Jom Heboh Tv3

Macam tahun lepas, aku pergi Jom heboh kat Stadium Batu Kawan.
Tahun ni pasti pergi lagi..ho yeah!
Tapi kali ni tak macam tahun lepas. Berbeza giler..
Aku tak pergi hari sabtu dan tahun ni jugak aku tak pergi dengan fateah, si housemate aku tu..jeng jeng jeng.
Hmmm..dengan cik pu jugak bukan. (dia kan mangsa banjir sejati..heh heh heh).
Aku pergi dengan lab-mate aku..eh...ada ke perkataan lab-mate dalam dunia ni? hahaha...
layankan aje!

Beza tahun lepas, suasana jugak lain. Kalau tahun lepas, aku pergi dalam keadaan selesa, aman dan nyaman, tapi tahun ni keadaan kelam kabut, semak samun dan jem coklet cicah strawberry ye kawan kawan..nak tercabut urat kaki aku men-drive. Lagi lagi bawak kereta manual..Aku terlupa pulak yang lab-mate aku, si kerul, tu boleh memandu...
arrrrggghhh..benda PALING penting camni macam mana boleh lupa....??
haisssh...jadinya..dari pergi sampai balik yang dalam jem tu, aku memandu tanpa henti..
Dan dia..duduk sebelah goyang kaki..
patutlah dia hint hint :
"oooh..ko drive, bolehlah aku duduk sebelah bergembira, tak payah fikir panjang"

ape ke lembab macam lampin bayi la aku ni..haduih.
roti cicah jem coklet, strawberry bluberry, beri beri dan biri biri.. semua ada..


Dari 2 lane tiba tiba jadik 3 lane..ni lah baru yang dikatakan jalan raya kat Penang..
ho ho liaw!

ni lagi satu..walaupun merah..tetap jalan..haha!


Sesampainya kami kat stadium tu, semua barang murah murah yang best best dah habis.
Hampa la perasaan.
Biskut muncis dah habis. keropok potato potato Jackel dah habis.
nasib baik ribena ada..aku beli se-beg = RM10. 


Tapi..........satu kebaikan tahun ni!
Disebabkan aku pergi dengan Kerul, maknanya aku dah ada sorang bodyguard..heh!  *sengeh*
dah tak payah susah payah nak fikir cara paling cool & control nak bawak banyak  barang..
biar bodyguard yang uruskan..

heh heh heh!

dah macam pakcik pakcik dah aku tengok..hahaha!






Ni pulak gambar tahun lepas.
(sila abaikan mata aku. tengah tengok pakwe ensom..hehehe!)

muehehe..peace!


Comments

Anonymous said…
cam sedap ja ribena tu klu disedekahkan kepada mangsa banjir...huhuuhuuhuh..peacee....
missdicup said…
mangsa bnjir dah bersuara.

hahaha!
:: aJa :: said…
klako lak c keyrul tue..hahaha
missdicup said…
hehe..tu la..
Sharon Anne said…
wei apa ni? tak ajak pun ye...uekz ;(
missdicup said…
hehe..aku ingatkan rumah hang jauh dari batu kawan..sowi2..next time kita p lagi..

:)