kami semoga selamat semuanya...bahagia dunia & akhirat, InsyaAllah.





Baju Nikah


As salam & hai semua,

Hari ni terasa excited sangat sebab Kak Marni Si Tukang Tailor dah call petang tadi. Dia bagitahu baju nikah dah siap! Yahuuu..Berkobar-kobar aku nak tengok. Sebab baju nikah ni actually ada kisah silam dia.

Kisah silamlah sangat..HUAHUAHUA

Ok ok..serius..Ini serius! Kain dia aku beli kat Bandung masa Bulan 3 hari tu. (ye, travel Bandung tu sampai sekarang aku tak cerita-cerita kan? :P) Actually design baju nikah ni siap dulu sebelum aku beli kain dia. Plan asal adalah nak hantar kain tu ke kawan mak aku, which is Cik Idah. Cik Idah ni adalah Si Tukang Tailor baju-baju kami adik-beradik daripada kami kecik sampailah besar. Bila family aku pindah ke Bukit Beruntung pun, still contact dia nak tempah baju. Padahal Cik Idah duduk kat Ampang. Punyalah jauh sampai takde orang boleh gantikan?

Then, bila aku dah siap beli kain semua, aku call Cik Idah balik. Time ni kenapa ntah, ooooh..ya, time ni time raya. Dia cakap dia cuti seminggu lepas raya tu. Haih, macam mana pulak la kan. Aku kan duduk Penang, susah la pulak nak ulang alik semata-mata nak tempah baju nikah je. Masa lagi, kos lagi. Then, atas cadangan Puan emak, dia sarankan aku tempah je kat sini, yakni Penang :)

Survey punya survey. Tanya sorang budak Lab yang biasa tempah baju kat sini. Nurul nama dia. Nurul ni pun sama status macam aku. Bakal Pengantin..Eh eh, tapi dia dah nikah, tunggu kenduri je Bulan 12 ni. Ye, dialah orang yang mengesyorkan kat aku supaya pergi tempah baju nikah kat Kompleks Dato' Kailan, Kepala Batas - kedai jahit kak Marni.

Disebabkan aku dah ada sketch2 baju nikah yang Cik Idah tu lukis, aku terus suakan sketch tu ke kak Marni. Kak Marni selaku pakar jahit menjahit ni terus lakar ke buku dia. Nasib baik sketch baju nikah tu aku dah siap-siap tampal kat Buku Kahwin aku. So, takdelah kes hilang kertas tu :)

Petang tadi, balik kerja aku terus pecut naik kereta pergi menuju ke Kailan, amik baju. Sampai je Kedai kak Marni, aku tengok baju nikah aku tu tergantung elok je kat patung depan kedai dia..sangat terkejut & sangat teruja. Terus mintak try..gelojoh wooo..HAHAHA..Dan kosnya hanyalah RM 100...berbaloikan? (Ke aku sorang je rasa berbaloi?)

Balik je rumah, aku try2 lagi. Siap suruh Si Budak Kecik tu pakai & try supaya aku nampak orang lain yang pakai dan aku boleh komen..HAHAHA..Terasa kejam ok..kejam! Dan dia as usual, perkenankan saja perintah aku tu..(paksa rela) HEHEHE..Dapat je tahu kat Cik Pu yang aku dah dapat baju nikah, terus dia kata nak datang rumah & tengok aku pakai baju tu..lagilah gelojoh mamat tu..HAHAHA


So, dah bersedia nak tengok-tengok baju nikah tu? JOM!




Ok, sila abaikan peti ais tu :P




List Bulan 10


As salam & Hai semua,

Terima kasih ye kawan-kawan kerana masih melekat lagi kat Blog CH ni walaupun kadang-kadang isinya hampeh & langsung bukan ilmiah. waHAHAHA. Kalau nak baca bahan ilmiah totally bukan di sini ye kawan-kawan. Kawan-kawan boleh carik di perpustakaan. HAHA. Blog ni memang khas aku buat untuk merapu dan meraban. Kalau agak-agak masih boleh layan, silakan teruskan. Aku lagi suka. Selain tu, jangan lupa klik iklan ye kawan-kawan..(HAHA. ayat last ni yang penting sebenarnya..)


Ok. Kan aku dah cakap, totally merapu.

Cuak sebenarnya ni. Lagi 38 hari je lagi. phew! Tak lama dah, padahal ada macam-macam benda tak buat lagi. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan dunia & akhirat kami..

Tanpa membuang masa lagi, mari kita semak-semak apa yang nak kena beli / buat lagi :

BELI
1. Baju Melayu Ayah & Afiq
2. Baju Nikah aku
3. Spa
4. Stem
5. Kek Kahwin
6. Bunga hidup
7. Aromaterapi
8. Hantaran sireh
9. Coklat sahaja - Hantaran
10. Barang-barang Coklat Homemade
11. Barang-barang Muffin
12. Gula-gula lolipop

DIY
1. Bantal
2. Cuci gambar 16 keping
3. Papan tanda Guestbook & take one
4. Centerpiece
5. Lipat2 kad kahwin


Ok, mari kita tengok Checklist untuk Cik Pu pulak. Biar dia berdebar-debar & berkobar-kobar nak padam list yang tak patut tinggal tu..HEHE

1. Beli Gelang
2. Sediakan Mas kahwin
3. Beli Al-Quran
4. Design Banner & Streamers
5. Design Guestbook
6. Kotak doorgift 150 pcs
7. Deko 7 hantaran
8. Amik Baju Nikah
9. Beli lens
10. Dan lain-lain yang aku tak dapat fikir buat masa sekarang ni..HEHE


Aku dah buat kira-kira dah. Perbelanjaan yang aku akan buat untuk gaji ni berkemungkinan besar akan melebihi ke tahap maksima petala ke lapan. Oleh itu, aku bercadang untuk menggunakan DANA KE2 untuk tampung mana2 perbelanjaan yang tak cukup. DANA KE2? Mana aku dapat?



Cik Pu





HUAHUAHUA..boleh kan abang?



Borang Kebenaran Nikah (BKN)


As salam & Hai semua,

Untuk malam ni mari kita berbicara pasal Borang Kebenaran Nikah (BKN) ye kawan-kawan. Sebenarnya ada cerita tak diduga yang aku nak ceritakan tentang BKN ni ye kawan-kawan. So, untuk cerita yang tak diduga itu kawan-kawan, mari kita hold utk beberapa minit, dan kita semak dulu apa prosedur yang perlu dilakukan untuk nak siapkan BKN ni ye kawan-kawan.

(...berapa kali banyak kawan-kawan daaa...)

Untuk nak siapkan BKN ni bukan suka-suka hati je ye kawan-kawan. Ni kena melalui kategori korang sendiri. Tengok dulu korang kategori yg mana, then baru ikut flow by flow. Kategori-kategorinya adalah :

Kategori 1
Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di Negeri yang sama. (Contoh: Lelaki dan perempuan dari Kuala Lumpur dan akan bernikah di Kuala Lumpur)

Kategori 2
Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri tempat perempuan.
(Contoh: Lelaki dari Alor Setar, perempuan dari Selangor dan akan bernikah di Selangor)

Kategori 3
Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang lain.
(Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Selangor)

Kategori 4
Berkahwin dengan warga asing.


Ok. Setelah anda kenalpasti dimana kategori anda, kita tengok pulak apa prosedur yang kita kena buat. Kalau macam aku, offcross la kategori 2 kan. Takkan kategori 4 pulak..keh keh keh. (yang lain-lain kategori korang boleh tengok http://www.alshahir.com.my/wp-content/uploads/2011/01/Prosedur-Perkahwinan-Islam-di-Malaysia.pdf)

Kalau kes aku, prosedur dia macam ni:

1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau
berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang
untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan anak kariah / pengesahan bujang dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
4. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon
‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
5. Pihak perempuan akan mengisi borang.
6. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
7. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
8. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
9. Hantar borang ke Pejabat Agama.
10. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.

Ok. Settle.




Tapi.....................................................................................

Bagi aku, lain pulak jadinya. Tulah yang dikatakan "Kita hanya merancang, Allah jualah yang menentukan" ye kawan-kawan.

Hari Jumaat Sabtu Ahad semalam-semalam ni, aku, Cik Pu, Budak Kecik & sepupu aku balik Rawang. Hajat kitorang balik nak settlekan apa yang patutlah. Benda PALING utama sekali adalah nak settlekan BKN belah aku. Memandangkan belah lelaki semua dah settle dengan jayanya, maka tinggallah part pompuan sahaja.

Sebelum terlupa, aku dok beria-beria ingatkan Cik Pu. Jangan lupa bawak BKN belah lelaki. Sampai hari nak gerak ke Rawang tu pun aku still ingatkan Cik Pu lagi. Takut jugak kalau-kalau dia terlupa. Benda macam ni mana boleh kira kan. Encik Ayah dah siap pesan awal-awal, kita akan jumpa Jurunikah/Tok Kadi Sabtu lepas Zohor. Siap dengan 2 orang saksi yg dia dah panggil sekali. Ok, no hal punya!

Alhamdulillah, kami sampai Rawang dalam pukul 12.30 malam Jumaat tu jugak. Malam tu, walaupun penat, taklah tidur awal sangat, asyik dok berborak dengan Puan Emak. Macam-macam kami borakkan. Semua bab kot? Termasuklah gossip-gossip panas..kih kih kih

Keesokkan paginya, Encik ayah ajak Cik Pu pergi pasar. Pergilah 2 orang tu ke pasar beli apa ntah? Ikan Udang Sayur kot? Aku tak amik kisah pun. HAHAHA. Time-time diorang pergi tu, aku bajet nak tengok-tengok balik BKN aku, nak semak-semak apa yang patutlah kan. Rasanya ada benda yang tak siap isi lagi ni. Ok, mari kita semak.

Masa nak pergi amik BKN tu, tiba-tiba dada aku berkoncang laju. Rasa macam nak pitam. Soklan pertama kat kepala hotak aku: Borang Nikah? Ada bawak ke?

Rasa macam nak menangis pun ada. Terus lari kat Puan Emak. Cerita kat dia semua2. Terbenti Puan Emak dari siang ayam. Terkejut dengan aku. Resah, gelisah, gelabah semua G ada. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku masa tu. Lagi-lagi Encik Ayah yang SANGAT garang. Kang tak pasal-pasal ada yang kena maki ni kang. Aku tak tahu nak buat macam mana dah. Puan Emak suruh aku rehat-rehat, memandangkan muka aku dah pucat lesi tambah tak cukup rehat baru balik semalam kan.

Balik je Encik Ayah & Cik Pu dari pasar, terus aku masej Cik Pu. "Abg, Borang Nikah tertinggal..huhu..Jangan bising2, nanti Ayah marah". Pandai pulak ko suruh jangan bising2 kan. HAHAHA. Tetiba dapat idea pergi Masjid jumpa Tok Kadi jap. Nak bagitahu apa yang patutlah kununnya. Masa ni aku menipu dengan Encik Ayah, aku kata nak pergi kedai jap, beli barang. Dia siap pesan topup RM5 lagi. HUAHUAHUA

Dipendekkan cerita, pergi Masjid, memanglah Tok kadi takde, sebab Encik ayah dah buat appoinment. haih. Amik no. phone Tok Kadi tu then bagitahu hal sebenar. Dia kata ok, no worries. Kita settlekan mana yang ada dulu. Lepas Zohor tu just proceed sign saksi-saksi je dulu. Yang dokumen2 sokongan tu courier nanti. Alhamdulillah, nasib baik Tok Kadi tu faham & agak sporting & muda. So, masa tu hanya settlekan mana yang ada je dulu. Borang2 pun pakai yang Tok Kadi tu punya. Nasib baik dia ada lebih borang. Mana-mana yang tak cukup tu just topup BKN aku yg tertinggal tu. Haih!

Muka Encik Ayah? Tak payah cakaplah. All the times macam nak marah je. HUAHUAHUA. Tapi apa boleh buat? Benda nak jadi kan..

Bak kata Tok kadi tu, dugaaaaaan..

ngeh ngeh ngeh!


Hantaran kahwin


Hai semua,

Kepada kawan-kawan yang selalu baca blog CH ni mesti dah tahu hantaran untuk pihak lelaki aku DIY sendiri kan. So, Alhamdulillah most of the deko untuk hantaran tu dah siap. Tinggal satu bakul je lagi berbaki - sirih junjung. Yang ni memang aku saja tinggalkan untuk siapkan hari kemudian.. (padahal sebenarnya aku takde idea lagi macam mana nak deko & padankan dengan hantaran yang lain..hehe).

Sebelum tu, jom kita bukak checklist untuk hantaran dulu.

Pihak Perempuan :

1) Sireh
2) Buku Agama (-dan mungkin akan tambah Sejadah)
3) Jam tangan
4) Set perfume
5) Kasut
6) Kemeja + Slack + Tie
7) Belt + Wallet
8) Lens Kamera
9) Kek / Coklet / Buah / Manisan

Pihak Lelaki :

1) Sireh
2) Telekung
3) Jam tangan
4) Handbag + Kasut
5) Sepasang baju kurung + tudung
6) Set perfume
7) Kek / Coklet / Buah / Manisan

Untuk Nikah:

1) Mas Kahwin
2) Senaskah Al-Quran
3) Batal air sembahyang : Gelang Emas (....InsyaAllah...)


Untuk deko hantaran pihak aku, aku nak simple but nice. Dalam erti kata lain, sedap mata memandang. Simple sangat pun tak jugak. Kang simple sangat makcik-makcik Joyah semua tak puas hati pulak..hehe..Fikir punya fikir, dapatlah idea buat macam ni :


So, hantaran belah aku dah settle sikit-sikit. Manakala hantaran belah Cik Pu, macam biasa, relax2 dulu, nanti last minit baru dia siapkan..haih! Ni yang slalu jadi modal nak bergaduh siang malam ni. Dia macam biasalah, ikut style relax-relax dia. Last minit nanti baru kelam kabut. Aku pulak jenis semua nak settlekan cepat-cepat, tak suka kelam kabut. Bak kata Gendut, perkara macam ni semua biasa. Kebanyakkan lelaki memang ambil remeh bab-bab macam ni.. (-_-')

Ok, aku redha.



95 hari lagi

Assalamualaikum wbt & hai semua,

Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu. Tup tup tak sampai 100 hari je lagi menjelangnya tarikh nikah & akan sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Sekejap je kan? Rasanya hari tu baru je habis belajar form 5, rupa-rupanya dah bertahun. Haih. Macam tak percaya pun ye. Macam tak layak pun ada (perasan muda lagi..hehe)

Ok. masuk hari ni, 95 hari lagi have to go. Sekejap je kan? takut kan? Excited kan? Macam-macam ada. Perasaan tak percaya pun still ada..hehe! So, setakat ni Alhamdulillah dah beberapa benda & items yang aku, Cik Pu & kedua belah family settlekan. Tapi of course still ada beberapa lagi yang masih belum.

1) Pindah rumah.

Ye, alhamdulillah sabtu & ahad yg lepas kami dah berjaya pindah rumah dengan jayanya. Semua barang telah diposkan ke rumah baru. Kami gunakan perkhidmatan Pakcik Ismail. Nasib baik aku ada seorang hero gagah perkasa lagi handsome. (ok, sila muntah sekarang..hehe). Dalam kes ni, Cik Pu lah yang banyak membantu. Dari kemas rumah, mop lantai, basuh toilet, cuci cermin kat dalam toilet, angkat barang, beli tong gas, beli solek punyalah banyak dan lain-lain lagi.

Harapnya lepas sah jadi suami nanti lagilah rajin ye Cik abang!

2) Barang-barang hantaran

Minggu lepas jugak adalah minggu dimana kami amatlah sangat yang amat sibuk. Kenapa ye? Kami pulun beli mana-mana barang hantaran yang tak cukup lagi. Cik Pu beli kasut, perfume, tie dalam kadar diskaun dan voucher yang melampau-lampau murahnya. Manakala aku pun tak boleh nak kalah dengan Cik Pu, beli jugak. hehe. Aku beli perfume dan jam tangan couple, tapi guna duit Cik Pu. Dan tak lupa juga kena bayar dengan bunga :( Langsam semua duit kami ye kawan-kawan. Lauk berbuka & sahur haruslah kais pagi makan pagi kais malam makan malam..hehe.

Cuma sekarang ni yang tinggal hanyalah :

Cik Pu : Sireh, Lens Kamera, Kek/coklet/buah
Aku : Sireh, Dress + tudung, Kek/coklet/buah

Dan dalam beberapa hari atau jam daripada sekarang, mungkin list bagi dress + tudung tu akan hilang dari pandangan ye kawan-kawan. hehe. Aku nak kena carik jugak dalam minggu ni, mungkin boleh dapat diskaun raya kan. Cuma list nanti akan tinggal barang-barang yang takkan dapat offer masa raya jelah, cth : lens kamera. Bernas tak idea kami? Membeli banyak barang time sale (-_-')

3) Gubahan hantaran

Ni pun part paling kritikal jugak ni. Pening kepala memikirkannya. Macam mana nak buat? Buat sendiri ke? Nak upah orang buat ke? Atau nak sewa je? Last-last aku decide untuk beli barang-barang kat A tu Z sendiri. Then mintak tolong dia ubah & buat 1 contoh mengikut citarasa aku. Then...tara....siap! Macam gubahan sireh masa tunang hari tu pun macam tu jugak aku buat. Idea Niena & aku then mintak dia gubahkan sikit. Puas hati pun puas!

4) Pre wedding Photo

Ni lagi pening..haha! Walaupun Cik Pu seorang photografer, tapi bila part2 tangkap gambar nilah yang paling bermasalah. Diakan pengantin..takkanlah dia nak tangkap sendiri? Nak mintak kawan-kawan..hmm..hubungan kami kan special sikit. Kebanyakan kawan-kawan pun tak tahu yang kami ni dah nak kawen. Haih. Kalau yang tahu pun, buat-buat tak tahu. Macam mana?

(-_-')

Alhamdulillah. Part pre wedding ni kami berjaya dapat seorang photografer dari Kedah. Abang Nazri Ahmad. (http://www.nazriahmad.net/). Ni Cik Pu yang carik. Aku tak pandai sangat nak nilai bab-bab ni. Kita serahkan saja pada yang pakar..Kurang sikit kerja..kih kih kih.

Lepas raya dah book appointment dengan Abang Nazri. Kitorang akan jumpa kat area Kulim - 10 September 2011. Nak bincang apa yang patut dulu sebelum pergi shoot. Ok, setakat ni settle. Kita tunggu lepas raya pulak.

5) Bekas Mas Kahwin

Kami nak buat kelainan sikit dalam bab ni. Kalau selalu kita tengok orang dok bagi mas kahwin dalam album / frame kan. Sekarang ni kami tak nak buat macam tu..no! no! no! Kami nak letak dalam 1 bekas yang comel-comel then ada memorable values skit kat situ.. Buat masa sekarang ni biarkanlah idea ni tergantung kat sini. Lain kali aku post siap gambar sekali ye?

6) Kelengkapan rumah
Setakat ni Alhamdulillah. Barang-barang dalam rumah semakin hari semakin lengkap. Kalau ada yang tak lengkap pun InsyaAllah akan diusahakan sedikit demi sedikit. Tengahari tadi tv dah selamat sampai dan menjadi sebahagian dari isi rumah kami. Tapi masih belum guna sebab Cik Pu kata kena guna 'ariel'. Ceh, aku ingatkan bila dah beli tv yang "agak mahal" ni tak payah dah pakai antena-antena ni..rupa-rupanya nan-hado. Kena tunggu kahwin dulu la baru merasa Astro. (Aku kan kedekut dalam bab2 ni, so tunggu Cik Pu pasang..hehe)

Dan ye..sebelum kahwin lagi kami dah masukkan agenda "selepas kahwin" dalam budget & list kami. Kami taknak kahwin sehari dua then hidup selepas kahwin takde. So, kami prepare siap-siap daripada sekarang. Nanti takdelah kelam-kabut sangat. Dan yang paling penting, taklah sesak sangat...kan? hehe


Ok, buat masa ni tu je. Lain kali aku update lagi ye!