Langsir eyelet idaman


Setelah kita menservey lampu & kipas idaman (baca sini), marilah kita cuci mata untuk misi seterusnya...

-----> Langsir idaman...

Untuk part langsir, aku & Cik Pu berminat sangat dengan trend sekarang ni..

style eyelet

(sumber google)







Style kat atas ni, semua eyelet 1 layer

Cuma...yang bezanya corak @ warna langsir je lain..








Yang kat atas ni pulak jenis eyelet 2 layer

Kenapa dikatakan 2 layer?

Mula-mula hari tu, aku pun tak tahu..

ingatkan kalau 2 layer tu termasuk (sheer) day & night curtain   :p

rupanya mengikut kata tailor kak yus, 2 layer tu jahitan atas dan bawah langsir.

Ohh..nampak sangat tak pandai menjahit kan! 

wakaka

..............


So, setelah kami aku google style langsir2 idaman ni, aku mengajak Cik Pu ke Nagoya Sungai petani

Dah alang-alang ke sp untuk servey lampu & kipas hari tu, kita lajak sikit ke jam besar untuk ke nagoya

Ingatkan lepas nak pergi nagoya tu, bolehlah singgah sat ke Kamdar..tapi harremmm

Irdina dah buat perangai boring dia

Malahan, bukan Irdina je..bapak Irdina pun sama naik hantu

Adui..ni lah malas kalau p window shopping dengan kaum keluarga..

hasil tak memberangsangkan betul..

*hahaha*

So, dikesempatan kami ke nagoya sp hari tu, sempat jugaklah kami berangan nak langsir jenis yang mana..



kalau aku, aku ok je dengan kain corak belah kanan tu..

Asalkan tebal dan corak dia x serabut..


Kalau ikut Cik Pu, dia ok macam kat atas ni..

Dia pun sama macam aku..asalkan simple dah ok..tak serabut katanya..

Designer kan..of course la cerewet lebih kalau bab-bab corak & warna ni..

Aku ok saja.. :)

Pastu, naik tingkat atas...nampak kain semeter RM 5.00...wow!

Lagi murah...berkelip-kelip mata guwe

*hahaha*

Tapi, kau paham-paham la kan..kalau dah murah, pastinya kualiti dia kurang sikit 

- corak serabut & kain nipis

Tapi...aku ada ternampak kain yang memikat hati walaupun harganya RM 5.00

kain corak damask..not bad..Tapi, cik pu tak suka *buat muka hokeh!* 

Disebabkan dua orang budak ni dah muncung sedepa kebosanan, tak dapat aku nak bergambar dengan si kain langsir corak damask tu.. 

haish!

................


Selain kain langsir, mestilah kena ada rod & rail curtain jugak kan..

So, sambil menyelam marilah kita minum air..

Skodeng skali tang rod nya..





macam-macam jenis rod ada..

Kau cakap je nak jenis apa..metal? wooden? Aluminium?

Sediakan duit je la kan..hehe





Selain kain langsir & rod....roller blind pun ada..

Kalau-kalau teringin nak letak kat dapur ke kan :p

...........


So, langsir dah tahu dah nak bajet berapa....tinggal servey rod sikit lagi

rasanya kami akan servey ke kedai hardware pulak

Kita tengok berapa RM kena keluar...

*nanges*



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey









5 comments:

Unknown said...

salam..nk tnya rod kayu rm14/kaki tu bli ktne?termasuk pasang ke?

missdicup said...

wsalam..yang ni sis boleh pm sendiri Facebook kak Yus tu..Fb : Yusni Yahya

Anonymous said...

Langsir Eyelet!!!
Dengan mesin penebuk lubang eyelet,kerja anda MUDAH,CEPAT & KEMAS!!!!!
Dapatkannya sekarang...just punch sahaja,terus terbentuk bulatan yg kemas & cantik..xperlu gunting gunting..
Call/whatsapp 0199380263
(Serious buyer only)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nisha said...

Salam

Sy cari FB Yusni Yahya tapi x jumpa.. Boleh bagi link fb lak yus ni x?tq