budak gemuk-gemuk-gemuk

Aku cukup pantang kalau dengar perkataan gemuk-gemuk-gemuk ni. Memang anti betul dengan orang yang sebut gemuk-gemuk-gemuk ni. Rasa macam nak belasah je. Semalam semalam housemate tumpangan rumah kat kelantan aku ni tegur aku dah gemuk-gemuk-gemuk. Dia kata aku ada lemak lebihan kat bawah dagu. haisssh. sabar missdicup..sabar..

Sebenarnya sebelum sebelum ni aku tak kisah langsung pun orang nak cakap aku gemuk-gemuk-gemuk ke kurus-kurus-kurus ke (sebab sebelum ni aku mayat hidup bergerak).Tapi bila dah ramai sangat tegur kata aku dah gemuk-gemuk-gemuk, aku tersentap jugaklah. (sentap tu apa weh? aku tak tahu pun). cik PU pun suka panggil aku tembam dan gemuk-gemuk-gemuk jugak. Haisssh..rasa macam nak belasah je mamat tu..Tapi, bila fikir-fikir balik, tak boleh, tak boleh. Tak boleh belasah dia. Kalau dia sakit nanti, aku dah tak boleh nak kacau dia lagi...keh keh keh.

Korang korang semua cuba fikir. Kalaulah aku diet, siapa nak makan makanan-makanan yang ada kat Malaysia ni? siapa? siapa? Tak majulah sektor pemakanan kat negara kita ni. kan kan kan. Kang aku pergi buat buang lemak bawah dagu kang, baru semua risau, semua takut, semua gerun...hahaha..tapi ok apa..ada lemak lebih ni..anugerah Tuhan. Bukan semua orang bertuah dapat pemberian emas ni..kan kan kan. (sila angguk laju-laju-laju, sebab ini ayat penyedap hati).

Atas nasihat cik PU, aku akan buat senaman. Senaman aku senang je, JOGGING. Tapi aku nak buat rare sikit dari orang lain. Orang lain suka jogging kat taman kan. Ada tu yang suka jogging kat trek kan. Aku nak jogging atas katil..boleh kan? Senaman jugak tu, tempat aku jogging je lain.

Hik hik hik



No comments: