Akibat pakai mouth guard

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Entry kali ni aku nak cerita pasal akibat pakai mouth guard. Akibat tu tak la akibat sangat. Tapi lebih kepada perasaan & emosi semata-mata..First time la katakan..hehe! (-.-') . Hari ni masuk malam kedua dah aku pakai mouth guard ni.

Haish. Susahlah nak membebel dalam bentuk karangan. Aku list-kan satu-satu la ye.. :-')

1) Masa malam pertama pakai gigi plastik tu (mouth guard), masa mula-mula aku nak pakai tu ada la lebih kurang tiga empat kali jugak la aku termuntah-muntah. Rasa tak biasa sangat. Rasa macam kena jadi pelakon dalam cerita Halimah Jonggang. Tiba-tiba rasa memiliki gigi besar rumah.. T_T

2) Mula-mula tu tak dapat tidur. Mulut tak dapat tutup dengan sempurna. haih!

3) Disebabkan mulut tak dapat ditutup dengan sempurna, aku rasa masa tidur tu mesti banyak peta akan dihasilkan. Air liur meleleh-leleh keluar dari mulut tanpa disedari -tu aku rasa la kan..haha! (mintak-mintaklah tak). Kalau ye, malulah aku dengan bakal suami.. (keh keh keh).

4) Kalau kebiasaannya, sebelum tidur aku akan bercakap dengan Cik Pu dalam telipon. Tak Cik Pu telipon aku, aku akan telepon Cik Pu. Dah nama pun bercakap sebelum tidur kan. Of course la tutup lampu bagai disulami feeling-feeling nak tidur. Dan semenjak dah pakai gigi plastik ni, aku gagahkan jugak bercakap dengan kadar sempurna. LOL. Kalau tak gagahkan, aku rasa aku bercakap macam budak tadika. Pelat! Korang bayangkan macam pakai gigi plastik hantu 20sen tu je la..macam mana?  Tak selesa kan?

5) Puan Emak pernah tanya aku. Pakai gigi plastik masa tidur ni tak tertelan ke nanti? T_T Aku ketawa berdekah-dekah sampai nak mati. LOL. Hai Puan Emak, kalau ye pun jangan la menakutkan aku sampai macam tu sekali. LOL. Ada ke sampai tertelan? Takdelah! Mouth guard tu betul-betul ikut acuan gigi kitalah..mana boleh tertelan..Kalau tertelan jugak, sendiri carik nahas la tu..hahaha!

6) Walaupun susah nak tidur atas sebab gangguan pemakaian mouth guard ni, aku tabahkan jugak hati. Malam-malam sebelum nak tidur tu, aku bisik pada hati - ni semua untuk kebaikan diri sendiri, untuk kesihatan aku. Then semua jadik macam biasa. Aku percaya - apa yang kepala hotak kau dah programkan, tentulah anggota lain akan ikut. Aku positive-kan diri!

7) Pada siapa-siapa yang bakal pakai mouth guard tu, buat relax je..jangan takut tak selesa. Mula-mula tu memanglah tak selesa. Tapi bila dah lama-lama tu, ok je..Rasa macam seronok pulak bila pakai. kalau tak pakai, rasa macam tak best..LOL (dah terbalik dari normal)..hahaha!


Eh eh, Halimah Jonggang tu pakai apa ek? Mouth guard jugak ke? 


3 Action comment:

salam

berapa harga mouthguard tu?


FREE...buat kat tempat kerja sendiri..hehe!


salam, bre harga mouth guard tu ya?? klu kt klinik gigi free ke?? klu kt farmasi ade jual tk??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback