Hai semua,
Walaupun masa agak tak mengizinkan, tapi percayalah. Aku sangat rindu menulis di blog. Dengan keadaan singkat 2 minggu untuk intensif sangat menguji kesabaran & kesungguhan. Masa tulah kau ada PB (Peperiksaan Berterusan), kelas, Lab amali, jumpa lecturer dll. Tak campur Allah uji dengan segala macam dugaan. Tapi Alhamdulillah, aku redha. What happens must be some reason rite.
Khamis lepas, Cik Pu dimasukkan wad kat HKB akibat cirit-birit & muntah2 keracunan makanan. Kesian dia. Tak pernah aku tengok dia sampai macam tu sekali. Malam tak tido, berulang-alik ke tandas berpuluh kali. Kalau tak muntah, cirit. Kalau tak cirit, muntah. Antara dua. Aku yang tengok pun rasa macam azab je, apatah lagi dia yang menanggungnya kan. Nasib baik esok tu kelas Math aku pukul 12.00 tgahari. Tu pun aku skip. Huahuahua. Lantaklah. Nak buat macam mana. Lagipun topik tu tak masuk PB dan aku boleh belajar kat Gendut / Rumate aku - Azie.
Oh, kalau bercerita pasal wad2 ni, mesti aku teringat 1 kejadian. Hari Cik Pu masuk wad tu, aku terpaksa berulang ke USM sebab petang tu aku ada PB. Lepas PB tu, aku balik semula ke Hospital. Masa aku sampai wad tu, aku tengok kat area bawah katil Cik Pu ada banyak titisan darah. Aku tanya Cik Pu kenapa ada banyak darah menitik2. Then dia kata tumpah masa ada nurse (sambil tunjuk nurse tu) nak tukar botol air (Normal Saline) dia. Oh ok. Nurse yang dia tunjuk tu aku tengok student praktikal, tapi lagak macam staff nurse. Then aku pergi kat budak tu. Dengan sopan santun budi bicara, aku tanya dia.
Aku : Dik, yang darah2 tu macam tu je ke? Takde powder apa ke?
Budak tu : Nantilah dulu. Cleaner takde. (macam nak taknak jawab)
Aku : (dalam hati) Tunggu Cleaner? wth
Ok, sabar. Budak baru kan. Mungkin tak tahu prosedure. Aku pergi pulak kat staff nurse yang memang kerja situ dan tanya soalan yang sama. Respond dia? Buat macam takde pape. Macam kebingungan pun ada. Weh, apa kejadahnya ni? Sampai semut datang kat darah tu pun korang boleh buat tak tahu lagi? wth. Prosedure mana korang pakai ni? Lepas sejam, aku tengok makcik cleaner baru sampai. Dalam pukul 8.30malam. Dan sangat2 terkejut tengok bila dia mop darah2 tu macam mop air sirap tumpah. Weh.....apakah?
Malam tu pun Cik Pu mintak keluar. Dia rasa macam dah sihat & lagi 1 sebab, tak selesa sebenarnya. Sana bunyi kroooh, sini bunyik aarggh. Macam-macam bunyik. Aku yang tak sakit pun boleh sakit. HAHA. So, Dr benarkan. Tapi sebelum nak keluar wad atas khendak sendiri, kau kena isi beberapa borang dulu. Dia mintak reason. Dan bawah borang tu, dia mintak pendapat/penambahbaikan. Kebetulan time tu Cik Pu tak boleh nak tulis sebab tangan kiri dia adalah tempat masuk air dan 'mujurlah' dia kidal. Maknanya akulah yang kena tulis semua.
HAHA. Nak penambahbaikan ye? Ni lah dia orang yang akan kasik korang penambahbaikan. Aku tulis semua kejadian tadi. Kalau ikut Cik Pu, dia tak kasi tulis. Tapi, pen ada kat siapa? Siapa yang boleh tulis sekarang? Aku kan. HAHA. Tanduk sudah keluar. Then lepas hantar borang tu, ada sorang kakak nurse tu panggil aku. Aku kira kakak tu macam senior kot dari yg lain-lain sebab dia macam profesional sikit. Dia tanya aku apa yang berlaku. Then, aku cerita dari A sampai Z. Akak tu pun macam terkejut.
Akak tu : Diorang tak letak powder ke?
Aku : Tak.....Cleaner mop pun macam tu je.
Akak tu : Oh, ok. Nanti sister tanya, akak senang sikit nak explain.
Hmm.. baru lega sikit hati. Kalau tak aku tercarik-carik jugak kat siapa aku nak komplen ni. Bukan nak cakap apa la. Kalau orang kerja bhgian2 kesihatan ni, maybe lah tahu prosedur2 ni semua. Macam mana kalau dengan org luar? Mesti dorg tak tahu kan. Dan kau pun buat macam takde pape je benda tu. Dan budak praktikal yang kerek tu pun satu. Kalau orang luar (bukan orang luar pun, Cik Pu contohnya) mesti ingat dia tu staff nurse kat wad tu. Then kalau pape jadik, staff wad tulah dapat nama buruk. Kan dah parah tu. Aku just nak nasihat kat adik tu satu je :
Dik, kau jangan ingat semua orang yang ada kat situ tak tahu siapa kau dan apa yang kau buat tu salah k.
No comments:
Post a Comment