Pertandingan Mewarna


Alhamdulillah..tak sangka dalam 2 minggu berturut-turut Irdina dapat join pertandingan mewarna.

Aim kami hantar dia p pertandingan ni bukan nak menang sangat pun..

Cuma lebih kepada nak dia explore dunia luar, nak dia kutip pengalaman, nak build dia punya confident level up.

Kalau menang tu...kita kata bonuslah kannn.. (tapi setakat ni belum lagi..hehehe)



16 Oktober 2016 (Ahad) hari tu kat area rumah kami ada pertandingan mewarna kanak-kanak anjuran Tupperware brand.

Dari pemerhatian aku, ni salah satu marketing strategy depa. 

Jemput anak dan off course-lah mak bapak akan pergi sekali kannn..hehehe

Ahhhh..tak kisahlah depa punya marketing strategy ke apa ka..asalkan tujuan kami nak hantar anak mewarna, that's it.

Pertandingan ni fee dia RM 5 untuk satu penyertaan.

Ni pengalaman pertama untuk Irdina Zara.

Dan ni jugak pengalaman pertama kami sebagai mak bapak yang hantar anak mewarna (nak jugakkkkk..hehe)









Masa mula-mula sebelum nak start mewarna tu..muka Irdina macam cuak-cuak je kann..

Tak tahu samada dia takut dengan orang yang jaga pertandingan tu atau mak bapak dia takde berdekatan kat situ.

Kau tahulah Irdina kannn..sangat-sangat selektif pada orang..bukan semua orang dia boleh nak hadap.

Tapi, kami bersyukurr sangat...bila pertandingan tu start, dia pun start bawak diri, colour kertas lukisan tu.

Aku risau sangat..tetiba dia menangis pulak kat situ..haruuuu. Tapi alhamdulillah, tak pun :P

Dari pertandingan ni, banyak pengalaman yang kami boleh dapat sebagai mak bapak :

1. Kalau ada pertandingan mewarna lagi, boleh join lagi. Kita rasa anak kita macam kecik lagiii..padahal, depa boleh je bawak diri. Kita sebagai mak bapak pun boleh bagi lebih moral support kat anak kita. 

2. Kalau kau rasa dah sediakan anak kau dengan pensel colour dah cukup lengkap dah...akan ada orang lain yang lagiiii lengkap...hahaha. Aku berharappp sangat masa tu Irdina tak rasa dia kekurangan kelengkapan ke apa (Ok, ni mak yang over! hahaha)

3. Cik Pu cakap..lain kali kena beli meja kecik jepun lipat-lipat satu kat Irdina khas untuk pertandingan mewarna dia (Ni bapak yang over!). Aku rasa, kalau kita spare buku @ kertas tebal pun dah ok dah kot...kot la kannnn..kot?





Kau tengok la Irdina tu..sempat pulak jeling-jeling kakak sebelah punya lukisan.

Kakak Sebelah dia tu kalau tak silap aku kategori B - Budak umur 7-12 tahun.

Irdina daftar kategori A - Umur 4-6 tahun.

Kakak sebelah dia tu dah siap colour masa ni..So, dia tengah touch up apa yang patut.

Tapi, Irdina punya kertas lukisan banyakkkkk lagi yang tak colour..

Puas kami mak bapak bagi kata-kata semangat kat tepi tu..suruh dia colour sampai habis..tak habis jugak...(kau nampak tak over tak over mak bapaknya..mak bapak budak lain relax je...hahaha)







Time ni masa mewarna dah nak habis dah..kira-kira dalam sejam setengah.

Irdina dok kepoh-kepoh tengok orang hantar kertas..Dia punya tak siap-siap lagi...

Pastu mulalah nak buat-buat garu-garu kepala, muka monyok monyok...

Apa? kau ingat ada masa tambahan???  hahaha



Alhamdulillah...Adik Luth Zafran senang sangatttt nak jaga dia masa ni. 

