template baru

Hari ini kamu-kamu semua ada nampak apa-apa benda yang lain tak? Benda yang lebih simple tapi tetap melambangkan keunggulan coklethitam. kalau tak nampak, sila cuba buat senaman mata. Jirus air banyak-banyak kat mata tu. Mungkin lama dah mata tu tak kena terapi hebat macam tu. keh keh keh

Ok. kepada yang masih tak nampak-nampak tu, mari sini aku nak bagi jawapan bocor. Sila buka mata besar-besar. Yang bermata empat tu, sila pakai cermin mata sekarang. Aku malas nak ulang-ulang. Hari ni aku tukar template baru. Eh, silap. bukan hari ni, tapi semalam. Ye..semalam aku tukar baju untuk coklethitam. kesian dia. Asik-asik pakai baju yang sama je tiap-tiap hari. Mesti dia dah boring. Aku rasa template ni agak stailo la jugak sebab simple dan ringan. Tu pandangan aku, pandangan orang lain aku tak tahu.lantakkan.

nak tengok template baru tu? nilah dia...


apa yang dok mengintai-ngintai tu..tak nampak ke?
apsal tak tengok yang kamu bukak coklethitam sekarang ni je..haiyooo.
ha ha ha ha ha

Tapi, disebabkan beberapa faktor, aku tak tahu macamana nak sesuaikan diri dengan template baru ni. Ni bukan sebab aku tak tahu ek. Aku cuma tak cukup masa je nak explore benda-benda ni. (alasan semata-mata. padahal memang aku tak tahu pun. kah kah kah). Sapa boleh tolong aku..? tolonglah..tolonglah..tolonglah..

1) Macamana aku nak betulkan tarikh post kat tepi ni? Apsal dia keluar perkataan undefined pulak ni? Haiyooo..ni yang nak mengamuk ni..grrrrrrrr. aku dah try tanya kat mamat zaimi ni, tapi sampai sekarang dia tak reply-reply lagi. Aku harap dia dah bangun tidur dan baca mesej aku tu. huhuhuhu.

(sila lihat benda yang kena bulat merah tu)

2) benda ni pun sama..buat aku fening fefala. Kenapa dia nak ambik ruang kiri lebih, padahal ruang kanan tu banyak lagi..tamak ruang betullah benda ni..hohohoho..geram..geram..


Dan kepada pembaca, pembelog, pembida tegar ataupun budak-budak mata tebal blog aku yang teringin nak komen apa-apa pasal entry tu, silalah klik kat benda yang aku bulat kat bawah ni. benda ni ada kat setiap entry :)
Setiap cadangan/komen/pendapat/luahan/kaunseling anda semua amatlah berharga buat diri ini.


pada sapa-sapa yang boleh tolong aku tu, dia kira tersangat terer lah kan..
nanti aku belanja tiket free pergi Malaysia....amacam?


4 comments:

Unknown said...

lorh..sama la kita nak carik template baru...last2 aku wat putih je senang...haha~

missdicup said...

geram weh geram..
terkeluar sana, terkeluar sini.
terlebih sana, terlebih sini.
grrrrr..

sapa la mr/mrs bijak bestari yg aku tengah carik2 ni..silalah munculkan diri..huhu

zaiMi said...

adeh la ko ada tanya aku ke? aku tak perasan pun. ni pun terbaca je entri ko ni. kalau tak sampai bila2 aku tak tahu. haha!

okey la untuk hilangkan undefined tu senang je. gi kat Dashboard → Settings → Formatting → Date Header Format. lepas tu tukar format date tu ke format Saturday, 5 May, 2009. kalau tak jadi boleh try format yang lain. salah satu mesti jadi.

missdicup said...

haisssh.

aku siap bagi msg kat email ko kot.
pastu siap bising2 kat shoutbox.
boleh lagi x perasan?
adoyai..apadaaa..
dah nak naik fungus blog dah aku ni.ha ha ha