Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Pembeli tegar

Bulan ni rasanya bukan bulan yang sangat bertuah dalam membeli online bagi aku la..

*ayat bertuah sangat kan..wakaka*

........


Nak beli barang tu, barang tu dah habis..

Nak beli barang tu, stok barang takde..

Nak beli barang tu, manufacterer defect plak..

Hadoi la..macam-macam..

Ni lah yang dikatakan bukan rezeki kita kan.. 

Sabo je lah...  :)




Pastu...rasanya bukan online je kot..

Sale yang dekat-dekat ni pun tak sempat nak grab

--->  Sale yang dibuka oleh tempat kerja aku.

Katanya Taleska nak ditutup..so barang-barang nak jual la kan..

Tepon punya tepon..dalam keadaan kalut dah tu..

Tak dan jugak..

Habis katanya.. 

(T_T)




Aku cadang nak la beli 4 - 5 barang kan..

sekali......nan hado.

Yang tinggal cuma peralatan 002 & Permainan 010 - tak memberansangkan betul..

haish!




Pastu...akhir bulan lepas, aku ada order barang mainan kat kak Aty - (Pink Garage)


Tunggu punya tunggu..last-last kat Aty kata barang tu ada manufacturer defect..

So, kena return kat supplier balik - makan masa jugak la kan..

Pastu..minggu ni aku tanya lagi..

kak Aty kata, kalau takde jugak..dia pulangkan duit balik

haish...sedih sungguh..

tak berjaya jugak aku nak membeli...

 (-_-')

.......


Pastu..satu lagi kes..minggu ni, aku berangan nak beli purse baru..

carik punya carik..ada la yang berkenan kat groupon ke gdeal ntah..

Last-last..klik punya klik..stok habis la pulak colour navy blue yang aku berkenan tu..

Sampai hati betullah..

(T_T)


Disebabkan frustrated & stressed punya pasal..

carik jugak la sesuatu untuk membaikpulih hati yang lara ni..

Nak jugak! nak jugak!

*perangai lebih Irdina Zara plak kau kan..hahaha*


Aku "terbeli" benda alah ni..

Padahal..takde dalam list pun..

ngehngehngeh


Disebabkan semalam beli online, aku terlupa nak bagitahu Cik Pu lagi..

matiklah...

(Hai abang, iols beli cadar baru...peace!)






Memborong hadiah (Edisi jahat)


Assalamualaikum semua!

Semenjak dua menjak ni banyak betul kad jemputan kahwin datang rumah aku. Dari Grik ada. Dari Jitra ada. Tak tahu nak pergi yang mana satu. Dah la tarikh sama -25 hb. Aku tahulah time tu baru lepas dapat gaji. Semua pakat nak buat kenduri. hahaha. Aku pulak yang naik pening nak pilih mana satu yang nak pergi. Kang tak pergi kang rasa bersalah pulak kat kawan tu. Kalau pergi yang ni kang kenduri kawan sorang lagi tak dapat pergi. Takkanlah nak pergi semua tempat kenduri. Mati lor. Almaklumlah..i ni kan baik dengan semua orang..wakaka..tetiba!  (-.-')

Ok, di musim bulan tengkujuh & kahwin-kahwin mengawan  ni, banyak jugaklah duit perlu diperuntukkan untuk beli hadiah ye dak. Takkan nak datang rumah orang dengan tangan kosong je. Bak kata orang-orang melayu, tak manis dipandang orang..wakaka. Kot kalau dah siap share-share ramai-ramai dalam office, ok la..sep budget sikit. Macam cerita aku yang memborong hadiah (Edisi pecut) tu la. Semua kasi duit, sorang pergi carik hadiah. Tapi dalam kes aku, bukan aku sorang. Aku berdua dengan Cik Pu. lalala... (-.-')

Tapi.

Kalau agak-agak member baik kita sendiri yang kahwin, takkan kita nak harapkan duit collection jugak ye dak. Kalau aku, segan sikit la. Tak tahulah kalau korang macam mana. Oleh yang demikian, masa aku pergi beli hadiah Cik Puan Hajar hari tu, aku carik sekalilah dengan hadiah yang aku berhajat nak bagi kat dia tu. huahuahua. (-.-'). Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya. Dia dah bukak ke belum hadiah tu. hahaha. Malu pulak nak jumpa Inche Hafiz selaku husband dia.. haissh.

Korang agak-agak aku bagi apa?

Cuba teka.

.......

......

.............

Tak dapat teka? Otak blank? 

Ok. takpe-takpe. Ni bukan soklan SPM pun. Tak wajib jawab. 

heh! (-.-')



aku bagi ini!


cantik tak? cantik tak?
Aku balut pakai riben je. Yang bunga-bunga tu kotak readymade.


Ni kad dia. Aku siap lukis-lukis lagi..wakaka.
Semangat betul!


Ni la hadiah dia. Apa? Apa? Apa?   (-.-')


Taraaaaa......hua hua hua...larikkkk~


Aku pilih sendiri.



Mula-mula tu malu jugaklah nak pilih. Bukan malu sebab apa. Aku pun tak pernah ada baju-baju seksi macam ni. Aku kan rock! wakaka. Pastu aku mintaklah pendapat Cik Pu.Kalau nak ikut Cik Pu pilih..haduyai..Lagilah pulak...out of fashion..wakaka. Ada pulak suruh beli yang jarang-jarang..mak mak orang betullah budak ni.. (-.-') Kalau yang jarang-jarang tu, aku pun geli nak pakai. Apatah lagi Cik Puan Hajar..hahaha. tapi tak tahulah kalau-kalau lepas kahwin ni dia tak kisah..hahaha ---tet---

Kalau nak ikutkan, ni taklah jahat sangat. Aku boleh buat benda yang lagi jahat..korang nak tahu?

Ok. Hari Isnin ni jom kita bukak radio hot fm. Aku kasi hangit satu budak kerek ni..wakaka.


puas hati.



Memborong hadiah (Edisi pecut)


Assalamualaikum semua!


First of all, tahniah kepada Cik Puan Hajar di atas ke-berjaya-an dirinya yang telah sah menjadi bini orang petang tadi. Aku doakan ko bahagia dunia & akhirat dengan Inche Hafiz. Inche Hafiz, sila jaga Cik Puan Hajar dengan "selamat"..Tidak lupa juga, sila bagi kami anak buah secepat yang mungkin...kih kih kih.

Tajuk edisi pecut adalah kerana esok pagi-pagi buta aku dah kena berangkat pergi Kelantan. Nak pergi makan nasik minyak free kawan-kawan belanja..Esok-esok aku tak tahu lagi sempat ke tak nak post entry baru. Ni pun tak packing barang lagi. Iron baju & tudung pun belum..esok ni ada jugak yang pakai baju kurung yang tak ber-iron ni kang...takpun pakai seluar jean & tshirt...mati kena halau dengan tuan rumah...wakaka.

Dah orang bagi makan free, haruslah kena balas balik dengan bagi hadiah kan. Dan aku, di-pertanggungjawab-kan dan di-amanah-kan menjadi pembeli hadiah hasil dari collection duit orang-orang lab dah pun menjalankan tugasku dengan lancar & berdedikasi. Berjaya dengan jayanya ke tak, aku tak pasti. Tu kena tanya komen para juri - orang yang bakal dapat hadiah.

Pada hari kejadian (semalam), aku telah memaksa Cik Pu temankan aku. Takkan nak terkontang kanting sorang-orang pulak. Kang kena colek, tak pasal-pasal je tak kawen..huhu.(ada kaitan ke? hahaha). Cik Pu pun tanpa melengahkan masa, cepat-cepat setuju..berani dia taknak ikut? Aku nangis nanti baru tahu..kui kui kui.

 bersungguh-sungguh betul aku mengecek barang..hahaha!

 Usaha tangga kejayaan..yeay!

 Cik pu ni pun..orang tak sedia lagi, dia dah capture..haissh.

 yang ni ke...?  yang ni...?



Setelah berhempas pulas carik hadiah, inilah hasilnya :


Harap-harap Cik Puan Hajar suka..kalau tak suka, sila buat-buat suka.
Kalau tak suka jugak, ada tangan yang sudi menerima..(tangan aku la tu..siapa ke lagi..hehe)


Cuba teka, siapa yang akan kemas tempat ni?


1) Promoter yang kerja situ?

Salah.


2) Aku?       

tetttt...lagilah salah..






Jawapannya : Cik Pu...kui kui kui..

Bakul tingkat tingkat (Part 2)

Hmmm..korang ingat lagi tak cerita bakul tingkat tingkat yang aku pernah cerita satu masa dulu? (kalau tak ingat, ketik kat sini). Kan masa tu banyak sangat persoalan dan ke-tidak-puas-hati-an yang aku dan cik pu dapat. Antaranya :

1) tak boleh nak jawab harga walhal scanner ada kat tangan.
2) letak harga sebesar besar alam, tapi barang yang sebenarnya takde kat situ.
3) tulis harga sebenar barang kat tempat yang mengelirukan.
4) lambat sangat bantuan yang datang.
5) sampai kata kat aku tak boleh nak tolak barang yang kita tak nak sebab dah masuk bil.

banyak lagilah alasan yang diberi, pastu kami memang takleh nak terima dan terus blah dari kawasan pasaraya tersebut kan.
Dan..

Pada satu hari yang aman, damai dan hening yang lain, aku keluar dengan cik pu pergi Giant kat Sunway Carnival pulak. Hajat hati nak tengok bakul tingkat tingkat tu kalau kalau ada yang murah kat situ. Lalu kami terpandang suatu benda yang menakjubkan. Takut terkena kali ke 2, aku dan cik pu pergi cek betul betul. Bukak mata besar besar, baca dan mengeja satu satu dan validate sesama sendiri. sah - sah - sah!


Sangat memenuhi citarasa. Ada 5 tingkat, harga murah dan sangat berpuas hati.

Dengan rasa berbesar hati, kami pun beli bakul tingkat tingkat tersebut. hoyeah!


Maka...

Dengan ini, tutuplah segala kes yang tidak puas hati tempoh hari.


dan....

aku tak payah lagi dengar cik pu membebel bebel pasal bakut tingkat tingkat. hoyeah!



makanya, taik telinga pun dah berkurangan dan telinga menjadi bersih.



ngeh ngeh ngeh

Bakul tingkat tingkat

Ni kita namakan dia sebagai "bakul tingkat tingkat"

 harga dia tulis kat sini RM27.90

tengok betul betul....
bakul tingkat tingkat harga dia RM27.90


Ok..sekarang jom kita baca cerita sebenar dia.

Malam tadi kami singgah Tesco Extra Seberang Jaya. Niat hati Cik Pu nak pergi carik bakul tingkat tingkat dengan harga yang murah. Biasalah kan..sapa nak beli barang mahal mahal padahal nak letak baju je pun. Bukan nak tayang satu dunia..haha!

Kami pun masuk Tesco, tanya sorang staff berapa harga satu, dia tak tahu (tu pun lepas dia scan dia cakap tak tahu). Dia kata nombor barcode tak boleh nak scan dan baca harga. Ok fine. Mungkin salah barcode tu. Then dia suggest kami pergi satu pot. Dia kata sana bakul tingkat tingkat ada promosi murah. Kami dengan berbunga hati pergi dengan riangnya. hoyeah!

Sampai pot tu. Tengok harga. Ohh! memang giler murah. RM27.90 untuk satu? Shit. Hari tu aku beli kat tempat lain harga RM55++. Ni betul betul murah. Cik Pu tak fikir panjang terus ambik bakul tingkat tingkat masuk troli. Aku tengok muka dia bangga giler dapat beli barang murah. ceh!

Kami teruskan perjalanan tengok tengok barang dan cuci mata tengok orang. Aku baru teringat sabun basuh kat rumah dah habis stok. Ok, sauk satu. Yang ada promosi jugak. Free softlan. tapi, takde tanda harga. Ok, takpe. Mesti murah fikir aku.

Sampai kaunter nak bayar.

*teeeet..*   harga sabun = RM25++.
*teeeeet* harga bakul tingkat tingkat = RM55++.

kakak cashier : Ok, semuanya RM80++. *sambil tadah duit mintak dibayar*

Aku : kak, harga benda ni berapa?  *sambil tunjuk bakul tingkat tingkat*

kakak cashier : RM50++.

Aku : kak, kenapa saya tengok harga kat sana tulis RM 27.90?

kakak cashier : Eh, ye ke? tapi kami scan sini RM 50++.

Aku : kalau saya tak jadi beli benda ni boleh kan? saya nak bayar sabun je.

Kakak cashier : tak boleh. Barang ni dah masuk bil. *muka kerek ala makcik makcik*

Aku : *muka tak puas hati*  WTH? apsal pulak tak boleh?  tak pernah aku dengar pun? (jawab dalam hati).

Tiba tiba datang sorang kakak cashier yang lain. Muka lebih garang dan ganas. Aku fikir dia mesti bos sikit dari kakak cashier tadi. Cik Pu time ni dah terkulat kulat dah. Aku agak mesti dia tengah takut.

kakak cashier 2 : ye, kenapa dik?  *suara garang sikit*

Aku : *muka still buat buat tak puas hati. Apa? Dia ingat aku takut?*.  Tadi saya tengok papan tanda harga tulis benda ni harga dia RM27.90. Besar lagi tulisan dia. Dan satu satunya barang yang ada kat sana benda ni je. benda lain takde. Lagipun saya dah tanya sorang staff u tadi, dia kata kalau nak beli benda ni pergi kat sana. Kat sana harga dia RM27.90.   *sambil tunjuk pot yang promosi tadi*.

kakak cashier 2 : *pakai walkie talkie* datang sini jap. ada sorang customer tak puas hati. Dia kata bla bla bla  bla dah bla   (dia ulang explanation yang aku buat tadi).

Nak dekat 5 minit lepas tu, staff yang dia panggil pun tak muncul muncul lagi. Aku tengok Cik Pu berjalan ke arah pot promosi tu. Takkan aku nak tinggal kat kaunter sorang sorang? Ok, ikut jugak!

Siasatan bermula...


 Bila kami pergi balik pot promosi tadi..
Tengok balik betul betul..siasat! siasat!


RM27.90 tu harga untuk bakul tingkat tingkat 4 tier drawer..


dan bakul tingkat tingkat ini ada 5 tingkat!  haisssh!
kira betul betul..1, 2, 3, 4, 5!


dan kami siasat siasat lagi..harga sebenar dia letak kat sini:




kenapa buat macam ni pada kami, customer korang?
1) Dah la mula mula kami tanya harga tak boleh nak jawab. Padahal scanner ada kat tangan.
2) Kenapa letak harga sebesar besar alam, tapi barang yang sebenarnya takde kat situ?
3) Kenapa tulis harga sebenar barang kat tempat yang mengelirukan, tak kesian ke kat aku yang rabun ni?
4) Kenapa lambat sangat bantuan yang kami nak terima?
5) Kenapa banyak rasa tak puas hati ni?

Dengan banyak persoalan, tambahan kami tak puas hati, aku sepakat membawa berkat dengan Cik Pu terus keluar dan blah dari situ tanpa beli apa apa. Lantaklah ko nak tunggu kitorang kat kaunter ke hapa.


Nak buat kerek dengan aku? Ok..silakan!  

Satu barang apa aku tak beli. Dengan sabun sabun ada kat kaunter tu lagi.

hmmm..puas hati.

shopping sampai lebam

yeah..dik non dik non..semalam kan cuti deknon deknon..
orang merdeka, kita pun merdeka jugak.
tapi merdeka aku nya kat shopping complex lagi..ngehehe.
hari tu dengan perempuan perempuan gagah.
tapi semalam dengan lelaki tak berapa nak gagah, cik pu..ngehehe.
ye..kenapa aku kata beliau tak gagah?
kerana.....hari ni dia dah jatuh sakit!   
pergi kerja stoking warnanya lain sebelah hari ini....hahaha..
eh, tak baik gelakkan orang sakit...  kah kah kah