hari ini hari raya?

hai semua..selamat hari raya!

Ada apa dengan hari ini?   uhuk.uhuk.uhuk.
Sedih jugak jadik anak perantauan ni ye...jauh dari kasih sayang family.
Orang lain semua balik beraya, kita kena dok bekerja.
Itulah berkorban namanya - cakap pada hati.

Pagi tadi macam malas je nak bangkit meninggalkan tilam, bantal dan selimut.
Tengok siling, tengok kiri kanan, memikirkan yang hari ni semua orang cuti.
Dan aku terpaksa bangkit dengan segera pergi mandi dan terus pergi kerja.
Nasib baik hari ni sukahati je nak pergi pukul berapa.
Kalau tak, mesti dah kena tanda "merah" "merah" "merah".."awak lambat!!" "you are fired!"-eh tetiba.
Sebab hari ni aku bangun lambat - pukul 9 lebih aku rasa.
Semalam tidur lambat, main game zombie..zombie..syiok woo~

Lepas mandi, terus bergegas pantas ke lab.
mesti segala jenis bakteria melonjak kegembiraan tengok aku datang.
Boleh makan kuih raya, ketupat rendang sama sama.
ketupat rendang - blood agar, kuih raya - mueller hinton dan lain lain agar..
lab ni dah ibarat rumah untuk diziarah.-    pshyco!

Buat buat kerja, then sorang pakcik datang. Ajak pergi makan.
Dia kata kedai semua tutup. KFC je bukak.
Ohh..patutkah aku raya bersama KFC?
Mana daging lembu, rendang ayam, ketupat?
Riuh rendah sanak saudara......dimanakah kamu?

Lepas makan dan solat bagai, kena masuk balik lab.
Sambung kerja kerja yang tak sempat buat pagi tadi.
Buat kerja, buat kerja dan buat kerja sampai siap..


Tiba-tiba..

satu bunyi sms.

"Diyana, jom pergi raya lepas asar ni...."


huh? Ada orang ajak raya? yahooooooo.

Comments