Bakul tingkat tingkat

Ni kita namakan dia sebagai "bakul tingkat tingkat"

 harga dia tulis kat sini RM27.90

tengok betul betul....
bakul tingkat tingkat harga dia RM27.90


Ok..sekarang jom kita baca cerita sebenar dia.

Malam tadi kami singgah Tesco Extra Seberang Jaya. Niat hati Cik Pu nak pergi carik bakul tingkat tingkat dengan harga yang murah. Biasalah kan..sapa nak beli barang mahal mahal padahal nak letak baju je pun. Bukan nak tayang satu dunia..haha!

Kami pun masuk Tesco, tanya sorang staff berapa harga satu, dia tak tahu (tu pun lepas dia scan dia cakap tak tahu). Dia kata nombor barcode tak boleh nak scan dan baca harga. Ok fine. Mungkin salah barcode tu. Then dia suggest kami pergi satu pot. Dia kata sana bakul tingkat tingkat ada promosi murah. Kami dengan berbunga hati pergi dengan riangnya. hoyeah!

Sampai pot tu. Tengok harga. Ohh! memang giler murah. RM27.90 untuk satu? Shit. Hari tu aku beli kat tempat lain harga RM55++. Ni betul betul murah. Cik Pu tak fikir panjang terus ambik bakul tingkat tingkat masuk troli. Aku tengok muka dia bangga giler dapat beli barang murah. ceh!

Kami teruskan perjalanan tengok tengok barang dan cuci mata tengok orang. Aku baru teringat sabun basuh kat rumah dah habis stok. Ok, sauk satu. Yang ada promosi jugak. Free softlan. tapi, takde tanda harga. Ok, takpe. Mesti murah fikir aku.

Sampai kaunter nak bayar.

*teeeet..*   harga sabun = RM25++.
*teeeeet* harga bakul tingkat tingkat = RM55++.

kakak cashier : Ok, semuanya RM80++. *sambil tadah duit mintak dibayar*

Aku : kak, harga benda ni berapa?  *sambil tunjuk bakul tingkat tingkat*

kakak cashier : RM50++.

Aku : kak, kenapa saya tengok harga kat sana tulis RM 27.90?

kakak cashier : Eh, ye ke? tapi kami scan sini RM 50++.

Aku : kalau saya tak jadi beli benda ni boleh kan? saya nak bayar sabun je.

Kakak cashier : tak boleh. Barang ni dah masuk bil. *muka kerek ala makcik makcik*

Aku : *muka tak puas hati*  WTH? apsal pulak tak boleh?  tak pernah aku dengar pun? (jawab dalam hati).

Tiba tiba datang sorang kakak cashier yang lain. Muka lebih garang dan ganas. Aku fikir dia mesti bos sikit dari kakak cashier tadi. Cik Pu time ni dah terkulat kulat dah. Aku agak mesti dia tengah takut.

kakak cashier 2 : ye, kenapa dik?  *suara garang sikit*

Aku : *muka still buat buat tak puas hati. Apa? Dia ingat aku takut?*.  Tadi saya tengok papan tanda harga tulis benda ni harga dia RM27.90. Besar lagi tulisan dia. Dan satu satunya barang yang ada kat sana benda ni je. benda lain takde. Lagipun saya dah tanya sorang staff u tadi, dia kata kalau nak beli benda ni pergi kat sana. Kat sana harga dia RM27.90.   *sambil tunjuk pot yang promosi tadi*.

kakak cashier 2 : *pakai walkie talkie* datang sini jap. ada sorang customer tak puas hati. Dia kata bla bla bla  bla dah bla   (dia ulang explanation yang aku buat tadi).

Nak dekat 5 minit lepas tu, staff yang dia panggil pun tak muncul muncul lagi. Aku tengok Cik Pu berjalan ke arah pot promosi tu. Takkan aku nak tinggal kat kaunter sorang sorang? Ok, ikut jugak!

Siasatan bermula...


 Bila kami pergi balik pot promosi tadi..
Tengok balik betul betul..siasat! siasat!


RM27.90 tu harga untuk bakul tingkat tingkat 4 tier drawer..


dan bakul tingkat tingkat ini ada 5 tingkat!  haisssh!
kira betul betul..1, 2, 3, 4, 5!


dan kami siasat siasat lagi..harga sebenar dia letak kat sini:




kenapa buat macam ni pada kami, customer korang?
1) Dah la mula mula kami tanya harga tak boleh nak jawab. Padahal scanner ada kat tangan.
2) Kenapa letak harga sebesar besar alam, tapi barang yang sebenarnya takde kat situ?
3) Kenapa tulis harga sebenar barang kat tempat yang mengelirukan, tak kesian ke kat aku yang rabun ni?
4) Kenapa lambat sangat bantuan yang kami nak terima?
5) Kenapa banyak rasa tak puas hati ni?

Dengan banyak persoalan, tambahan kami tak puas hati, aku sepakat membawa berkat dengan Cik Pu terus keluar dan blah dari situ tanpa beli apa apa. Lantaklah ko nak tunggu kitorang kat kaunter ke hapa.


Nak buat kerek dengan aku? Ok..silakan!  

Satu barang apa aku tak beli. Dengan sabun sabun ada kat kaunter tu lagi.

hmmm..puas hati.

4 comments:

niEna sHaLim said...

hahahahahaa....well done bebehhhh...
klu aku pun aku hamun dulu..
then tak payah beli apa2....hehehehe
aku suuuukkkkkaaaaa korg wat gitu gak..
peace !!!!
"kita ada hak sbg pengguna !!!!"

Kazaztan Team said...

ooo perkara sebegini mmg sakit hati..pernah juga kena..so mmg pengajaran...

Sharon Anne said...

Serves them right...pandai2 nak layan kita mcm tu...

missdicup said...

tu la..geram aku..haissh!