Aktiviti kecut perut (sebelum)

Tinggal lagi 2 hari untuk ke aktiviti kecut perut. Dari isnin hari tu aku dok membilang hari. Siap masuk entry lagi. kenapa, tak percaya...? sila lihat siaran ulangan ini. Eh, silap. bukan dari isnin aku kira. Rabu minggu lepas lagi. aku lupa. (masalah orang-orang tua..uhuk.)

Makin dikira, makin diingat, makin dibayangkan, makin aku sakit perut jadinya. Tiba-tiba kepala tak serabut, jadi serabut. Perut yang buncit, dah jadi kecut. Hati yang tenang, bertukar menjadi tegang. Ni gara-gara nak tolong kawan punya pasallah ni. hadoyai. Ingatkan dia cakap main-main je. Rupanya betul-betul pulak.

Benda ni terjadi macam ni. kan dulu masa TOT tu aku pernah jadi maskot kan. Korang tak baca entry tu? haish..sila ke cerita maskot ulangan ni. Aku mintalah kat Alang semua gambar yang berkaitan dengan maskot tu. Saja sebab aku nak buat koleksi. (padahal nak menyusahkan Alang..hahaha). Last-last dengan aku-aku sekali dah tersusah. Dia send gambar maskot tu dengan meseg susah dia ni :

alang nak minta jadi model leh tak?
untuk alang buat fotpolia photographer alang ..
 
Aiyoooo mak. Tolonglah. Sekarang ni aku tengah kecut perutlah ni. macam mana nak kena posing?
 
 
dengan muncung panjang kah?
 
 
dengan lenggok ala-ala tarian sumazau kah?
(sila abaikan latar belakang gambar ni. semua tu bukan aku punya)


kena buat muka macam teddy bear kah?
 
 
Ishk..yang ni tak boleh..tak berapa nak sopan..


ke kena buat ala-ala mak datin ke?


kalau macam ni boleh tak?


kalau posing macam ni, kena bawa banyak beg la gamaknya..
(sila jangan pandang mata saya - masa ni tengah usha mamat mana ntah..hahaha)


macam ni kah?
kalau ni, kena pergi pulau la pulak..

ishk..ishk..yang ni pun kurang sopan..
nanti tak pasal-pasal kena reject dengan mak mertua..


hmmm..kalau macam ni, ok tak?


kalau susah-susah sangat..macam ni je la terus..senang sikit.
orang tak nampak la aku tengah tahan malu..hahaha


Comments

hafizmeetshajar said…
just b ur self la dicup..
like pic no 4 n 6..
kihkihkih..

bgs la ad prasaan mcm 2..
atleast ramping sket perut kamu..
lalalala~~
;p