selera sudah hilang

Masa time aku balik raya hari tu. semua  orang kampung tegur.

eh eh..ko nampak kurus la...

lor..balik sebelum ni rasanya berisi sikit.

berat berapa ni? bmi cukup ke?

makan sikit sangat ke? kurus je nampak.

kat sana tak cukup makan ke? 

Mak aku pun ada komplain jugak.

Mak masak penat penat, kau bukan nak makan sangat.

Anak orang lain tu mak tengok, mak dorang masak, suka je makan makan.

Kau macam ni, mak nak masak pun jadi lemah.

kalau komplain kat aku sorang je takpe..boleh terima lagi.

Ni siap mengadu kat jiran jiran tetangga..haissh!

kepoci jugak mak aku ni...sebijik macam anak dia..hahaha!

Tak lupa jugak, kat Teah (hosmet aku) pun mak aku mengadu.

Ish..acik masak masak, dia bukan nak makan.

Malas acik nak masak beria sangat.

Yang si Teah pun mengiakan.

Aah la cik..dulu dia sama je selera dengan saya, makan banyak.

Sekarang ni dah tak dah. Dia makan sikit je.

Ait..sama sama naik dengan mak aku nampak..haisssh!

Yang sebenarnya aku sendiri pun tak tahulah..ke mana selera itu hilang.
Kalau masa belajar dulu, siapa tak kenal missdicup?
Budak pompuan muka brutal makan banyak.
kalau beli nasik, nak banyak banyak. kalau lauk pun, nak banyak banyak jugak.
Senang cerita, perkataan banyak tu tak pernah lekang kat mulut aku.
Tak cukup nasik se-polistrin, boleh aci cedok nasik kat polistrin orang sebelah.
Orang sebelah pun dah tak kisah. Sebab dorang dah biasa.

Nak kata ada banyak masalah, takde pulak.
nak kata gaduh dengan pakwe, aku dengan cik pu ok je.
nak kata aku banyak berfikir..apa yang aku fikir?
ke..ni memang simptom simptom orang nak jadi kaya?


hahaha!

Comments

symptom org bercinta mmg mcm tu kot..hahaha..ni yg buat ak jeles ni..ko makin kurus..ak makin sedap nk makan.hahaha..
Kazaztan Team said…
ha...tanda2 la tu...org2 kaya selalu makan ciput
missdicup said…
tolong doa doakan..

nanti kaya betul2, boleh buat kenduri makan sama2..

hahaha!
Eman said…
kaya rayaaa!
wat la open ouz okeh.
;DD
:: aJa :: said…
dicup diet nk kawen 2...
;p
missdicup said…
aja, siapa yang tak nak kawin.. :P