perginya dia..

semalam staff nurse kat tempat kerja aku meninggal dunia.
accident motor dengan bas katanya
kat simpang tepi nak masuk hospital kepala batas
accident ni masa orang sibuk sibuk nak pergi kerja.

tengahari masa solat jenazah tu aku tak plan pun nak pergi masjid
sebab aku ada urusan lain, nak pergi bank.
lagi pulak title aku pompuan sedang dalam bulan bintang mengambang.
tapi, dah alang alang aku nak pergi maybank,
jalan pun satu arah je, aku pelawa la diorang sekali
diorang pun naik kereta dan kami terus pergi masjid.
lepas solat zohor dan jenazah semua bagai, kami berkumpul kat luar masjid.
tengok orang atur aturkan orang dalam van jenazah.
pelawa punya pelawa, bincang punya bincang,
aku, gendut dan wawa sebulat suara nak pergi gombak.

petang semalam kiranya aku sempat jugak pergi gombak
ziarah keluarga dan tempat perkuburan arwah
kami bergerak dari pulau pinang dalam pukul 2.30 petang.
naik bas yang disediakan oleh majikan kami
sampai gombak pukul 8.00 malam.
sedang sedang elok solat maghrib bagi mereka yang belum selesaikan.
setelah melihat arwah di madrasah di gombak, kami pergi ke kubur.
belum sempat mendengar talkin habis dibacakan, kami dipanggil pulang.
bas sudah mahu gerak. kami terpaksa akur.
kami tiba di rumah masing masing pada pukul 4.00 pagi tadi.

daripada pagi semalam sampailah pagi tadi..
aku memang tak cam arwah yang mana satu,
dari gambar email yang diberi,
dari melihat raut wajah keluarga aku masih tak dapat bayangkan
pertanyaan dari kawan kawan juga tidak dapat membantu
aku assume yang aku memang tak kenal arwah.

tiba tiba....
pagi tadi masa aku nak punch kad, aku terserempak dengan fadhillah.
fadhillah tanya cerita pasal pergi gombak semalam.
sambil kami borak borak, tanya itu dan ini,
aku tanya fadhillah. kalau kalau dia kenal arwah..
boleh tanya tanya hint yang mana satu
terkejut tak terhingga bila dia cakap aku pun mesti kenal.
dia kata arwah pernah satu bilik dengan kami
masa tu kami hadiri kem bina pasukan di bukit merah..
bayangkan tiga empat hari duduk dalam bilik yang sama..
mana mungkin aku tak kenal..........haisssh!

walau apa apa pun,
marilah kita sama sama sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Norlailawati Mohd Adib.
semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam golongan orang orang yang beriman.
amin..

bagi kita yang masih hidup,
marilah kita berbuat amal selagi boleh, kerana umur bukan penentu segalanya.
yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruknya daripada saya sendiri.
wallahualam.



Comments

sI tEDI said…
Al-Fatihah.
missdicup said…
Takziah buat sahabat dan keluarga.
Ya Allah, peliharalah dia dari fitnah kubur dan siksa Neraka. Engkau adalah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ampunilah dan belas kasihanilah dia. Al Fatihah ..