Projek Mega

Assalamualaikum semua...

First, sorry sebab dah lama x update blog. Ada yang tanya aku kenapa lama tak update blog? Bizi sangat ke? Bukan apa, sekarang ni aku sibuk sikit buat satu projek yg ada dalam kepala hotak ni. Macam-macam nak kena pk & macam-macam nak kena handle. Rasanya diri sendiri pun dah macam tak terurus. Makan ntah ke mana, mandi pun kadang-kadang mandi, kadang-kadang skip..kah kah kah. Ok, tak kelakar. Tu memang betul-betul menunjukkan yg aku bizi. T.T

Yang aku katakan projek Mega tu adalah aku baru je tubuhkan Missdicup's shoppe. Mega tak mega sangatlah kan..huhu. Orang lain tu lagi mega giler gempak meletup-letup daripada aku. Aku ni baru nak start bisnes ciput-ciput ayam je..hehe..Tapi, aku percaya rezki ada kat mana-mana Allah dah bagi. Yang penting kita kena usaha lebih sikit, pastu tawakal..  (-.-)'



Missdicup's shoppe ni konsep dia jual barang-barang yang semuanya berasaskan ke-kretif-an kepala hotak kami.  Samada ianya datang dari kepala hotak aku ataupun cik pu..hehe..Untuk kali ni aku kena berkolaberasi dengan cik pu. Sebab? aku manalah pandai bab-bab design-design ni. Aku cuma jadik dia punya penasihat & akauntan tak bertauliah je..hehehe
''(-.-)'' (haruslah gunakan kepakaran pakwe sendiri kan..)

Sekarang ni beberapa barang dah dimasukkan dalam missdicup's shoppe ni. Contohnya macam craft2 items (buttons, car charm -cik dadu, keychain-cik love, dll), benda yg berkaitan dengan blog pun ada, contohnya macam header, banner, watermark dll. Untuk design header / banner / watermark ni, korang boleh request nak design macam mana. Nanti cik pu boleh tolong buatkan..Harga dia pun sangat-sangatlah berpatutan.

Setakat ni barang-barang yang ada taklah banyak sangat. Aku tengah carik lagi stock-stock barang yg boleh dibawak masuk ke Missdicup's shoppe ni. Tapi kalau korang nak buttons tu ada la beberapa pilihan. Harga pun aku rasa murah & sangat sangat berpatutan. Aku tak sampai hati nak letak mahal-mahal. (-.-)'


Tempahan drpd Kak Asmida - car charm (cik dadu) & keychain (cik love)


Salah satu pilihan buttons yg ada


So, kalau korang berminat nak beli apa-apa barangan di atas, takpun nak beli apa-apa benda berkaitan craft tapi tak jumpa, korang bolehlah request kat aku. Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Mungkin aku boleh bantu. Kalau berminat, bolehlah tengok-tengok kat :

1) Facebook missdicup's shoppe
2) Blog missdicup's shoppe
3) Email missdicup_o7@yahoo.com.my

Manalah tahu dengan support & pertolongan drpd korang semua, bolehlah aku kumpul duit kawen sikit-sikit dr sekarang kan...hehe.


Thanks korang sebab support aku selama ni. Korang memang rox!

Aku sayang korang!


2 Action comment:

mega apa?mega mall ka?hehehe..
tunjuk ajarku sifu..


kan hari tu dah ajar..

guana? dah brapa cik dadu & cik love dah dapat?

;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback