Ampaian idaman

Classification :

Wah..semenjak rumors kunci rumah nak dapat bulan 4 ni....bukan main lagi kau kan..

Asiklah tajuk  .......- idaman

lampu kipas idaman, langsir idaman, terbaru...ampaian idaman pulak

*Idaman sangat kan*

Takpe..idaman kan tak kena duit..

*urut dada*

.......


Ok..takpe..kali ni mari kita berimpian tentang ampaian baju

Hari tu sebelum Nurul si labmate aku ditukarkan ke lab genetik semula, kami ada borak-borak pasal ampaian baju ni

Mula-mula tu, aku plan macam nak tempah ampaian macam kat rumah rawang tu je..

jenis sangkut kat dinding tu

(sumber : google)



Jimat ruang pun jimat ruang..

Tapi...bila bincang balik dengan Cik Pu, Cik Pu tak berapa nak setuju sangat dengan idea ampaian ni

Dia takut baju yang "bakal" aku nak jemur nanti tak muat muatannya.

*cis*

Sabo jelah mak jemah

wakaka

........


Tapi..bila difikir-fikirkan kembali, betul jugak apa yang Cik Pu cakap tu

Kalau dinilai sekarang ni pun..memang tak muat.

..heh..  

*sengeh-sengeh*

Kami berdua kan sama-sama keluar bekerja..

Dan aku pun pjj kan..So, masa tu agak limit sikit la..

Makanya..weekend je la masa nak mendobi, menjemur dan melipat.

Hari lain sibuk tulis blog dengan kerja masing-masing

Aku dengan sibuk nak siapkan assignment & anak..

Manakala Cik Pu pulak kadang-kadang sibuk dengan kerja-kerja design di sebalik tadbir dia tu..

So..weekend je la ada kelapangan sikit.

.......


Berbalik pada cerita ampaian dengan alasan aku kat atas tu (hehehe), Cik Pu suggest supaya kami tempah ampaian yang multitasking sikit.

Contohnya macam ni :

(sumber : google)



Maksudnya..banyak sikit la tempat nak sangkut baju-bajan kami di hari weekend

.......

Hari tu, masa borak-borak dengan Nurul tu, dia kata jiran dia dah buat..

Harga dalam RM150 - RM 200

Tapi, aku servey dalam internet harga dalam RM 400 - RM 500

haih..takkan untuk tempah ampaian saja dah RM 500?

Besau bajetnya tu... :p

Dan pastinya Cik Pu takkan pertimbangkan plan nak tempah ampaian kalau macam ni harganya.

*huhu*

Takpe..takpe..nanti kita p servey sama-sama kat kedai Chong Wei belakang Lot 8 tu ye bang..

Pastu...kita plan nak buat macam mana..

Kalau mahal sangat, kita nangis sama-sama

*hahaha*



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey


0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback