mesin gosok baju automatik

aku selalu tertanya tanya.
takde ke mesin yang boleh gosok baju secara automatik
takde siapa siapa ke pernah terfikir nak cipta mesin yang boleh gantikan iron yang ada skarang ni.
mana pergi orang orang yang mengaku diri dia bijak pandai
kenapa diorang taknak cipta mesin yang aku idam idamkan tu
haissssssh!

sebenarnya dah nak dekat sebulan aku pakai baju tak gosok pergi kerja
bukan sebab aku malas. bukan jugak sebab aku takde masa
ni semua sebab takde orang yang nak cipta -heh heh heh alasan aku!
semenjak sebulan dua bulan yang lalu aku memang tak pernah jumpa sabtu ahad
ada saja aktiviti yang nak menyibuk dalam kalender.
minggu lepas hari sabtu aku kerja, ahad pulak pergi konvensyen.
minggu lepas lepas lagi aku balik rawang, hantar emak pergi klia.
minggu lepas lepas lepas lagi aku dari kelantan baru sampai penang.
abis tu macam mana tu?

takde masa langsung nak gosok baju untuk seminggu.
gosok malam malam?
aku sibuk. sibuk bergayut. ngeh ngeh ngeh
nak suruh aku gosok pagi pagi sebelum pergi kerja tu?
memang tak lah jawapan dia kan.
jam loceng aku tak berfungsi kalau orang suruh kejut pagi pagi buta ni.

setakat ni, yang paling hebat pun, steam iron je.
yang lebih hebat daripada tu, memang tak jumpa lagi.
tak tahulah aku kalau aku yang duduk zaman tok kaduk, tak perasan.
tapi setakat hari ini, waktu ini, memang takde mesin yang boleh kalahkan steam iron.
korang tahu ke steam iron tu binatang apa weh?


lepas ni,
kalau siapa siapa rasa nak bukak kedai jual mesin gosok baju lagi hebat,
cepat cepat roger aku. aku nak beli sebarang dua
nak buat pakai kat rumah satu.
satu lagi aku nak kasi mak ayah kat rawang pakai.
nanti yang lebih lebih aku kasi promote.
ok. boleh?


5 comments:

Paan Ovrtd said...

Kepala hotak kau!!!! Aku nak beli 3 kalau ada!!!!!!!!

missdicup said...

mesti ko pun ada masalah macam aku jugak kan.
hahaha
ok.nanti kalau ada yg roger,aku promote kat ko pulak lepas tu. ok?

:: aJa :: said...

ishh dicup nie..
tawnyer cik PU u xgosok baju p kije almost 1month,maunyer jatuh saham..;p

missdicup said...

hahaha..dia dah tahu dah pun..
tapi kan. tapi...
walaupun i x gosok baju sebulan ke dua bulan ke, i maintain cun apa..keh keh keh
(rasa macam nak sekeh diri sendiri)

hana said...

salam,tumpang lalu....


Anda penat untuk menggosok baju yang bertimbun??
nk lagi senang ke????
anto je kat saye...saye amik upah iron bju rm1 sehelai...



1.Perkhidmatan menggosok pakaian seragam sekolah, pejabat, baju kurung dan sebagainya.

2.Hujung minggu (jumaat, sabtu, ahad)

3.hanger kena bwk sendiri la...
nnt kene caj lain plak,hehehehe

4.beralamat di taman sri rampai wangsa maju-berdekatan alpha angel

5. pape boley cntact saye di talian:0102254661