kalender aku penuh

kebelakangan ni banyak benda yang terjadi kat aku
macam macam aktiviti aku buat
sibuk dah mengalahkan perdana menteri
weekend pun dah macam hari bekerja
cuma kerja tu tak dapat gaji je
kalau boleh claim, mesti lama dah aku kaya. keh keh keh

dalam kepala hotak aku ni dah serabut serabai
urat urat semua berlumba lumba nak karang cerita
dah tak tertahan tahan nak keluarkan idea
dah macam apa je rasanya...gian!
cuma masa sangat sangatlah mencemburui aku
tak sempat sempat lagi nak menaip. nak mengupdate blog.

antara yang dah ada dalam kepala hotak :

1) aktiviti memanah anak teruna orang hari sabtu hari tu

2) melawat kawan kawan cik Pu kat zoo taiping semalam.
aku dapat tengok kambing gurun dan babi hutan...yeay!
(gambar aku yang cantik cantik ada kat cik Pu lagi..dia blum bagi).

3) yang kena paw RM150 dengan cina pompuan pakai keta kancil putih..
haiiiissh! baru nak lancarkan kempen berjimat cermat..alih alih kena paw pulak!

4) kena hantar pergi usm pulau esok. ada kursus la pulak. dua hari berturut turut.

5) jumaat sabtu ahad ni nak pergi esq 165 kat kulim. walaupun wilayah dah haramkan.

6) minggu depan balik kampung..yabedabedu..aku cuti seminggu.
"balik kampung..ho ho ho balik kampung..."

7) sabtu berikutnya family ayah plan nak buat gathering dan bakar bakar ayam
kat negeri sembilan. semua dari singapura pakat turun.
(aku dalam perancangan. tak tahu lagi boleh pergi ke tidak).

8) minggu seterusnya dah puasa..
aiyook! dah tak boleh makan masa siang siang.

takpe..nanti aku balik kursus esok esok, aku publish entry secara bundle.

boleh?     ngeh ngeh ngeh



No comments: