Mari Buat Passport!

Ok, Jumaat ni nak masuk Singapore, petang Selasa baru mengelupur masing-masing nak pi buat passport. Dasar sangat kannnn..

Tu pun jangan. Bajet Isnin tu nak pi buat, tapi tetiba PM umum cuti peristiwa (Sukan Sea) la pulak. Orang lain gumbira huura hooray cuti sambung berderet-deret, kita cutilah dalam ketakutan. Takut sebab apa? Takut passport tak sempat siap..Boleh?

Selidik punya selidik, rupa-rupanya ada satu tempat yang dia bukak waktu lepas office hours, yakni UTC!

Disebabkan kami kat area Kepala Batas, UTC yang terdekat dengan kami adalah UTC Sungai Petani.

UTC ni area stesen keretapi Sungai Petani. Kalau nak pi UTC naik komuter, kena jalan sikit la dalam 5-10 minit macam tu.


Waktu Operasi :
Ahad – Sabtu : 8.30 pagi – 10.00 malam
Hari Kelepasan Am : TUTUP

Waktu Rehat :
7.00 malam – 8.00 malam
12.15 tengahari – 2.45 petang (Jumaat Sahaja)







 


Masa kami pi tu dalam pukul 3.00pm macam tu, so tak ramai sangat orang.

Adalah dalam 5-8 orang kalau tak silap.


















Tapi, lepas pukul 5.00 pm macam tu, tengok macam agak ramai jugak yang datang.

Maybe sebab time orang balik kerja kot orang mai singgah buat.




Ok, ni info untuk bayaran passport :
a
Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun)
: RM200.00
b
Warga emas (60 tahun ke atas)
: RM100.00
c
Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)
: RM100.00
d
Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah)
: RM100.00
e
Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik)
: RM100.00
f
Orang Kelainan Upaya (OKU)
: Gratis
Macam kami ber-4; 2 dewasa dan 2 kanak-kanak bawah 12 tahun.

Makanya total RM 600.00 untuk tempoh 5 tahun.


Dokumen apa nak kena bawak?

Macam aku & Cik Pu, kami dua-dua adalah "Pemohon 18 tahun dan ke atas" (offcos la kan..kahkahkah) dan "Lahir kat Malaysia". Makanya, dokumen yang kena bawak adalah MyKad pemohon & 1 salinan fotosted MyKad 

Dan macam aku, pernah ada passport, tapi dah tamat tarikh luput (2013). So kena bawak passport lama tu untuk dihapuskan..sob sob sob


Untuk Irdina Zara & Luth Zafran, depa adalah "Pemohon bawah 18 tahun" dan "Lahir kat Malaysia". Makanya dokumen yang kita kena bawak adalah MyKid pemohon, Sijil lahir anak-anak, MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama) & Salinan fotosted MyKad bapa/ibu.


Kalau ikutkan, kanak-kanak bawah 4 tahun digalakkan untuk bawak 2 keping gambar mengikut spesifikasi yang di tetapkan. Tapi macam kami, kami tak pi pun tangkap gambar kat luar. Kami pi je gamble tangkap gambar kat situ je.







Tapi sedikit azab la kalau kau ada anak-anak yang fragile dan tak pernah kenal erti penat..HAHAHA

Penat weh..orang yang tengok kami pun terbahak-bahak gelak kat kami :P

Kau bayangkanlah. Kami berempat. Dah nombor keluar sekali sederet. Sekali tiga-tiga kaunter berlainan panggil nombor kami. Mana nak urus gambar sendiri, nak pegang anak lagi, nak handle kaunter lain lagi, memang disaster gila..HAHAHA

Yang lawak tu Cik Pu la. Aku punya dah settle dah. Pastu nombor giliran Irdina Zara dah kena panggil. So aku uruskan Irdina Zara, dia uruskan hal dia & adik Luth zafran. Masa dia nak amik gambar dia tu, pegawai imegresen kata "ok Encik, Encik boleh letak anak kat bawah dulu, kita amik gambar Encik". Dia letak je adik Luth kat bawah, lajuuuu je Adik Luth lari gaya macam dapat melepaskan diri..HAHAHA

Pastu nak amik gambar Adik Luth pun mencabar gila.
Cik Pu kena pakai kain putih ikat macam gunting rambut tu, sambil ampu Adik Luth kat kaki dia. Yang aku nasib baik dah settle uruskan hal Irdina Zara, boleh la entertain Adik Luth. Picit-picit bola yang depa sediakan untuk tarik perhatian Adik Luth pandang kamera. Mengah jugak weh! 

So, preparation untuk mak pak yang nak bawak anak-anak, sediakan tenaga yang banyak!

HAHAHAHA




Setelah berhempas pulas berperang berpeluh ketiak-ketiak bersama anak-anak, dan berhabis-habisan duit bayar passport, makanya marilah kita simpan dalam bag elok-elok supaya ianya selamat. :P 



Oh ya. Lupa nak bagitahu tadi.

Passport tu lepas kita register, tangkap gambar, bayar semua, dia akan siap dalam tempoh 1 jam. Contoh macam kami siap bayar semua dalam 3.45pm, then passport siap & boleh ambil pukul 4.45 pm. Tapi, masa nak ambil passport tu, semua pemohon mesti ada kat kaunter tu untuk urusan t/tangan & cop jari segala.




xoxo,

1 comment:

Martha Johnson said...

Good blog post....
Book online bus ticket from Redbus