Make over Bilik Utama & Kedua : Posisi

Classification :

Sebenarnya sebelum nak make over Bilik Utama hari tu, aku dah pergi melawat rumah jiran yang terdekat..

Maknanya aku dah jadik mak enon dan mak jemah dulu sebelum nak ubah bilik ni..

atau kata lainnya aku dah p skodeng kat bilik jiran aku...*kihkihkih*

Semua aktiviti skodeng ni aku lakukan masa raya baru-baru ni..

Tapi, dengan keizinan tuan rumah la ye..

Ko ingat aku apa? mata melilau? HAHAHA

Dan bila dah skodeng2 tu, ofcos la kita bandingkan dengan bilik kita jugak kannn..

lumrahlah tu...aku tahu..korang pun sama..kan kan kan? *angguk2 geleng2*

....

Bila dah bandingkan tu...timbul pulak rasa tak puas hati.. (maklumlah mak buyung tengah mengidap OCD..)

Macam ada yang tak kena.

Apahal bilik orang lain nampak besar dan banyak ruang?

Apsal bilik kita nampak kecik?

Padahal keluasan bilik sama je..

Start dari persoalan ni la aku rasa aku perlu buat sesuatu... (sesuatu sangatttt..haha)

.....

Tapi, sesuatu tu terpendam je la kat situ..tak buat apa-apa pun sampailah semangat tu datang balik..

Masa bila?

Masa Afiq nak kahwin hari tu, kami balik Rawang dan kebetulan dah plan nak pergi Ikea..

Kalau dah pergi Ikea tu, kau tahulah kan semangat dia macam mana..

Lagi berkobar-kobar..padahal beli apa pun tak sangat..hehe

...

Pastu, balik dari Ikea tu, aku bincang dengan Cik Pu...

Dan of cos aku la ya usulkan cadangan mak over2 ni.

nak harapkan Cik Pu?

ntah-ntah sampai bila-bila pun dia ok je dengan pemandangan bilik yang tak berapa nak ada ruang tu kannn..

(mungkin sebab naluri lelaki kot yang memang berfikiran mudah dan tak complicated..hehe)

(atau mungkin sebab aku tengah menghidap OCD level tinggi punya..hehe)

......

Pastu terus la melukis plan atas kertas kotor...tak silap aku, atas sampul surat..


Dan mesti korang tak paham...

So, marilah aku terjemahkannya dengan menggunakan label :


Tapi, tak semua plan yang kami rancang kami turutkan..

Mula-mula plan nak beli baby coat...tapi maybe tak jadi...

Lepas depa pasang katil king hari tu, ruang yang tinggal cuma cukup-cukup ja...

So, plan B adalah cancel untuk beli baby coat untuk 2nd baby...

Padahal aku dah berkenan sangattttt dah dengan baby coat dari Ikea ni :




Takpelah...kita ikut Plan B je la...

ruang tu lebih penting...baby coat ni kendian-kendian pun boleh beli..

*nak sedapkan hati...HAHAHA*

....

Bila Bilik Utama dah make over, bilik ke-2 of cos la ter-make over jugak la kannn..

Katil Queen yang lama dah dipindahkan ke bilik ke 2

Dan bermakna, bilik ke-2 tu dah boleh fully utilize untuk tetamu yang datang nak tumpang tidur..

Bukanlah lagi stor yang menyimpan 1001 khazanah lama atau timbunan kain-kain yang tak berlipat...HAHA



terjemahnya kepada ini :


Plannya nak jual meja solek & play pan tu..tapi hasrat tergendala..

Pastu, bila dah pindah katil queen masuk bilik ke 2 ni, boleh muat lagi meja solek tu...

so, kita pendamkan dulu hasrat jual meja solek tu sampai diberitahu kelak...

Bila rasa semak nanti, kita let go saja la...let it go..let it go...

Dan aku mintak maaf awal-awal, gambar real Bilik Utama & kedua tak sempat nak ambik sebelum kewujudan entry ni..

Lain entry mungkin?


0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback