Make over Bilik Utama : Katil King

Classification :

Disebabkan ada bajet lebih dari duit oncall 2 bulan yang tak masuk2 hari tu dan bulan ni dia masuk sekaligus plus dapat duit kutu, aku kami decide beli katil baru...tapi, King saiz punya..

Ntah angin apa datang dari mana pun aku tak tahu..

tetiba je aku usulkan ke Cik Pu cadangan nak beli katil king..

mula-mula terkejut jugaklah dia kan..

Tapi, setelah aku bagi beberapa justifikasi dan buat muka ala2 Isti (si kucing), Cik Pu redha luluskan permintaan aku tu...

(Berani dia tak luluskan....kih kih kih)

.....

Setelah seharian p survey dari arah utara ke selatan SP, dapatlah kami simpulkan yang harga katil King bawah RM 1000 memang kurang..ataupun boleh diklasifikasikan sebagai takde

Dan range yang perlu dikeluarkan adalah antara RM 1300 dan ke atas..

Mungkin ada lagi rendah dari RM 1300, tapi dia punya kepala katil atau base kayu divan tak berkualiti sangat...(ni dari apa yang kami survey)

Survey punya servey, sampai nak patah pinggang dibuatnya..

Macam-macam kedai masuk..ada yang member recommended, ada yang expo, sale...tak sale, semua p..tapi harga semuanya lebih kurang..

Dan satu lagi...semua katil King bukan semua kedai ada stok..makanya kena tempah dulu baru boleh.

Dan take note, kalau nak tempah, akan amek masa paling min 7 hari bekerja...

Bila semua kedai kami p tu aku tak puas hati sangat dengan design dia...Cik Pu mula fedup.. *huahuahua*

Time ni aku dah mula buntu dah...dengan aku-aku sekali naik fedup..

Kami pun pasrah jelah.. 

*macam pencarian sofa dulu la...survey punya survey, last2 sampai sekarang tak beli pun sofanya...kahkahkah*

Tapi.....

disebabkan mata aku dah tak berdaya tengok Cik Pu suka tidur bawah, dan memikirkan nanti ada baby baru lagi...aku gagahkan jugak pujuk Cik Pu

So, Cik Pu suggest kami p tengok pulak kat kedai perabot area Khailan (sebelah sekolah Cina), tapi hari lain...bukan hari tu... 

*ko nampak tak betapa penat tabahnya Cik Pu melayan kehendak perempuan sorang ni? kohkohkoh*

....

Pada hari lain, waktu lain, sampailah kami ke kedai yang nak dituju tu..

Dan yang terkejutnya...Tokei kedai tu masih ingat kami pernah survey sofa dolu-dolu.. *hahaha*

Dan-dan tu dia kata sekarang depa ada promosi katil divan..

Disebabkan kami memang tergedik-gedik sangat nak katil King, tokei kata kena tempah (sama yang macam kami survey)

Mula-mula tu dia dok kira tilam sekian-sekian harga...katil sekian-sekian harga..

Disebabkan tokei dah kenal kami, kami dah kenal tokei, aku mintaklah nego..harga bagi jadi orang kata..

Lepas tawar-tawar pakai mulut laser aku ni (hahaha), dia kasilah kami RM 1500 untuk katil + tilam 10 inci (12 tahun warranty)

Bolehlah kannnn...kau nak tebal mana lagi..HAHAHA

Colour katil boleh pilih samada putih, dark brown ataupun hitam..

Nak bagi matching dengan almari yang sedia ada kat rumah tu, kami decide pilih warna dark brown..

Pastu aku mintak sekali dengan pakej ubah katil Queen lama ke bilik sebelah, alihkan almari 8 kaki sedia ada ke posisi yang lain...

Dan tidak lupa jugak FOC 4 bantal kepala..

Mengucap panjang dia dapat customer macam aku..HAHAHA






Dan dengan ini....bermulalah projek organize aku untuk Bilik Utama ni......*to be continue soon*


(Mak buyung dalam mood tengah rajin gila mengemas atau tengah menjadi OCD...errrkk)

Oh ya..kepada yang berdekatan, kalau nak p survey2 katil ka, meja makan ka apa ka, bolehlah ke kedai :

Galeri Set Bilik & Katil Idamanmu
1951, Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang

Tel & Fax : 04-5742158

Jangan risau, aku takde share pun dalam business tokei kedai ni..


0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback