95 hari lagi

Assalamualaikum wbt & hai semua,

Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu. Tup tup tak sampai 100 hari je lagi menjelangnya tarikh nikah & akan sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Sekejap je kan? Rasanya hari tu baru je habis belajar form 5, rupa-rupanya dah bertahun. Haih. Macam tak percaya pun ye. Macam tak layak pun ada (perasan muda lagi..hehe)

Ok. masuk hari ni, 95 hari lagi have to go. Sekejap je kan? takut kan? Excited kan? Macam-macam ada. Perasaan tak percaya pun still ada..hehe! So, setakat ni Alhamdulillah dah beberapa benda & items yang aku, Cik Pu & kedua belah family settlekan. Tapi of course still ada beberapa lagi yang masih belum.

1) Pindah rumah.

Ye, alhamdulillah sabtu & ahad yg lepas kami dah berjaya pindah rumah dengan jayanya. Semua barang telah diposkan ke rumah baru. Kami gunakan perkhidmatan Pakcik Ismail. Nasib baik aku ada seorang hero gagah perkasa lagi handsome. (ok, sila muntah sekarang..hehe). Dalam kes ni, Cik Pu lah yang banyak membantu. Dari kemas rumah, mop lantai, basuh toilet, cuci cermin kat dalam toilet, angkat barang, beli tong gas, beli solek punyalah banyak dan lain-lain lagi.

Harapnya lepas sah jadi suami nanti lagilah rajin ye Cik abang!

2) Barang-barang hantaran

Minggu lepas jugak adalah minggu dimana kami amatlah sangat yang amat sibuk. Kenapa ye? Kami pulun beli mana-mana barang hantaran yang tak cukup lagi. Cik Pu beli kasut, perfume, tie dalam kadar diskaun dan voucher yang melampau-lampau murahnya. Manakala aku pun tak boleh nak kalah dengan Cik Pu, beli jugak. hehe. Aku beli perfume dan jam tangan couple, tapi guna duit Cik Pu. Dan tak lupa juga kena bayar dengan bunga :( Langsam semua duit kami ye kawan-kawan. Lauk berbuka & sahur haruslah kais pagi makan pagi kais malam makan malam..hehe.

Cuma sekarang ni yang tinggal hanyalah :

Cik Pu : Sireh, Lens Kamera, Kek/coklet/buah
Aku : Sireh, Dress + tudung, Kek/coklet/buah

Dan dalam beberapa hari atau jam daripada sekarang, mungkin list bagi dress + tudung tu akan hilang dari pandangan ye kawan-kawan. hehe. Aku nak kena carik jugak dalam minggu ni, mungkin boleh dapat diskaun raya kan. Cuma list nanti akan tinggal barang-barang yang takkan dapat offer masa raya jelah, cth : lens kamera. Bernas tak idea kami? Membeli banyak barang time sale (-_-')

3) Gubahan hantaran

Ni pun part paling kritikal jugak ni. Pening kepala memikirkannya. Macam mana nak buat? Buat sendiri ke? Nak upah orang buat ke? Atau nak sewa je? Last-last aku decide untuk beli barang-barang kat A tu Z sendiri. Then mintak tolong dia ubah & buat 1 contoh mengikut citarasa aku. Then...tara....siap! Macam gubahan sireh masa tunang hari tu pun macam tu jugak aku buat. Idea Niena & aku then mintak dia gubahkan sikit. Puas hati pun puas!

4) Pre wedding Photo

Ni lagi pening..haha! Walaupun Cik Pu seorang photografer, tapi bila part2 tangkap gambar nilah yang paling bermasalah. Diakan pengantin..takkanlah dia nak tangkap sendiri? Nak mintak kawan-kawan..hmm..hubungan kami kan special sikit. Kebanyakan kawan-kawan pun tak tahu yang kami ni dah nak kawen. Haih. Kalau yang tahu pun, buat-buat tak tahu. Macam mana?

(-_-')

Alhamdulillah. Part pre wedding ni kami berjaya dapat seorang photografer dari Kedah. Abang Nazri Ahmad. (http://www.nazriahmad.net/). Ni Cik Pu yang carik. Aku tak pandai sangat nak nilai bab-bab ni. Kita serahkan saja pada yang pakar..Kurang sikit kerja..kih kih kih.

Lepas raya dah book appointment dengan Abang Nazri. Kitorang akan jumpa kat area Kulim - 10 September 2011. Nak bincang apa yang patut dulu sebelum pergi shoot. Ok, setakat ni settle. Kita tunggu lepas raya pulak.

5) Bekas Mas Kahwin

Kami nak buat kelainan sikit dalam bab ni. Kalau selalu kita tengok orang dok bagi mas kahwin dalam album / frame kan. Sekarang ni kami tak nak buat macam tu..no! no! no! Kami nak letak dalam 1 bekas yang comel-comel then ada memorable values skit kat situ.. Buat masa sekarang ni biarkanlah idea ni tergantung kat sini. Lain kali aku post siap gambar sekali ye?

6) Kelengkapan rumah
Setakat ni Alhamdulillah. Barang-barang dalam rumah semakin hari semakin lengkap. Kalau ada yang tak lengkap pun InsyaAllah akan diusahakan sedikit demi sedikit. Tengahari tadi tv dah selamat sampai dan menjadi sebahagian dari isi rumah kami. Tapi masih belum guna sebab Cik Pu kata kena guna 'ariel'. Ceh, aku ingatkan bila dah beli tv yang "agak mahal" ni tak payah dah pakai antena-antena ni..rupa-rupanya nan-hado. Kena tunggu kahwin dulu la baru merasa Astro. (Aku kan kedekut dalam bab2 ni, so tunggu Cik Pu pasang..hehe)

Dan ye..sebelum kahwin lagi kami dah masukkan agenda "selepas kahwin" dalam budget & list kami. Kami taknak kahwin sehari dua then hidup selepas kahwin takde. So, kami prepare siap-siap daripada sekarang. Nanti takdelah kelam-kabut sangat. Dan yang paling penting, taklah sesak sangat...kan? hehe


Ok, buat masa ni tu je. Lain kali aku update lagi ye!


1 comment:

niEna sHaLim said...

good planner !!! =)