Rona roni makaroni..

Lawak 1: Dinasour

Pada suatu hari, Pak Abu berkunjung ke Muzium Negara. Ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan di situ ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Siti yang sedang bertugas lalu bertanya,

Siti: ada apa pakcik?
Pakcik Abu : Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye, brapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Siti menjawab….

Siti : 1 juta tahun, 4 bulan, 5hari, Pakcik...
Pakcik Abu : Wah..Terer nyer awak... mcm mn awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Siti : Waktu saya mula keje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang
saya dah empat bulan lima hari kat sini.

Lawak 2: Seekor Kuda?

Pada suatu hari yg tenang, sorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar. Tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami tu td. Si suami yg terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa tiba2 awak ketuk kepala saya nie??"....Si isteri pun menjawab...."Nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentulah menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....Dgn tenang, si suami menjawab.... “ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....”. Si isteri pun agak puas hati ngan penjelasan td terus menyambung kerja di dapur.

Selang seminggu berlakunya kejadian tersebut, ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi…Si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...Dgn selamba..si isteri menjawab...."Nah nie, kuda awak telefon!!".....

Lawak 3 : Cuti sakit

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia menelefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : hello, adakah itu cikgu Aminah Binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : cikgu hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : ok…ok…, er boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya….

Lawak 4 : Panas @ Sejuk?
Pada suatu hari, Amran singgah di sebuah restoran untuk minum petang. Kebetulan pada masa itu, dalam poketnya hanya ada RM 0.70 sen. Jadi, dia bertanya kpd pelayan harga minuman panas dan sejuk. Pelayan pun menjawab.

“minuman panas RM 0.70 sen dan minuman sejuk RM 1.20”

Amran tanpa teragak-agak terus meminta teh panas. Apabila pelayan menghantar segelas teh panas kepadanya, cepat-cepat Amran meneguk air mendidih itu sehingga habis. Pelayan yang pelik dengan tindakannya itu pun betanya,

“Eh kenapa awak minum laju-laju ni? Air tu kan panas lagi…”

Selamba Amran menjawab, “Kalau tak minum cepat nanti sejuk. Haaa.. kalau sejuk, saya kena bayar RM 1.20 pula. Dahlah duit saya tinggal 0.70 sen je.”


~~~~~~d tamat kan~~~~~~

p/s : crite2 di atas tiada kaitan dgn sesiapa samada yg masih idop @pun yg tiada. ;)

No comments: