durian dan keretapi


hari tu kan aku ada balik rawang.
masa nak balik penang ke sini balik tu, aku naik keretapi.
aku saja pilih seat yang boleh tidur tidur. macam syok je.
senang sikit nak meniarap ke nak terbaring ke, orang tak nampak.

nak dijadikan cerita, time balik tu aku bawak durian naik keretapi.
kupas kupas durian, campak dalam bekas tapauware.
mak aku dah penat pesan dah. bagi warning pun dah.
kalau bawak durian ni berbau satu keretapi nanti.
tapi, aku kan degil sikit.bebal kata orang orang tua.
buat buat tak dengar pastu sengeh sengeh macam kerang.

masa aku packing packing durian dalam beg,
ayah aku pun sibuk sibuk nak kautim jugak
dia tolong bungkuskan bekas durian aku.
dia punya bungkus...macam nak balut nasik lemak!
siap ikat ikat dengan getah bagai..kemas gila.
dengan muncung mulut dia sedepa ke depan lagi..
ok..aku kan anak yang baik..aku biarkan je la..
hahaha..memang lawak! nak gelakkan, tapi tak sampai hati.

masa dalam keretapi tu. aku buat muka cool habis.
buat muka macam orang tak bersalah langsung.
padahal bau durian dah semerbak harum menusuk warga keretapi
aku buat cool lagi.
macam mana tak cool..aku kan dah masuk tidur..keh keh keh

bila sedar sedar dah nak sampai bukit mertajam.
lepas bukit mertajam, dah butterworth..sedang sedang elok, fikirku.
aku pun bersiap siap,pakai tudung jaket bagai.
masa aku tengah nak bersiap siap tu..aku terdengar perbualan aneh.
antara beberapa orang brader aku rasa.
"weh..bau apa nih? aku tak boleh nak tidur malam tadi.
asik terbau benda ni je..busuk s***.."


~lalalala~


aku ke yang bersalah?
aku terus cabut tudung dan jaket balik.
tarik selimut terus sambung tidur balik.
buat buat tak tahu apa yang berlaku.
nasib baik tak turun dengan brader brader tadi.
kalau tak......haisssh! 
habis aku

Comments

Eman said…
AHAHHA!
hampeh bwk durin dlm ketapi.
kami pun xsuka bau durian weyy.
>,<
missdicup said…
~lalalala~ *muka xbersalah*