Grill Rumah Idaman

Classification :



Disebabkan aku ni dah tahu minggu ni nak dapat kunci...

makanya berkuntaulah aku buat perkiraan apa step yang nak kena buat..

Dan salah satunya adalah menservey design grill idaman kalbu kat internet

Internet je la kan..nak melilau p kedai besi...weols takde masa..

*Hikhikhik*

......


Banyak design yang cantik-cantik lagi menawan plus menambat hati

Tapi..memandangkan bajet ala-ala je, marilah kita sedar diri..

*hahaha*


Setelah membuat beberapa pembacaan di beberapa sumber,..banyak ilmu yang aku dapat..

Antaranya..

sebelum kita nak pasang grill ni ada beberapa benda kita kena fikir :

1. Grill jenis apa 

2. Design / Corak yang macam mana

3. Nak guna kemasan apa (finishing)

4. Nak tempah kat siapa

5. Dan yang penting....of course la bajet

Perkara ke 5 ni yang akan mempengaruhi jenis grill yang kita nak buat tu.. :)


________________


Ok..sekarang kita p one by one. No. 1 - Grill jenis apa. 

Grill ada banyak jenis rupanya..Antaranya :


1. Mild steel (besi biasa)

2. Wrought iron

3. Stainless steel

4. Aluminium


Biasa yang kita tengok orang pakai grill jenis wrought iron ataupun Mild steel (besi biasa).

Dari pembacaan aku, ada yang kata wrought iron ni bagus sikit dari Mild steel..

Tapi ada yang cakap dua-dua tu sama je ketahannanya.. (sumber)


Dua-dua jenis grill ni ketebalan dia sama dan ada saiz yang kita boleh request (nipis --> tebal)



Kedua-dua jenis grill ni ada yang jenis hollow (berlubang) dan ada yang solid (penuh).


Biasanya kalau yang corak lurus tu, besinya hollow.

Kalau yang corak-corak bunga tu biasanya solid.

Dan off course la solid lagi tahan dari hollow..

Tapi, ada je orang yang buat gabungan antara solid dan hollow..


Selain dari mild steel dan wrouht iron, grill jenis stainless steel ni pun ada orang guna..

Cuma harga dia sangat dan paling mahal dari semua jenis grill.



Lagi satu, grill jenis aluminium...

Grill jenis aluminium ni jarang kita jumpa kat Malaysia (sumber)

Jenis ni ringan tapi dia tahan.

Kebiasaannya orang oversea yang pakai jenis aluminium ni...

________________


Next chapter.....No 2. Design / Corak yang macam mana 

Yang ni terpulanglah pada si pemakai..

Lain orang, lain citarasanya..

*hikhikhik*

Aku dengan Cik Pu dah sebulat suara nak pilih design yang simple-mimple..

Tapi...still aspek-aspek keselamatan dipenuhi.. :)

Bab aspek keselamatan ni sebenarnya Cik Pu lagi utamakan..

Maklumlah orang lelaki lah katakan..

Yang aku ni, asal cantik dimata berkenan dihati dah kira OK dah..

*huahuahua*  (-_-')

Antara design-design yang menambat hati :



Style yang lurus-lurus je..

Tapi ada 2-3 orang member kata bahaya kalau buat grill macam ni..

Senang perompak nak bengkokkan & bukak grill ni..

Cik Pu suggest..kalau nak buat macam ni jugak..kena tempah yang tebal punya la..

Haih abang,,kalau tebal besinya..tebal la $$$$$

*hahaha*

(Berkenan pulak kat "handle" pintu belah kanan tu... :)





 Selain style yang lurus-lurus tu...

Iols berkenan kat style S...

Baca betul-betul ye.."Iols"..bukan "Weols"..

Maknanya Cik Pu tak berapa berkenan..

Sebab? Dia kata side sebelah je tebal..sebelah lagi nipis..

Adeih...sob sob sob  (-_-')



Ni contoh grill bakal jiran jauh kami...

(Hai jiran............hahaha)



Selain style lurus & bentuk S, ada beberapa design lagi yang simple..

Tapi biasa dah orang buat..

(Rumah sewa kami pun design ala-ala macam ni..)




Ataupun style S, tapi ada ciri-ciri keselamatan macam ni...mungkin?




Pastu..

aku berangan-berangan nak buat grill belah belakang (kat laundary area) macam ni :


pape pun...kita tunggu keputusan BOS besar aka Cik Pu kita... :)


__________________


Lepas dah tahu jenis grill, design macam mana..next No 3. Nak guna kemasan apa (finishing)

Yang ni merujuk kepada kemasan cat grill yang kita nak tempah.

Mostly ada 2 pilihan :

1. Metal gloss (cat biasa) 

- Cat besi biasa
- Kalis air tapi tak tahan lama..mudah berkarat
- Mula-mula berkilat dan licin tapi lama-lama jadi pudar dan kesat dimamah masa dan cuaca.

2. Powder coated

- Cat khas yang digunakan untuk melapisi besi grill dan selepas cat, ianya dibakar dalam ketuhar / lohong besar. 
- Kalis air, lebih berkilat dan lebih licin...dan yang paling penting tahan karat..
- Senang nak lap /cuci...
- Cat takkan tertanggal. 
- Powder coated ni applicable utk kedua2 jenis besi biasa (mild steel) dan wrought iron. 
- Dan off course...harganya mahal lagi...


_______________________


Persoalan seterusnya.... No 4. Nak tempah kat siapa?

Cik Pu cadangkan kat 1 tempat ni..

Kedai dia area kat Lot 8 berhampiran tempat kerja kami..

Chong Wei Foundary

Ramai staff kat tempat kerja kami buat kat dia ni..

Tapi...aku pun ada la jugak dapat contact dari kawan aku yang masuk rumah baru..

Kim  : 016-4362122

Nanti kita calling-calling tanya harga.. :)


__________________________


And the last but not least.... Chapter No. 5 Bajet

Bajet tu....kena tepuk poket, tanya kemampuannya..

*hahaha*

Bajet kami untuk grill 1 rumah ni dalam RM 2000 - RM 2500

Kalau kurang total amountnya, alhamdulillah...boleh beli benda lain.

Kalau lebih bajetnya...kita discuss kasi kurang la jawabnya..

*mihmihmihmih*


_________________________

# Nota Tambahan :

1. Kunci kena request double lock..boleh tambah selak atau kunci daripada dalam.

2. Request tambah "telinga" untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...

3. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besi yang ditanam dan weld ke tingkap..

4. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drpd luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..


__________________________


Walau pape pun...

Semoga segala perjalanan dan proses sehingga masuk rumah selesai dengan lancarnya..

amin.....  :)





sumber :




Baca lebih lanjut : Our New Home Journey

17 Action comment:

Sgt infomative info cik..thx...ching wei foundry ni belah ea cik?...belah bangi dia buat tak?



chong wei ni di kawasan kepala batas.. :)


chong wei kat dpn perumahan yang baru siap tu ke?


This comment has been removed by the author.

baru nak mencari cari..kits d kwsan yg sama :)


Bangi avenue?


Tak...kawasan Bertam Putra, Kepala Batas Pulau Pinang... :]


that is my grill hehe..


Rumah tu double storey dak bajet mcm tu?


sayahappyslalu : saya pinjam gambar buat rujukan... :)

raihanah: terima kasih :)

kinnik : tu kena tanya kat orang yang awak bak buat grill tu la..nanti dia akan bagi spec grill + harga


Salam..di mana ye kedai grill chong wei tu? Saya tinggal di bertam indah


Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298


Terima kasih info..sy pun tgh mencari2 kedai/org utk buat grill kat bertam putra.. ☺☺

Mintak izin nak copy paste info dan simpan utk rujukan ye. (^_^)


Sy membuat grill area kota bharu..harga n kualiti dijamin..buat part time..call 0189048259


Assalam.. Blackpearl Construction.. kami menyediakan perkhidmatan renovate rumah grill pagar wiring.. harga berpatutan dan berkualiti.. in shaa Allah on time.. base di meru klang.. kwsan kl dan selangor.. blh hubngi sy whatsapp or call hafiz - 01152882023


terima kasih ye. info ini bermanfaat utk saya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback