kes merajuk

semalam Cik Pu merajuk dengan aku.
kitorang ada konflik rumahtangga percintaan.
bendanya remeh je, sebab cemburu.

Cik Pu punya merajuk bukan main ekstrem.
aku telepon sampai sembilan sepuluh kali
Cik Pu buat dek je. buat tak dengar. taknak angkat angkat.
aku hantar sms pun Cik Pu buat tak heran. buat tak reti.
aku tak naklah benda kecik jadi besar
Sebab aku rasa aku tak boleh kehilangan Cik Pu.

bila dah nak dekat empat lima sms aku hantar,
Cik Pu balas.
"kalau kamu dah tak suka saya, kamu cakaplah terus terang dengan saya."
perrrggh. buat aku cuak.
pujuk punya pujuk, tak sampai lima enam jam hati Cik Pu sejuk.
Alhamdulillah. kami baik macam biasa.
Cik Pu memang macam tu.
kalau merajuk, sekejap je. mana boleh lama lama.

Lepas lepas baik tu, Cik Pu kata Cik Pu nak berubah.
Cik Pu tak nak jadi seorang yang sangat cemburu dah.
kesian kat aku. haisssh!


pesanan penting :
cuba korang gantikan perkataan Cik Pu tadi jadi aku, yang perkataan aku tadi jadi Cik Pu.
amacam?
rasa macam nak pukul Cik Pu tak?
keh keh keh



Comments