cuti

Apabila terasa terasing di tempat kerja,
Ada bos tapi macam tiada keadilan.
aku teringat zaman menjadi pelajar dulu.

Apabila terasa terasing di antara kawan kawan
Ada kawan tapi semua buat hal masing masing
Aku teringin kembali ke zaman belajar dulu.

Apabila terasa terasing dari mak ayah dan adik adik
Ada mereka tapi terpaksa berjauhan
Teringat boleh ulang alik tiap tiap minggu macam dulu.

Sekarang ni, inilah yang aku rasa.
Terasa kehilangan mereka
terasa terasing dan sunyi
jika beginilah ironinya,
aku memang perlukan cuti dengan kadar segera.
sebelum ia terus kronik merebak dijangkiti penyakit sunyi ni.

aku nak cuti!
aku nak cuti!
aku nak cuti!
babai!


Comments