Macam paham-paham je kakak dia tengah masuk pertandingan mewarna..

Tak merengek tak menangis apa, ok je..Kot dia pun nak bagi moral support jugak kot..

Bila adik dah tido, kami letak dalam stroller kakak pun dia ok je.. 



Balik dari pertandingan ni, terus kami terjah kedai beli "hadiah" untuk Irdina.

Oh ya..pengalaman ke-4 kami dapat hari tu:

4. Kalau dah tertulis itu rezeki kau, tu memang rezeki kau. kalau Allah tak izinkan itu bukan rezeki kau, tu memang bukan rezeki kau. (paham tak???) 

Ok, nak dijadikan cerita...kalau ikutkan, kakak yang duduk sebelah Irdina tu menang 1st prize untuk kategori B. 

Tapi masa organizer announce pemenang tu, mak budak tu balik rumah kejap (kot adalah benda @ anak lain yang nak diuruskan tu kot kannn), just tinggal budak tu dengan abang dia je. 

So, organizer kata budak tu disqualified sebab parents tak tunggu majlis sampai habis. 

So, 1st prize dia pass kat pemenang 2nd prize, dan 3rd prize jadi 2nd prize. (Dalam kategori ni hanya ada 2 pemenang je, sebab contestant tak ramai).

Dan bila habis penyampaian hadiah, mak budak tu sampai dengan termengah-mengah.

Aku rasa terkilannnn sangat kat budak tu. Kesian dia..apalah perasaan budak tu dan mak dia.


Dan dari hari tu, kami dapat pengajaran ke lima :

5. kalau jadi organizer satu hari nanti, kita boleh bagi sikit consideration kot. (kot la kannn...kot??)




Next week-nya tu (22 Oktober 2016, Sabtu) , Cik Pu ajak pergi satu lagi pertandingan mewarna.

Sebenarnya pertandingan mewarna yang ni last minute kami daftar.

Cik Pu baru dapat tahu kat dalam group whatsapp business dia. Ada sorang Doktor KK iklankan.

Tapi, pertandingan mewarna ni special sikit..pertandingan mewarna kumpulan.

Syarat dia..mestilah ada 2 orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak bawah 12 tahun.

Dan syarat dia mestilah hanya menggunakan pensel colour yang diberikan..Best gila syarat ni.. 

Dahlah dapat free pensel colour..pastu yuran penyertaan pun free..best best best!






Pertandingan mewarna ni kalau ikutkan start pukul 8.30 pagi..tapi, kau tahulah kan..Mydin pun bukak pukul berapa, crowd pun datang pukul berapa..dia jadik delay sikit...pukul 9.00 pagi.

Disebabkan kami anak beranak "not-so-early-morning-weekend" punya orang (hehehe), so terpaksalah kami breakfast kat mamak dalam Mydin ni dulu dengan keadaan tercunggap-cunggap nak cepat...hahaha

Orang dah start mewarna dah, kami tak siap-siap lagi makan..Cik Pu kalut-kalut bawak Adik Luth pergi ke lokasi mewarna.

Tinggal aku dengan Irdina dan ada roti telur yang terpaksa dibungkus :P

Punyalah ramai contestant...

Yelah, semua penyertaan ada 50 group. Kalau dah 1 group ada 3 orang...dah berapa..150 orang..fuh fuh fuh!

Terpaksalah kami bersila kat lantai..Lantai pun lantai lahhh..janji dapat colour..hehe

















Memang rasa bersemangat betul bila join pertandingan mewarna ni..patutlah Irdina request2 nak join lagi..baru aku tahu kenapa..gian weih gian!

Tak memasal tanya Cik Pu kot-kot ada pertandingan mewarna dewasa...hahaha



Dan inilah hasil kami bertiga..

(belum boleh menang lagi..sebab orang lain punya lukisan lagi cantik woiii!)


0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback