Home Defect Checklist


Tadi baru je dapat surat dari developer rumah menjemput kami untuk ambik kunci rumah minggu depan..

Yeay!

*menjemputlah sangat kan*

...heee..

Alhamdulillah..

Excited memanglah excited..

Tapi ....bila dah dapat kunci, ini bermakna banyak kerja nak kena buat..

(-_-')

...heee...

..........


So...benda paling utama sekali setelah aku research & tanya semua orang adalah buat Defect Checklist ke atas rumah baru kita tu..

Checklist ni katanya samada kita boleh buat sendiri ataupun boleh mintak kat developer

Tu pun kalau developer rumah kita rajin la kan..

Kalau tak, ambik jelah checklist yang kat bawah ni... =)

Sebelum nak p check defect rumah tu, seharusnya kita ada beberapa peralatan :

PERALATAN
Masking tape (saiz besar)

Marker Pen Merah

Kertas A4 & Pen

Kamera @ Handset

Test Pen / Alat yang boleh check suis

Sticker Label – Label kunci- kunci

Lampu Picit

Tangga


Ok, Setelah segala peralatan dah ada...

Marilah kita mulakan projek mencari defect dalam rumah baru kita!



AIR

1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.

2. Tutup dan buka semua kepala paip - pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut / patah / longgar.

3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh.

4. Bila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Kalau tak, kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.

5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu. 

6. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya - Pastikan takde yang tersumbat. 

7. Mangkuk tandas - Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.

8. Kalau ada : Drain pipe untuk aircond - Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).



TANGKI AIR

1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air - yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia.

2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing - masa install pemaju pakai letak jer, bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir.

3. Paip limpah tu kena check juga, kalau pelampung rosak, air tu pegi mana.

4. Pasang air kat meter, pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function



ELEKTRIK

1. On kan main suis - kemudian on kan suis fius tu satu persatu.

2. Test Soket 3-pin tu satu persatu. Guna test pen / alat yang boleh check suis - so kita boleh tahu mana satu yang problem.

3. Test semua suis kat rumah - pastikan tiada yang ketat atau tak boleh nak tekan.

4. Ketuk kat tepi semua soket/suis - pastikan simen tepi tu penuh. Kalau ada ruang kosong, takut next time mudah pecah.



DINDING

1. Periksa dinding rumah – tiada retak, cat tanggal, plaster tanggal ataupun kotor



TILES

1. Check satu persatu tile dalam rumah - kena ketuk keliling perimeter tiles (guna belakang pemutar skru panjang), kalau ada bunyi kosong, tandakan dan minta pemaju pecahkan dan tampal yang baru dengan elok.

2. Kalau ada yang pecah sikit atau retak - minta tukar juga.

3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok.

4. Kalau ada air bertakung, tu maknanya memang tile tu level dia tak sama..so tandakan juga.



PINTU, PAGAR DAN KUNCI

1. Tukar semua kunci depan dan belakang - sebab keselamatan, takut dah diduplicate.

2. Jika pintu belakang playwood - Tukar pintu & guna kunci yang ok (double lock & dead lock)

3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada enselnya.

4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof. Jgn simpan tangga kat belakang rumah.

5. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya, nanti rosak haru pulak tak boleh buka. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..

6. Buka semua pintu semaksimum mungkin – Pastikan pintu tak tersangkut dgn lantai.

7. Pastikan pintu tidak berlubang, retak atau rosak tak boleh buka.



TINGKAP

1. Buka tutup tingkap semaksimum mungkin - Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.



BUMBUNG, ATAP ATAU CEILING

1. Time hujan - tunggu dalam rumah atau check kat siling (selalu time hujan lebat jer bocor atap tu)

2. Pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing - minta pemaju replace segera.

3. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air - tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu.

4. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul - bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung.

5. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah (bahagian atas siling) proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan.



SEBELUM BALIK

1. Test dan label semua kunci-kunci rumah yang diberikan oleh developer dengan sticker label.

2. Kunci rumah - pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan access mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik selepas anda explore rumah

3. Beli kunci untuk meter air kat kedai hardware




THINGS TO DO

Bila dah dapat detect segala mak nenek defect, kita tandakan satu persatu tempat defect tu dgn selotape besar. Di sini kepentingan salotape bersaiz besar diperlukan - mudah nak tulis nombor & apa defectnya. Kemudian, tampalkan.

Kamera @ handset diperlukan untuk ambil semua gambar tempat defect tersebut

Pastu korang print gambar tersebut bersama maklumat tempat defect tu. Kalau nak buat dalam bentuk table pun cantik jugak..

Dan.....submit ke pemaju..





sumber :


1 comment:

Anonymous said...

Salam..email iitcon103@gmail.com for building inspector. competitive price.