Almari baju

Assalamualaikum wbt & hai semua,

Amacam dah masuk hari ke 24 puasa? steady lagi ke? hehe. Berbalik pada tajuk entry aku kali ni, aku nak bercerita pasal almari baju yang aku sedang let-go-kan. Kalau ikutkan hati memang sayang gila nak jual kat orang. Banyak kenangan dan jasa almari tu kat aku. Time simpan-simpan baju banyak, time mekap lagi, semua kami buat bersama. Tapi memandangkan keadaan rumah sewa baru yang tak mengizinkan, so aku kena buat keputusan drastik dan berhemah.

Sebenarnya bukan tak mengizinkan apa pun. Ayat nak bombastik je! haha. Almari tu tak boleh nak naik sebab tangga rumah sewa tu sempit & kecik sangat. Haih. Mula-mula tu tak puas hati jugak la bila Cik Pu & Anak Pakcik Ismail si tukang angkat barang tu cakap tak muat. Aku pun ajak (*paksa..hehe) Cik Pu & Si Budak kecik angkat sekali lagi & acu samada lepas ke tak nak bawak almari tu naik atas. See..degilkan? Orang dah cakap x muat, ko nak try jugak. (-_-') Last-last memang tak muat pun. (-_-') Yang aku dapat hanyalah kesan calar kat almari baju tu. haih!

Pastu Cik Pu bagi choice samada aku still nak simpan almari tu atau let go kat orang. Kalau still nak simpan jugak, kena letak bawah which is bawah tu area dapur + ruang tamu aku..haissh! takmau! takmau! semak! Then, aku fikir, better jual sajalah Labu...Datang Lab, aku tanya Labmate aku. Then Si Khairul cakap maybe Ah Foo nak beli untuk Bilik Ke 2 dia..Ko baca betul-betul ye, bilik ke-2! (Fuhh..Aku bilik utama pun tak lengkap, ni kan pulak Bilik ke-2).

Lepas discuss dengan Ah Foo, dia setuju. Aku letak harga RM150, boleh nego punya. Dia nego RM125. Ok, aku bagi RM120 saja. Nak bayar bila-bila pun boleh. Siap dengan free gift lagi : bihun sepeket (idea Cik Pu). Lepas ni almari baju tu dah tak kelihatan dah la kat rumah aku. haih. Sayang memang sayang, tapi aku terpaksa lepaskan. (macam berpisah dengan kekasih dah ayat aku..hahaha!)





Ok, selamat jalan Almari baju..papai!

Ada masa nanti kita jumpa lagi ye.



Comments

niEna sHaLim said…
nak bagi i pun tak dpt kan...bilik pun satu je...bye2 almari....=)
missdicup said…
Almari said : bye2 niena..see u again..hehe