Missdicup



Hari ni aku dengan terbuka hatinya nak bercerita pasal asal usul nama missdicup ni. Pada sapa-sapa yang dah lama nak tahu, dah lama tertanya-tanya, dah tahu tapi terlupa, sila ambil buku catatan. Saya tidak akan membuat siaran ulangan. [haha.tipu je.takyah lah sampai amik buku catatan. SkemA~]

Wokeh. Pada sapa-sapa yang tidak tahu, nama missdicup ni aku dah pakai sejak dari tingkatan Dua. Dan mungkin sampai ke tua. Sehingga bos aku pun memanggil aku dicup juga.Tanpa kerelaan aku sebenarnya.huhu~ pertama sekali. Missdicup. Bagaimana kamu menyebutnya dan bagaimana yang sepatutnya..? Miss [macam biasa. tak tahu juga, tak tahulah nak kata apa. Sekeh pale~]. Perkataan kedua yang penting adalah dicup. Mesti ada yang menyebut di-cup. Salah ye~ Cara sebutan yang sebenarnya adalah d-kap.

Perkataan missdicup itu sendiri tidak membawa makna apa-apa sebenarnya. Tidak pada gabungan nama pakwa pertama atau sebagainya. Tidak juga ada makna disebalik nama apa-apa. Lansung tidak mengandungi unsur-unsur lucah sama sekali. Aku sendiri tidak tahu mana datangnya idea nama dicup tu. Oleh itu, jangan membuat andaian melampau.

Nama ni mula glamour semasa aku di tingkatan Dua. Apabila Aida aka Dome, bdk hostel merangkap budak kelas aku, ternampak aku tulis D’+ [aku lukis bentuk cawan] di hujung pembaris. Dia tanya apa maknanya. Aku tak tahu nak jawab apa. Aku just kata – ntah,suka. Dari situ dia mula panggil aku dengan panggilan dicup. Adat budak asrama, bila sorang mula yang lain semua ikut. Sampai semua warden kemudian cikgu sekolah pun panggil dicup. Cuma tinggal cikgu yang tak sanggup nak sebut je tak panggil. Kalau sebut nama sebenar aku, semua orang tak kenal. Sebelum ni semua orang ingat dicup ni nama freshy aku masa orientasi asrama di tingkatan satu. Malas nak bersoal jawab. aku selalu mengiakan.

Kalau nak aku jawab dari ikhlas hati, aku menginginkan semua orang panggil aku dengan nama sebenar. Nama sebenar aku penuh bermakna. Cahaya yang beriman. Puas aku meperkenalkan diri dengan nama penuh. Tapi akhirnya tetap sama. Bila keadaan dah bersangkut paut macam sekarang ni, susah nak perbetulkan. Kawan belajar adalah kawan sekerja. Mereka mungkin terbawa-bawa. Atau mungkin juga imanku tak sekuat nama. Maklumlah aku hanya hamba yang kerdil lagi hina. Sekian~

9 comments:

Paan Ovrtd said...

Laa...ingatkan apa sangat la maksud nama dia tadi. Tak lucah langsung.

missdicup said...

cet.kuang ajo. dah agak da.
hampehss~

haha.

sue-ana said...

missdicup dgn cupcake tu adik badik ke? ke ada bau2 bacang??heh.

Mrs Nurul said...

peh melekat ek dicup tu sampai skang huhuhu. pelik2

NanaDiyana said...

pastu ko dh moderate maksud die kan?? kan?? kan??
aku tau..!!!
DIyanaCumaUntukPulut!!
opsss!!

missdicup said...

woish..mana ada..tu pidut bdk kelas aku yg cipta r tyme tu.pastu dia g sebar2kan kat 1 skolah.fitnah semata2.haha~

NanaDiyana said...

owh.. ye ke..?? :)

Nite Garden said...

mula2 pun sy ingatkan maksudnya mcm something2 yg related to pompuan hehehe

anyway thanks for following my blog. selamat beribadah di bulan Ramadhan

Paku Pakis said...

hahahaha..ye ke cmtu namer kau asal? kau citer ngn aku lain jer dulu hu3.....