germany oh germany


Semalam aku pergi wakaf che' yeh dengan Hafiza Hassan. Hajat hati dia nak pergi carik jersey sebab dia nak tangkap gambar masuk peraduan. Peraduan apa aku tak boleh nak bagitahu. Nanti ramai pulak yang nak masuk. Berbalik pada cerita jersey tu, last-last dengan aku aku sekali terpengaruh dengan hajat si Hafiza Hassan tu. Aku colek jugak jersey Germany satu. Gred A punya..kah kah kah..*gelak bangga* . Jersey pun ada gred-gred, macam telur la pulak.

Tadi aku tengok game Germany lawan Serbia dengan Syud Chan. Kami tengok tv siaran siam walaupun tak faham. Jangan tanya kenapa, tu korang kena tanya tv1 sendiri. Sebab hari tu aku dengar tv1 yang beria nak siarkan siaran langsung. Excited punya pasal, aku siap pakai jersey baru yang aku beli semalam..haisssh.

Tak sampai habis separuh masa pertama, aku dengan Syud Chan dah rasa tak puas hati. Ni nak main masukkan goal ke nak lawan lumba siapa dapat kad kuning terbanyak ni. geram.geram.geram. Rasa macam nak pergi bakar jersey yang aku pakai tu. Badan pun dah rasa panas berapi.

Lepas je game tu, cik PU telepon aku. Bantai dia mengata dan gelakkan aku kaw kaw punya. haissh. Lagilah geram. Dari permulaan perbualan tu sampai la separuh masa terakhir, aku kena tahan telinga dari terus mencair. Ayat dia tak habis-habis 0-1, encik bakar, pukul 01, bla bla bla...haissssh.geram geram dan geram lagi.

Nampaknya lepas ni aku kena pergi wakaf che' yeh balik la. Jumpa abang handsome semalam. Tukar jersey germany tu ke jersey lain pulak la. geram punya pasal...

grrrrrrrrrrrr..


Comments