Kontraktor rumah

Classification :

Setelah menservey-servey beberapa kontraktor untuk pecah & tambah bahagian belakang, akhirnya kami berjaya jugak jumpa kontraktor bersama quotation yang menepati citarasa dan bajet kami..

So...mudahlah kami nak buat perbandingan dan reject mana yang tak perlu.. 

*reject la sangat kan...*

Hajat di hati nak pecah & tambah bahagian dapur, plus nak naikkan tembok & buat pintu kat bahagian laundry




 Kiri - Plan asal, Kanan - Plan kami

..............


Setakat ni..kami dah jumpa 3 kontraktor dengan quotation yang lain-lain harga..

Naik pening jugak nak memikirkan nak pilih mana yang terbaik beserta harga yang murah dan kualiti dah terbukti..

Tu pun..mula-mula kami just jumpa 2 kontraktor je..

Sorang cina, sorang melayu


Yang cina bagi harga lumpsum...

Yang melayu siap ukur-ukur setiap sisi..

yang kanan ni bukan kontraktor...wakaka



Pikir punya pikir....fuh! over bajet sangat ni..

Kalau ikutkan..kami bajet untuk pecah & tambah dapur tu just RM5k je..

Tu pun kiraan berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang duduk dekat-dekat situ..

huhuhu

(-_-')


Balik rumah, mainlah biola kami suami isteri di tepi pokok ketapang..

Si isteri tanya laki - "ok ke bang bajet kita?" 

Si laki tanya isteri - "kamu rasa macam mana?"

So..kami laki bini pun macam nak pasrah dan berpendapat...mungkin bajet kita ciput sangat kot..

So, kita kena upkan bajet..

Ok..persoalan dua laki bini tadi terhenti kat situ.

........



Pastu...

Pada suatu hari yang damai..kejadian berlaku dalam lab..

kawan Cik Pu tanya aku "macam mana rumah? dah jumpa kontaktor? berapa dia kasi?"

Aku dengan pasrah cakap.."weh..takde pun bajet yang hang cakap tu..semua lebih RM5k la..huhuhu"

*huhuhu tu takde...hanya dalam hati*

Dia terus call ntah sesape ntah, terus deal nak jumpa petang ni..

Padahal..petang tu kontraktor nak ukur grill nak datang rumah..ok kan ajelah..

Dah ada orang nak tolong kan..  :]

.........



Rupa-rupanya yang dia call tu Abang Saad..

which is dia salah sorang kontraktor yang datang introduce diri masa kami baru dapat kunci rumah hari tu..



ngeh ngeh ngeh

Ingatkan abang Saad tu just buat plaster siling je..

Rupanya boleh buat semua...dan harga pun berpatutan..

Tulah....hari tu kami tak tanya betul2 kat dia..  

(-_-')



So, setelah ditimbang tara....makanya :


Mungkin kami akan mintak Abang Saad yang buatkan belakang tu..

Harga pun ok..kualiti pun ok berdasarkan rumah kawan-kawan yang dia dah buat..

So..kita tunggu jiran sebelah rumah buat major renovation dululah...

Pastu..baru kita start kita punya..

Jangan gelojoh ye kawan-kawan...rumah tak lari ke mana..

*hahaha*

^_^

..........




Ada jugak aku baca tips-tips nak carik kontraktor rumah ni :

1- Seelok-eloknya kontraktor dari rekomen kawan-kawan / saudara mara yang dah gunakan service dorang..So, dah terbukti kualitinya dan lebih selamat daripada kes-kes tertipu ni..

2. Kena tahu alamat rumah @ office kontraktor - senang nak carik kalau ada apa-apa hal..

3. Jangan gelojoh terus bayar deposit ke apa..Better panggil 3-4 kontraktor datang rumah untuk bagi quotation. Pastu boleh compare based on material yang dia guna, berapa lama boleh siap, apa yang dia boleh bagi, dll.

4. Kalau boleh, carik kontraktor yang tinggal dekat-dekat je dengan rumah kita tu - takde extra cas & senang nak panggil kalau ada pape urusan..

5. Kena double check apa yang kontraktor offer @ cakap..Jangan terlalu percaya 100% kat dorang..

7. Bila semua kita dah buat, just tawakal dan doa kepada Allah supaya kontraktor yang kita pilih tu amanah, jujur dan buat kerja dengan cantiknya!

...........


So, bagi sesiapa yang nak carik kontraktor macam kami jugak..

terutama area Kepala Batas, Pulau Pinang (Bertam khususnya), boleh contact :


Saad 
019-5492263

Mie (Perniagaan Mieza Jaya)
019-5794622

Kim Design & Renovation
Kim : 016-4362122
Peng : 016-4336766




Sumber :


4 Action comment:

murah je grill dia rm2300...sy buat RM3k...tapi dua pintu ada bunga lah...


klu nk renovate bleh mai tgok rumah saya di taman yang sama.price ok juga.


-boleh tgok rumah saya bertam perdana 3 maya 2.bru je renovate.price boleh tahan.klu berminat boleh mai tgok rumah saya dulu.email saya 'filwan_1983@yahoo.com'


As salam. Nak tanya abg saad tu buat ok tak. Baru call dia tadi. Saya nak reno rumah baru saya kat spg 4 tasek. Jazakallah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback