Pegawai Kesedaran Sivik

Sabtu malam hari tu kami berempat ke pasar malam
Berhajat nak makan pasembor
Gendud ambil kami di rumah
Dalam perjalanan, atas dasar apa aku tak tahu
Gendud beri kami cupcake sorang satu
Aku dan Fateah makan sambil menjilat jari
Lumrah benda percuma memang begini
Sesudah makan aku menurunkan cermin kereta
Dengan hajat nak buang mangkuk cupcake
Dengan tiba-tiba mereka menjerit secara serentak
“ oiiiiiii...takde kesedaran sivik! ”
Aku terperanjat lalu hajatku terbantut
Aku dengan bersahaja membalas
Aku bukan nak buang kat luar
Sebenarnya aku nak buang dalam kereta
yang mana tingkap mereka terbuka


Alasan terbaik bukan...? O.o

Comments