Showing posts with label Our Family. Show all posts
Showing posts with label Our Family. Show all posts

Weekend bertiga


Memandang budak comel tu tengah tidur dan bapak budak kecik tu tengah kemas bilik kat tingkat atas (? atau main game?), mari kita ambik sedikit masa untuk menaip di sini.


Hari ni cerita dia sama je macam semalam. Plan nak pergi sunat budak comel tu. Tapi, memandangkan semua orang dalam rumah ni pun bangun agak lambat tadi, plan itu ditunda ke petang jap lagi (Padahal dalam rumah ni 3 orang je..haha!). So, menu pagi ni panaskan menu semalam. Kalau rajin sikit, tengahari-tengahari kang aku masak lain. Sebabnya kuah tomyam tu banyak lagi.


Pakcik Pu kata tomyam aku kali ni tak berapa nak kaw sangat (pandai dah nak komplen2..haha). Maybe sebab aku buat seperiuk penuh kot, pastu pakai 2 peket je perisa tomyam tu. Ingat nak hantar kat akak sebelah sikit, tapi memandangkan aku malas nak tukar baju bagi sopan-sopan sikit, hajat tu dipendamkan. hehe Boleh pulak macam tu? Ok kak, lain kali saya buat lagi.

So, petang ni nak taknak kena jugak usahakan pergi klinik. Kalau tak, tak bersunat la anak aku nanti..heeee! Minggu ni bakal bizi dah. Family aku nak datang sini. InsyaAllah kalau jadi, nak jalan-jalan pergi Langkawi & Perlis...masa untuk Irdina jalan-jalan sebelum ibu exam bulan 6 ni...hoyeah!


Romantik


Hai semua,

Ada satu malam tu, dalam minggu ni jugak la, aku belek2 mesej kat handset. Hajat di hati nak delete mana mesej yang tak begitu penting sangat. Waima si handset pun dah bagi notification yang menandakan mesej memang dah penuh kan, kau nak tunggu apa lagi? Takkan nak suruh dia cuit-cuit kau, belai-belai manja kau, baru ko nak bertindak? haha.

Dalam aku check2 mesej tu, tergelak sorang2 aku baca beberapa mesej Cik Pu sebelum kahwin dulu. Ayat dia..perrgh...boleh tahan jiwang jugaklah. haha. Tak terperasan pulak suami aku ni romantika di amor sejak azali..keh keh keh. (lepas dia baca entry ni, pastilah aku akan dapat habuan..haha).

Oh...teringat dulu zaman muda2. Aku macam pernah masukkan ciri-ciri ROMANTIK kat list lelaki idaman aku. haha. Tak tahan pulak rasanya bila teringatkan semua tu. Tapi alhamdulillah, setakat ni aku bahagia sangat hidup dengan Cik Pu. Hidup tak pernah lekang dengan gelak. Sebab tulah agaknya aku rasa macam sunyi semacam je bila pergi intensif hari tu. (-_-')


Pulau Pangkor, Januari 2012


Buat kaum keluarga, saudara-mara & kawan-kawan yang tak putus2 membantu & mendoakan perkahwinan kami, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Semoga dengan bantuan & berkat doa2 kalian, kami bahagia di dunia & di akhirat...love u all!


Alor Star, Disember 2011



Masuk Wad


Hai semua,

Walaupun masa agak tak mengizinkan, tapi percayalah. Aku sangat rindu menulis di blog. Dengan keadaan singkat 2 minggu untuk intensif sangat menguji kesabaran & kesungguhan. Masa tulah kau ada PB (Peperiksaan Berterusan), kelas, Lab amali, jumpa lecturer dll. Tak campur Allah uji dengan segala macam dugaan. Tapi Alhamdulillah, aku redha. What happens must be some reason rite.

Khamis lepas, Cik Pu dimasukkan wad kat HKB akibat cirit-birit & muntah2 keracunan makanan. Kesian dia. Tak pernah aku tengok dia sampai macam tu sekali. Malam tak tido, berulang-alik ke tandas berpuluh kali. Kalau tak muntah, cirit. Kalau tak cirit, muntah. Antara dua. Aku yang tengok pun rasa macam azab je, apatah lagi dia yang menanggungnya kan. Nasib baik esok tu kelas Math aku pukul 12.00 tgahari. Tu pun aku skip. Huahuahua. Lantaklah. Nak buat macam mana. Lagipun topik tu tak masuk PB dan aku boleh belajar kat Gendut / Rumate aku - Azie.

Oh, kalau bercerita pasal wad2 ni, mesti aku teringat 1 kejadian. Hari Cik Pu masuk wad tu, aku terpaksa berulang ke USM sebab petang tu aku ada PB. Lepas PB tu, aku balik semula ke Hospital. Masa aku sampai wad tu, aku tengok kat area bawah katil Cik Pu ada banyak titisan darah. Aku tanya Cik Pu kenapa ada banyak darah menitik2. Then dia kata tumpah masa ada nurse (sambil tunjuk nurse tu) nak tukar botol air (Normal Saline) dia. Oh ok. Nurse yang dia tunjuk tu aku tengok student praktikal, tapi lagak macam staff nurse. Then aku pergi kat budak tu. Dengan sopan santun budi bicara, aku tanya dia.

Aku : Dik, yang darah2 tu macam tu je ke? Takde powder apa ke?
Budak tu : Nantilah dulu. Cleaner takde. (macam nak taknak jawab)
Aku : (dalam hati) Tunggu Cleaner? wth

Ok, sabar. Budak baru kan. Mungkin tak tahu prosedure. Aku pergi pulak kat staff nurse yang memang kerja situ dan tanya soalan yang sama. Respond dia? Buat macam takde pape. Macam kebingungan pun ada. Weh, apa kejadahnya ni? Sampai semut datang kat darah tu pun korang boleh buat tak tahu lagi? wth. Prosedure mana korang pakai ni? Lepas sejam, aku tengok makcik cleaner baru sampai. Dalam pukul 8.30malam. Dan sangat2 terkejut tengok bila dia mop darah2 tu macam mop air sirap tumpah. Weh.....apakah?

Malam tu pun Cik Pu mintak keluar. Dia rasa macam dah sihat & lagi 1 sebab, tak selesa sebenarnya. Sana bunyi kroooh, sini bunyik aarggh. Macam-macam bunyik. Aku yang tak sakit pun boleh sakit. HAHA. So, Dr benarkan. Tapi sebelum nak keluar wad atas khendak sendiri, kau kena isi beberapa borang dulu. Dia mintak reason. Dan bawah borang tu, dia mintak pendapat/penambahbaikan. Kebetulan time tu Cik Pu tak boleh nak tulis sebab tangan kiri dia adalah tempat masuk air dan 'mujurlah' dia kidal. Maknanya akulah yang kena tulis semua.

HAHA. Nak penambahbaikan ye? Ni lah dia orang yang akan kasik korang penambahbaikan. Aku tulis semua kejadian tadi. Kalau ikut Cik Pu, dia tak kasi tulis. Tapi, pen ada kat siapa? Siapa yang boleh tulis sekarang? Aku kan. HAHA. Tanduk sudah keluar. Then lepas hantar borang tu, ada sorang kakak nurse tu panggil aku. Aku kira kakak tu macam senior kot dari yg lain-lain sebab dia macam profesional sikit. Dia tanya aku apa yang berlaku. Then, aku cerita dari A sampai Z. Akak tu pun macam terkejut.

Akak tu : Diorang tak letak powder ke?
Aku : Tak.....Cleaner mop pun macam tu je.
Akak tu : Oh, ok. Nanti sister tanya, akak senang sikit nak explain.

Hmm.. baru lega sikit hati. Kalau tak aku tercarik-carik jugak kat siapa aku nak komplen ni. Bukan nak cakap apa la. Kalau orang kerja bhgian2 kesihatan ni, maybe lah tahu prosedur2 ni semua. Macam mana kalau dengan org luar? Mesti dorg tak tahu kan. Dan kau pun buat macam takde pape je benda tu. Dan budak praktikal yang kerek tu pun satu. Kalau orang luar (bukan orang luar pun, Cik Pu contohnya) mesti ingat dia tu staff nurse kat wad tu. Then kalau pape jadik, staff wad tulah dapat nama buruk. Kan dah parah tu. Aku just nak nasihat kat adik tu satu je :

Dik, kau jangan ingat semua orang yang ada kat situ tak tahu siapa kau dan apa yang kau buat tu salah k.



Pulau Mana?


Hai semua,

Malam ni aku bersiaran dari sebuah pulau. Pulau yang menjadik teka teki sejak awal bulan hari tu..hehe..peace! Aku saja je buat macam tu, supaya korang tak la boring sangat baca blog aku ni kan..lagi pulak korang boleh mengasah minda menjadi lebih tajam dari biasa. haha.

Just nak buat quick entry. Bagi yang dah tahu through FB tu, takpelah, Siapa-siapa yang takde FB atau tak bukak FB lagi, aku bagitahu pulau mana ye.







Jawapannya : Pulau Pangkor....hehe..siapa betul, angkat tangan!




Azam No.8


Hai semua,

Selamat tahun baru. Oh, minggu ni 3 hari cuti, tapi sumpah tak rasa macam cuti. Tetap kena pergi kerja macam biasa, cuma bezanya masa je suka hati aku nak masuk pukul berapa. Oncall lah katakan. Kalau macam semalam, masuk dalam pukul 4.30pm. Tu pun nasib baik Cik Pu yang desak suruh pergi, kalau tak....tak tahulah macam mana nasib Si Bakteria-bakteria kat lab tu..Huahuahua. (-_-')

Bercerita pasal tahun baru 2012 ni, kan sebelum-sebelum ni aku ada cakap pasal list2 untuk 2012 kan. So, rasanya untuk hari kedua tahun 2012, ianya telah tercapai 96%. Wah, 96% kau! HAHA. Cuma nak sampai 100% tu, kena gigih, tabah dan cekal jelah..dan 1 lagi, pertolongan cemas dari Cik Pu. HAHA. Benda yang aku gebang-gebangkan dari tadi ni adalah :


Belajar memasak dengan lebih gigih lagi....yeah!


Semalam lepas balik keja, aku bosan2 ajak Cik Pu pergi Jusco Perda. Jalan punya jalan, Cik Pu ajak masuk Popular. Aku tanpa buang masa, I follow u.....HAHA. Masuk jugaklah belek-belek. Aku memang berhajat nak carik Diari 2012. Senang nak tulis catat apa-apa. Then, agaknya dah memang jodoh, tetiba terpandang 1 Buku Resepi Masakan. HAHA. Belek punya belek, macam best je kan resepi dia. Senang pun senang. So, terus rembat 2 bijik - Diari 2012 & Buku '1 Hari 1 Resepi'. Tunjuk kat Cik Pu, terus dia kata jom pergi kaunter & bayar. Dengan dia-dia sekali rembat sebijik majalah. Majalah apa ntah. Pasal photografer2 dialah kan. Aku tak sure sangat. HAHA.

Azam baru yang boleh ditambah : Membaca amalan mulia! HAHA

Diari 2012


Oh ya.

Dah masuk tahun baru ni, baru aku teringat 1 benda. Aku kena mula bercerita balik pasal wedding hari tu. Kalau tak, nanti semua memory pasal wedding tu akan luput sebelum tarikhnya. Almaklumlah, aku kan ala makcik-makcik sikit, cepat lupa. HAHA. Tapi...tu semua kena tengok pulak pada masa & mood. Kalau nak katakan, dah 3 assignment aku lari duedate..hai la! (-_-') Agak-agaknya, ada tak orang nak tolong?


Cik Pu, sila angkat tangan secara paksa rela!


HAHA.




Antara 2011 & 2012


Hai semua,

Sekarang ni aku tengah nak biasa2kan kehidupan kembali macam normal balik. Bukan macam dua tiga menjak ni, kelam kabut dan serabut. Tengah kemas ruang rumah dan apa yang patut. Tapi, setelah aku turun bawah tengok En. Husband syok tengok bola (tapi kejap2 mengeluh stress sebab MU macam nak kalah), terus terpadam kejap hasrat tu, mood tulis blog mengambil alih..HAHA. Nampak sangat dengki dengan Cik Pu. (-_-')



Oh, Selamat tinggal 2011. Aku pasti akan merindui kalian.

Banyak jugak kejadian yang berlaku masa tahun 2011 ni. Macam biasalah kan, kalau ada suka, mesti ada duka. So, macam tu jugak dengan aku. Ada yang gumbira horay horay, ada yang duka hua hua. Sekarang ni aku listkan 10 perkara terhangat 2011. Wah, kelaasss kau mariah!

1. Start berbisnes
2. Pengapit Kak Biha
3. Bertunang
4. Ke Bandung
5. Dapat Mouth Guard
6. Register PJJ
7. Pindah tempat kerja (CTC)
8. Pindah rumah sewa baru
9. Si Budak Kecik tinggal dengan aku
10. Lead ADLC ke Cameron Highland

Oh, hampir terlupa kat list yang 1 ni :

11. Berkahwin dengan Cik Pu.


Setelah berdua ni, kena fikir jugaklah pasal orang sebelah. Kalau dulu-dulu p lantak akulah kan, sebab aku sorang-sorang je. Sekarang ni, no! no! no! Kena fikir banyak cabang. Kalau ikut aku, ada beberapa list yang aku highlight-kan untuk tahun 2012, tapi usul list2 ni aku tak submit lagi ke Cik Pu. Tak tahulah Ahli Senat nak luluskan ke tak..HEHE.

1. Keluarga yang bahagia
2. Anak
3. Rumah baru
4. IMAC + Internet
5. Almari buku
6. Fokus Belajar!
7. Carpet
8. Belajar memasak lagi!
9. Percutian!
10. Dan lain2


Apa2 pun, yang macam aku cakap tadi lah, kena submit dulu, then kita tengok apa resultnya..HEHE




Setelah sebulan

Hai semua,

Arini aku just nak post beberapa keping gambar :)










Hari ni Cik Pu buat surprise. Walaupun dengan sekeping kad, aku terkesima :)


Ok, papai. Lain hari aku post panjang-panjang-pamjang :)